
Di wilayah manapun Hizb beraktiviti, ideanya sama, thoriqohnya (method) sama, hanya uslub (teknik) yang berbeza. Contohnya, di Malaysia, anggota Hizb mengedarkan risalah Sautun Nahdah, di tempat lain mereka menggunakan pendekatan lain. Matlamatnya ialah pembinaan kesedaran umum dengan idea-idea parti yang merujuk kepada Islam semata-mata.
Tanpa sikap pragmatik, Hizb tidak obses kepada keahlian yang ramai, populariti murahan, dan umat Islam lah yang sukarela memilih untuk bergabung dengan Hizb dan meletakkan diri dalam saf perjuangan tanpa mengharapkan pangkat, kekayaan, atau sebarang laba dunia.
Jauh lebih berat dari itu, di sesetengah wilayah, hibiyeen (anggota parti) berdepan dengan segala macam mehnah dan tribulasi sehingga ada yangdiugut, dipenjara, diculik, diseksa, bahkan dibunuh kerana menyampaikan seruan kepada Islam.
Perjuangan Hizb melampaui sempadan nation state yang dilakar penjajah dengan menganggap umat Islam adalah satu kesatuan sebagaimana kiblat kita satu, tuhan kita satu, nabi kita satu, aqidah kita satu.
Maka idea dari seruan-seruan yang disampaikan Hizb tidak terbatas kepada isu setempat,kerana hukum syarak tidak hanya terbatas dengan tempat mahupun rentang waktu.
Hizb juga tidak terbawa-bawa dengan teori-teori konspirasi yang merepek tetapi mengimani perkhabaran yang dibawa dari nas yang sahih dari Quran dan Hadith.
Salam Ramadhan buat seluruh kaum muslimin. Moga kali ini Ramadhan terakhir kita hidup sebagai umat yang tercorot. Moga kali ini Ramadhan yang terakhir kita hidup tanpa KHILAFAH.
Sabri Yaacob
29 Syaban 1436 H
No comments:
Post a Comment