Syaikul Islam, ๐๐๐ง๐ฎ ๐๐๐ข๐ฆ๐ข๐ฒ๐ฒ๐๐ก Rahimahullah (w. 728H) adalah seorang ulama besar dalam mazhab Hanbali yang banyak membahaskan isu keadilan dalam pemerintahan Islam, termasuk hukum pemungutan cukai (maks). Beliau terkenal dengan pendiriannya yang keras terhadap penindasan dan kezaliman, termasuk dalam urusan kewangan negara.
Ibnu Taimiyyah berpandangan bahawa pemungutan cukai secara zalim adalah haram, kerana ia termasuk dalam perbuatan merampas harta rakyat tanpa hak. Beliau menegaskan bahawa pemerintah hanya boleh mengambil harta rakyat melalui cara yang dibenarkan oleh syarak, seperti:
i. ๐๐๐ค๐๐ญ โ Kewajipan utama ke atas umat Islam.
ii. ๐๐ข๐ณ๐ฒ๐๐ก โ Cukai yang dikenakan kepada non-Muslim sebagai pertukaran perlindungan.
iii. ๐๐ก๐๐ซ๐๐ฃ โ Cukai ke atas tanah yang diperoleh melalui pembukaan secara ketenetraan oleh kaum muslimin.
iv. ๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ซ โ Cukai perdagangan yang dikenakan ke atas Non-Muslim yang berdagang di negara Islam.
Beliau mengutuk keras pemungut cukai yang menindas rakyat, dengan merujuk kepada hadis:
ููุง ููุฏูุฎููู ุงููุฌููููุฉู ุตูุงุญูุจู ู ูููุณู
"๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ข๐ ๐ ๐ฆ๐ข๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐๐ข๐ก ๐๐ข๐๐๐ (๐๐๐๐ )."
[HR Ahmad, Abu Dawud, dan al-Hakim]
Menurut Ibnu Taimiyyah, hadis ini menunjukkan bahawa pengambilan cukai tanpa hak adalah dosa besar yang membawa kepada azab di akhirat.
Walaupun tegas dalam mengharamkan cukai yang menindas, Ibnu Taimiyyah tidak mengharamkan cukai secara mutlak seperti pandangan yang dikeluarkan oleh Syaikh Taqiyuddin An-Nabhani Rahimahullah.
Kedua ulama ini berpandangan bahawa dalam keadaan darurat, pemerintah boleh mengenakan cukai sementara, ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ dengan syarat:
i. Ia benar-benar diperlukan untuk kemaslahatan umum (contohnya, mempertahankan negara).
ii. Tiada sumber lain yang mencukupi, seperti zakat, ghanimah, atau sumber kerajaan Islam yang sah.
iii. Tidak menzalimi rakyat atau membebankan golongan miskin.
Ibnu Taimiyyah menyimpulkan dalam penulisan beliau:
Apabila pemimpin mengambil harta rakyat tanpa hak, itu adalah kezaliman. Tetapi apabila ada keperluan mendesak dan tiada jalan lain untuk menampung perbelanjaan jihad atau keperluan negara, maka rakyat wajib membantu pemerintah dengan kadar yang adil.
Rujukan: Majmuโ al-Fatawa (Ibnu Taimiyyah, Jilid 28, hlm. 266) & Al-Siyasah al-Sharโiyyah (Ibnu Taimiyyah, hlm. 38)
Dalam Majmuโ al-Fatawa (Jilid 29, hlm. 251), beliau menyatakan:
ููุฃูู ููุง ุงููู ูููุณู ุงูููุฐูู ููุคูุฎูุฐู ุจูุงุณูู ู ุงููุนูุดููุฑู ููุบูููุฑูููุง ู ููู ุงูุธููููู ู ุงูููุฐูู ุฃูุฌูู ูุนู ุงููู ูุณูููู ูููู ุนูููู ุชูุญูุฑููู ููู
"Adapun Maks yang diambil dengan nama usyur (cukai perdagangan) dan lainnya adalah satu bentuk kezaliman yang telah disepakati oleh umat Islam sebagai haram.
Sistem cukai moden yang menjadikan cukai sebagai sumber utama negara bertentangan dengan prinsip ekonomi Islam, kerana Islam mengutamakan zakat, jizyah, kharaj, dan sumber halal lain untuk menampung keperluan negara. Cukai tetap seperti dalam sistem moden hari ini adalah lebih hampir kepada Maks yang diharamkan, berbanding Dharibah yang bersifat sementara dan hanya dalam keadaan darurat.
Adapun para ulama kontemporari dalam hal ini sedikit berbeza:
1. ๐๐ซ. ๐๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ ๐๐ฅ-๐๐๐ซ๐๐๐๐ฐ๐ข dalam Fiqh al-Zakah menegaskan bahawa cukai hanya boleh dikenakan jika benar-benar diperlukan dan tidak boleh melebihi kadar yang adil. Jika cukai menjadi beban yang berat dan menindas rakyat, ia berubah menjadi Maks yang diharamkan.
2. ๐๐ฒ๐๐ข๐ค๐ก ๐๐๐๐ฎ๐ฅ ๐๐ณ๐ข๐ณ ๐๐ข๐ง ๐๐๐ณ menegaskan bahawa negara Islam sepatutnya mengutamakan zakat sebagai sumber utama, bukan cukai.
3. ๐๐ซ. ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ฎ๐ก๐๐ข๐ฅ๐ข cukai yang dikutip mesti digunakan untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi pemerintah atau projek yang tidak perlu. Jika cukai disalahgunakan, ia kembali kepada kezaliman Maks yang diharamkan.
Saya berpandangan, sistem percukaian moden berada dalam "grey zone" antara Maks dan Dharibah. Jika ia dikenakan secara zalim, maka ia adalah Maks yang disepakati haram dari segi hukum. Manakala sekiranya ia dikenakan untuk memenuhi kemaslahatan umum, pada kadar yang munasabah, ia mendekati konsep dharibah yang dibenarkan ketika darurat, walaupun pada hakikatnya tidaklah sama. Daulah Islam seharusnya kembali kepada sistem Islam, di mana sumber negara diperoleh daripada zakat, jizyah, kharaj, faiโ, dan hasil negara lain sebelum mengenakan cukai.
Allahua'lam.
No comments:
Post a Comment