Sunday, March 15, 2015

INILAH BARISAN KITA

Kekuatan perjuangan menegakkan Islam itu hanyalah pada kebenaran yang didokong iaitulah kebenaran Islam dan bukan selainnya.

Sekiranya terdapat penyimpangan dari fikroh (pemikiran) dan thoriqoh (methodology/jalan) untuk memperjuangkan agama Allah ini, maka yang akan didapati hanyalah kegagalan dan kekecewaan sekalipun yang berjuang itu terdiri dari mereka yang ikhlas (mukhliseen).

Atas dasar itu, Hizbut Tahrir yang beraktiviti di seluruh dunia menggunapakai method yang sama di negara manapun Hizb beroperasi. Method dakwah tanpa kekerasan, menyerang pemikiran yang salah dan menerangkan pemikiran Islam sekaligus sebagai method menyelesaikan pelbagai isu dan permasalahan umat. Hizb juga cuba meraih sokongan angkatan bersenjata kaum muslimin, agar usaha dakwah boleh dilindungi dengan kekuatan fizikal dan sekaligus melindungi daulah setelah tegaknya nanti.

Adapun sesetengah umat yang tidak faham akan konsep "thalabun nusrah" atau meraih dokongan ini dengan menjadikan realiti sebagai SUMBER berfikir. Tentu saja kita lihat tentera Mesir yang membunuh rakyatnya sendiri, atau tentera Pakistan yang sebaris dengan tentera Amerika memerangi umat Islam, dan lain-lain angkatan tentera yang bersekutu dalam kejahatan musuh, maka jalan untuk thalabun nusrah ini dilihat sangat sukar itu realiti. Sedangkan jika realiti dijadikan OBJEK berfikir, nescaya mereka akan dapati, di antara barisan-barisan tentera kaum muslimin, terdapat Panglima, Commander, Laksamana, soldadu, dan anggota dari pelbagai pangkat yang sebenarnya bersedia menjual nyawa dan harta mereka demi kemenangan Islam. Sesungguhnya Allah mampu membolak-balikkan hati manusia.

Ditinjau dari sudut sejarah, setelah Rasulullah s.a.w dipukul dan dihalau di Thaif, baginda tidak lama selepas itu menerima sokongan dari bani Aus dan Khazraj, iaitu dua kabilah yang berpuluh tahun berperang sesama sendiri sebelum itu. Merekalah kaum Ansar yang menyambut baginda dengan penuh kemuliaan seterusnya membantu melindungi "city state" Yathrib (Madinah) untuk muncul sebagai daulah Islam yang pertama.

No comments:

Post a Comment