Sunday, December 9, 2012

Usahlah Ta'sub Dengan Ulama




“Mereka (Yahudi dan Nasara) menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah”[TMQ at-Taubah (9):31].

Mereka (para rahib) jika menghalalkan sesuatu maka orang ramai pun ikut menghalalkannya (yakni mengikutinya/mentaqlidnya) dan mereka jika mengharamkan sesuatu maka orang ramai pun ikut mengharamkannya maka itulah pengibadatan mereka (itulah bukti mereka menyembah para r
ahib [HR At Tirmizi & Baihaqi]

Ramai di kalangan umat Islam memilih untuk bertaqlid kepada ulama, ustaz atau figure daripada mengkaji dan cuma memahami sesuatu permasalahan hukum syarak dengan mendalam. Mungkin di kalangan orang yang tidak berupaya, orang yang kurang cerdas, maka dibolehkan malah dianjurkan untuk bertaklid kepada ulama yang diyakini keupayaan ijtihadnya (Imam-imam mazhab dalam bab ibadah dan feqah). Yang menghairankan, apabila ada yang mampu mendapat master/ PhD dalam bidang kejuruteraan, bidang sains, kedoktoran dan lain-lain displin ilmu yang kompleks, pun masih gemar memilih bertaqlid sepertimana orang yang dikatakan kurang cerdas itu.

Berbeza dengan perkara berkaitan aqidah, ia wajib dimurnikan dengan pemikiran yang utuh, bukan sekadar bertaqlid buta. Kemunduran berfikir umat Islam hari ini adalah dek kerana kemalasan mereka sendiri untuk memurnikan aqidah mereka.

Sangatlah buruk perbuatan mereka dan sebahagian besar masyarakat yang masih berpegang kepada sangkaan dan keyakinan mereka bahawa mereka benar tanpa penyelidikan, penelitian dan pengkajian bagi mensabitkan apakah selama ini mereka berada dalam kebenaran atau selama ini mereka berada dalam penipuan, kesesatan dan kesilapan. Sesungguhnya sangka-sangka mereka sangatlah tidak bermanfaat dan tidak menyelamatkan mereka sedikitpun.

Sungguh sangkaan mereka langsung tidak membawa manfaat pada mereka (dalam membawa mereka) kepada kebenaran sedikitpun" (Surah Yunus (10): 36).

Mereka menyangka, ulama figure merekalah yang sentiasa baik sekalipun terpampang jelas realiti untuk diindera. Mereka menyangka, ulama mereka tidak akan terbelit dengan penipuan syaitan jin dan manusia (atas sebab ketokohan mereka), walhal mereka tahu, jerat Iblis dan syaitan ke atas ulamalah lebih dahsyat dari jerat yang disediakan ke atas mereka yang bodoh.....

No comments:

Post a Comment