Nukilan peribadi berdasarkan pengkajian, analisis dan pemerhatian mengenai isu umat Islam, politik dan ilmu kewangan.
Monday, February 4, 2013
Perbincangan Ringkas Mengenai JIHAD
"Syurga itu dibawah bayangan pedang" HR Bukhari dan Muslim.
Islam meletakkan jihad sebagai semulia-mulia ibadat kepada Allah. Sebaliknya umat Islam hari ini mencari seribu dalih untuk melunakkan pengertian jihad itu sehingga kedengaran perkataan seperti jihad ekonomi, jihad kewangan, jihad hati, dan pelbagai lagi.
Jihad terbahagi kepada 2:
1. Jihad defensive: Wajib ke atas mereka yang diancam dan umat disekelilingnya. Hatta wanita juga wajib berjihad sesudah tiada lagi kaum lelaki untuk mempertahankan mereka.
2. Jihad offensive (FUTUHAT): Dipikul sepenuhnya oleh angkatan tentera untuk menghapuskan halangan dakwah menyebarluas Islam.
Jihad no 1 itu sedang berlangsung di merata tempat dimana kaum muslimin dilanyak, dibantai, namun yang no 2 sudah sekian lama ditinggalkan... Itu kerana tiada lagi Khalifah yang akan mengisytiharkan jihad bagi menyebarluas Islam ke seluruh penjuru dunia.
Perlu difahami, Islam tidak menganjurkan pertumpahan darah tanpa haq. Islam mengharamkan menyakiti mana-mana makhluk termasuk tumbuhan tanpa sebarang sebab. Sesungguhnya dari jihad itu sebenarnya ada kehidupan. Jihad membebaskan manusia dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat. Jihad jauh berbeza dari penjajahan yang seringkali disertai ethnic cleansing dan perhambaan terhadap mereka yang dijajah sedangkan Islam memberikan haq yang sama sebagai warganegara dawlah untuk penduduk wilayah yang dibuka.
Para ulama bersepakat hadis ini terpakai untuk kedua kondisi jihad yang disebut di atas, namun tidak terpakai untuk "jihad PRU" atau "jihad mencari kekayaan".
إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي
سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ
وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ
الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah 9:111)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment