Monday, February 3, 2014

Silat dan Muay Thai

Imam Al Ghazali dalam kitab terakhirnya, Minhajuabidin menukilkan, hawa nafsu umpama kuda yang liar. Ia boleh dijinakkan dengan mengurangkan makan (banyakkan puasa dan mengelak makan hingga kenyang), menambah beban (banyakkan ibadat sunat) dan banyak bermunajat kepada Allah kerana tanpa pertolongan Allah, tiada daya manusia menghadapi hawa nafsu, yang merupakan "musuh yang dicintai"...

Imam Taqiyuddin An Nabhani dalam kitabnya, Nizhomul Islam menukilkan, Islam diturunkan bagi mengatur ghorizoh (naluri) manusia untuk disesuaikan dengan tuntutan syarak. Manusia melunaskan naluri sexual secara halal dengan bernikah, melunaskan naluri mempertahankan diri (survival instinct) dengan memelihara keselamatan dan kehormatan dan melunaskan naluri menyembah (worship) dengan menyembah Allah, tuhan yang satu. 

Mempelajari kedua kitab ini aku umpamakan belajar ilmu silat bersama muay Thai. Silat itu seni halus umpama tasauf, muay Thai itu seni tempur yang keras umpama ilmu fiq. Halus untuk melembutkan hati, keras untuk teguh dan istiqomah dalam kebenaran.

Moga kita semua mampu untuk teguh dalam kebenaran, insyaallah. 



No comments:

Post a Comment