Wednesday, July 1, 2015

United Malay National Organisation


UMNO (United Malay National Organisation) ditubuhkan pada 11 May 1946 apabila gabungan pertubuhan dan persatuan Melayu ketika itu bersepakat menentang rancangan Malayan Union. UMNO begitu dekat di hati rakyat ketika itu sebagai satu wadah membela orang Melayu dan agama Islam (walaupun kefahaman Islam ketika itu tersangat kabur dek penjajahan yang sekian lama). 

Apa yang dirasakan sebagai "kebangkitan" ketika itu anehnya diterima oleh penjajah British, malah tidak kurang pula bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Malaya berusaha membantu perjuangan UMNO. Di pendekkan cerita, Malaysia pun merdeka di atas semangat kompromi masyarakat berbilang kaum, dan menjadi sebuah negara sekular dengan perlembagaan yang diambil dari British, yang draf asalnya merupakan salinan kepada perlembagaan negara India yang sebelum itu dimerdekakan oleh British.                                             

Beberapa perkara jarang diperhatikan:

1. UMNO merupakan parti qaumiyyah, iaitu parti berasaskan kaum. Ini salah satu racun yang membunuh kekuatan empayar Khilafah dan kesatuan kaum muslimin. Maka, penubuhan UMNO sememangnya selari dengan tujuan memecah-belahkan kesatuan kaum muslimin di atas nama bangsa.

2. Setelah beberapa generasi berlalu, semangat kemelayuan (kebangsaan) semakin pudar. Itu sebenarnya fitrah kerana semangat ini memerlukan rangsangan luar iaitu ancaman untuk diaktifkan. Tanpa ancaman, maka semangat ini akan beku. Ia semangat semata-mata tanpa diasaskan dari pemikiran yang jernih kerana pemikiran yang jernih pasti mengakui, adalah mustahil manusia boleh disatukan berasaskan kaum kerana Allah menciptakan manusia berbilang kaum. Ia bukan kesatuan tetapi perpecahan!!!

3. Kekuatan umat Islam ialah pada aqidah yang menyatukan mereka. Bagaimana mungkin, racun yang mematikan kesatuan aqidah umat Islam boleh diharap agar membangkitkan umat ini? Sungguh ia satu khayalan yang menipu!!!

No comments:

Post a Comment