Saturday, October 17, 2015

VIRTUAL TRADE VS REAL TRADE

Kebelakangan ini, aku berkesempatan berbual dengan ramai peniaga. Tauke Welly Batu Caves, tauke restoren, tauke hardware, pengusaha hotel, pemandu teksi dan bermacam lagi. Semuanya merungut dan merasai kesan tekanan ekonomi yang menyebabkan business mereka terjejas.

Mungkin sukar menggambarkan secara terperinci bagaimana domino effect kesan ekonomi global ke atas kedudukan ekonomi rakyat marhaen, tetapi apa yang dirasai sebenarnya kesan dari sistem ekonomi sekular kapitalis yang diterapkan ke atas kita semua.

Ia satu sistem ekonomi yang memastikan golongan kapitalis (pemodal) akan terus-menerus kaya, tanpa mempedulikan lagi beban ditanggung masyarakat secara keseluruhannya.

Salah satu kecacatan utama sistem ini (dari pelbagai kerosakan lainnya) ialah apabila urusniaga jual beli "modal" (stock market) dihalalkan, juga siebut VIRTUAL TRADE. Sebagai contoh, jika yang diurusniagakan itu modal perusahaan kambing, di dunia nyata mungkin kambing yang dimaksudkan itu tidak wujud langsung. Kelompangan ini bersandarkan spekulasi, tidak stabil malah sangat fragile.Kelompangan ini menyebabkan berlakunya kezaliman dalam transaksi yang dilakukan.

Dalam sistem ekonomi Islam, segala urusniaga mestilah REAL TRADE, iaitu perkhidmatan atau barangan yang diperdagangnya sewajibnya wujud dan transaksi berlaku 1:1, iaitu nilai yang dibayar dan produk yang diterima itu setimpal dan berlaku secara hakiki. Sistem ekonomi ini stabil dan saksama, sekaligus mengelakkan berlakunya krisis ekonomi yang parah dan berulang-ulang seperti kita saksikan hari ini. Islam mengharamkan kita berjual-beli buah durian hanya dengan berdasarkan bilangan bunga durian yang ada di pokoknya, atau berjual-beli anak kambing yang dalam kandungan induknya sehingga kambing itu dilahirkan.

Islam itu rahmatan lil alamin... Allah menurunkan Al Quran sebagai panduan untuk seluruh manusia sehingga muncul tamadun gergasi dari tanah gersang di tengah jazirah arab. Panduan dari Allah Yang Maha Pencipta sahajalah yang akan menyelamatkan seluruh umat manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Pencipta.
Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri,” [QS an-Nahl: 89]


Allahualam.



No comments:

Post a Comment