Tuesday, November 13, 2012

Mafahim Hizb Tahrir

"Perbaikilah masyarakat, nescaya individu akan menjadi baik dan terus menerus dalam keadaan baik"




Masyarakat itu umpama air yang diletakkan di dalam sebuah tempayan, apabila disekelilingnya diletakkan sesuatu yang membekukan, maka air itu akan membeku. Begitu pula masyarakat, apabila dilontar pelbagai ideologi yang rosak, maka tentu masuarakat itu akan terkongkong dalam kerosakan dan terus merosot. Jika ditengah masyarakat dilontar ideologi yang kontradiktif, maka akan nampak penentangan dan senantiasa menimbulkan konflik dan kekacauan. Jika dibawah tempayan diletakkan api yang berkobar, maka air akan hangat dan mendidih lalu meruap memberikan tenaga yang menggerakkan. Begitu halnya apabila masyarakat dilontarkan ideologi yang benar, maka masyarakat akan dihangatkan dan membara yang akhirnya mampu menggerakkan masyarakat lalu masyarakat itu pula nanti akan menyebarkannya kepada masyarakat yang lain meskipun dijumpai perubahan dari suatu keadaan yang lain yang saling bertentangan. Proses perubahannya dari satu kondisi ke kondisi yang lainnya tak dapat dilihat seperti perubahan air dalam tempayan yang tidak mampu diamati tetapi boleh dirasai dan bagi yang meyakini dan meneliti, akan pasti diyakini masyarakat itu akan menuju keadaan bergolak dan meledak.

Sungguh tempat dimana Khilafah akan tertegak tidak dapat diketahui kerana ianya tergantung kepada kesiapan masyarakat, bukan semata-mata pada kekuatan dakwah. Dakwah Islam di Makah sangat kuat sehingga layak dijadikan titik tolak dan titik tolak dakwah tetapi realitinya, daulah Khilafah yang pertama berdiri di Madinah.

Wilayah kekuasaan manusia hanyalah untuk berdakwah dan wilayah penerimaan masyarakat ialah di luar kekuasaan manusia dan hanya tergantung kepada Qada yang ditentukan oleh Allah.... 

Taqiyudddin An Nabhani- Mafahim Hizbut Tahrir

No comments:

Post a Comment