Mereka yang mengusung "Spontaneous theory" yang menafikan konsep penciptaan oleh Sang Maha Pencipta percaya, semua tindakbalas spontan yang berlaku antara atom dan molekul secara rawak dan mengambil masa jutaan tahun menghasilkan cell asas dan kemudiannya jutaan tahun kemudian membentuk microorganism dan seterusnya macro-organism yang kemudiannya hidup dilautan dan seterusnya merangkak naik kedaratan. Mudahnya:
(1) Atom -> Sel -> Microorganism -> Hidupan laut ->Serangga (haiwan kecil darat selepas hidupan laut merangkak ke darat) -> Monyet -> Manusia.
So..... In "spontaneous theory" aku:
(2) Amik sebiji basikal, biarkan selama 100 000 000 tahun, kita akan dapati basikal tu akan jadi sebuah Pesawat Pejuang lengkap dengan persenjataan, radar dan peralatan navigasi.
Bila aku bandingkan antara beruk dengan robot, aku katakan beruk lebih canggih sebab beruk ada emosi, ada sistem biology yang kompleks, boleh beranak.... berbanding dengan robot yang cuma ada litar elektronik, skru, rangka dan sumber tenaga. Mungkin harga robot lebih mahal dari seekor beruk tapi beruk juga yang lebih canggih kan?
Kalau teori (1) itu "LOGIK", maka tidak ada masalah untuk percaya teori (2) kan?
Nukilan peribadi berdasarkan pengkajian, analisis dan pemerhatian mengenai isu umat Islam, politik dan ilmu kewangan.
Wednesday, February 19, 2014
Monday, February 17, 2014
Alahai Benz Ali dan Golongan yang menggelar diri "School of seekers"
Sebenarnya nama Benz Ali ni baru sampai ke pengetahuanku kurang seminggu. Sebelum tu aku tak pernah tahu pun. Then, dari "pertembungan" singkat di alam maya ni, aku simpulkan dia dan manusia sejenisnya terperangkap dalam persoalan yang direka dan cuba dijawab sendiri. Soalan-soalan seperti:
1. Kenapa aku solat? Lepas tu kalau tak khusyuk Allah tak terima??? Padahal aku dah buat sedaya-upaya.
2. Asal kewujudan manusia boleh dibuktikan dengan sains.
Dan lain2... (Tak minat nak bincang kesemuanya).
Manusia secara fitrahnya memiliki naluri dan salah satu naluri itu dipanggil Ghorizoh Tadayun, naluri beragama, menyembah, mengagungkan satu kuasa luar biasa. Manusia yang mengaku atheist hanya berbohong bila tidak mempercayai langsung Tuhan sebab mereka hanya mengalihkan ketundukan kepada Tuhan yang kononnya tidak rasional itu kepada ketundukkan kepada sains yang kononnya rasional.
Well, aku mungkin bukan saintis yang terbaik tapi aku boleh menjawab bahawa ilmu sains itu sendiri bukanlah rasional 100%. Ia hanya fakta yang diperoleh dari pemerhatian, ujikaji atau pengiraan matematik. Kita boleh argue dengan jutaan cara method eksperimen dan kiraan maths terutamanya bila dalam kiraan itu ada memasukkan kebarangkalian (possibility) atau juga dinamakan postulate. Ia hanya sebuah kebarangkalian menghampiri kebenaran tetapi tetap saja bukan absolute truth.
Begitu juga dalam bidang biology. Terlalu banyak uncertainties yang masih menjadi misteri dalam cabang-cabang sains ni yang belum mampu dibongkar.
Balik kepada persoalan diatas... Kalaulah yang bertanya tu ngaji lebih sikit, dia akan dapati dalil:
Tidaklah dimasukkan seseorang daripada kamu ke dalam syurga kerana amalannya. Dan tidak dijauhkan daripada neraka (kerana amalannya). Dan tidak juga aku. Kecuali dengan rahmat daripada Allah [HR Muslim]
Hadis ini perlu kita fahami bersama ayat-ayat al-Qur’an berikut:
Sambil malaikat itu berkata kepada mereka: “Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan”. [al-Nahl 16:32]
Yang dimaksudkan adalah, seseorang itu dengan rahmat Allah ‘Azza wa Jalla akan mengerjakan amal soleh dan dengan itu dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Dalam ertikata lain, seseorang itu memerlukan kedua-duanya, rahmat Allah dan amal soleh untuk masuk syurga.
Rahmat Allah bererti hidayah, bimbingan dan pemeliharaannya sehingga dengan itu seseorang akan beramal soleh dengan apa yang benar secara ikhlas. Tanpa rahmat Allah, mungkin sahaja seseorang itu beramal tetapi ia adalah satu bid‘ah atau dengan sifat ria’ yang menyebabkan amalan tersebut tidak diterima Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Begitu juga mengenai asal kejadian manusia. Jika benar dia claim mempercayai sains, maka dia mesti akur dengan keterbatasan dalam sains , satu ruang ilmu yang sangat luas yang masih belum mampu dihurai dengan sains sehingga hari ini. Jadi, mereka yang selalu menuduh agama sebagai hypocrite sepatutnya mengakui diri mereka sendirilah yang hypocrite.
Nasihatku... Bertaubatlah. Kalau tak mahu bertaubatpun usahlah melakukan kerosakan dengan mempengaruhi orang disekeliling yang sedia JAHIL, MALAS, BODOH dan TAKSUB.
Aku akhiri coretan ini dengan firman Allah, Tuhan segala kewujudan:
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat .Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. [Al Baqarah; 1-5]

Sunday, February 9, 2014
KHAS BUAT GOLONGAN PENCACI-MAKI
Aku perhatikan dalam berpolitik, kaum muslimin, khususnya di Malaysia ini terlalu banyak dari kalangan mereka yang buruk perangainya. Apa sahaja pandangan yang tidak selari dengan mereka akan dikecam (termasuk mereka yang mengkritik) dan selalunya mereka melampau dalam berkelahi. Mungkin hadis-hadis dibawah sesuai buat peringatan bersama:
1. Abi Hurairah ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: “Jauhilah olehmu berprasangka. Sebab berprasangka adalah SEBURUK- BURUK pembicaraan. Janganlah kamu saling mencari keburukankan orang lain, janganlah saling bermegah-megahan, dan janganlah saling dengki mendengki. Janganlah saling mengumbar emosi, dan janganlah saling menjauhi. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersatu dan bersaudara sebagaimana yang telah diperintahkan Allah kepadamu. Seorang muslim dengan muslim lainnya adalah bersaudara, yang di antara mereka dilarang saling menganiaya, saling menghina, dan saling meremehkan. Taqwa adalah di sini (sambil Rasulullah memberi isyarah ke arah dada). Cukuplah seorang muslim dikatakan melakukan keburukan apabila dia menghina sesama muslim. Seorang muslim dengan muslim lainnya harus saling menjaga darah, kehormatan, dan harta kekayaannya.” (HR. Bukhari danMuslim).
2. “Mencaci maki seorang muslim adalah perbuatan fasik, sedang membunuh seorang muslim adalah tindak kekufuran.” (HR. Bukhari dan Muslim).
3. “Apabila seseorang melaknati sesuatu, maka laknat itu akan naik ke langit kemudian seluruh pintu-pintu langit dikunci. Lalu laknat itu mengambil posisi ke kanan dan ke kiri. Bila tidak ada tempat kosong, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang dilaknati bila dia pantas untuk mendapatkan laknat. Tetapi kalau orang yang dilaknati tidak sewajarnya mendapatkan laknat, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang mengucapkan laknat tersebut.” (HR. Abu Dawud).
4. "Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, [1] Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; [2] Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! [3] Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. [4] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? [5] (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), - [6] Yang naik menjulang ke hati; [7] Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. [8] (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. [9] " (Al-Humazah : 1-9)
5. Ada dua orang yang saling mencaci di hadapan Nabi shallallahu'alaihi wasallam. Salah satu dari keduanya mencela yang lain, sedangkan yang dicela terdiam saja. Tak lama kemudian, orang yang dicaci tersebut membalas cacian dengan mengucapkan suatu ucapan.Maka Nabi shallallahu'alaihi wasallam berdiri. Lalu orang (yang membalas celaan) berkata,
"Wahai Rasulullah, tatkala aku membalas sebagian caciannya (mengapa) engkau berdiri..."
Nabi menjawab, "Awalnya malaikat membelamu. Namun ketika engkau membalas caciannya, setan datang. Dan aku tidak ingin duduk bersama setan..."
(HR Abu Daud, Ahmad; Syarhus Sunnah al-Baghawi, dinyatakan hasan oleh Syaikh Salim al-Hilali)

Monday, February 3, 2014
Silat dan Muay Thai
Imam Al Ghazali dalam kitab terakhirnya, Minhajuabidin menukilkan, hawa nafsu umpama kuda yang liar. Ia boleh dijinakkan dengan mengurangkan makan (banyakkan puasa dan mengelak makan hingga kenyang), menambah beban (banyakkan ibadat sunat) dan banyak bermunajat kepada Allah kerana tanpa pertolongan Allah, tiada daya manusia menghadapi hawa nafsu, yang merupakan "musuh yang dicintai"...
Imam Taqiyuddin An Nabhani dalam kitabnya, Nizhomul Islam menukilkan, Islam diturunkan bagi mengatur ghorizoh (naluri) manusia untuk disesuaikan dengan tuntutan syarak. Manusia melunaskan naluri sexual secara halal dengan bernikah, melunaskan naluri mempertahankan diri (survival instinct) dengan memelihara keselamatan dan kehormatan dan melunaskan naluri menyembah (worship) dengan menyembah Allah, tuhan yang satu.
Mempelajari kedua kitab ini aku umpamakan belajar ilmu silat bersama muay Thai. Silat itu seni halus umpama tasauf, muay Thai itu seni tempur yang keras umpama ilmu fiq. Halus untuk melembutkan hati, keras untuk teguh dan istiqomah dalam kebenaran.
Moga kita semua mampu untuk teguh dalam kebenaran, insyaallah.

Subscribe to:
Posts (Atom)