Monday, April 21, 2014

PARADOX

Taktik biasa golongan Freethinkers untuk menyesatkan orang dengan mengajak berfikir secara paradox, menggunakan kenyataan dan persoalan yang kelihatan benar tetapi kontradik antara satu dengan lain. Contohnya, memikirkan "jika Tuhan itu Maha berkuasa mencipta segala sesuatu, bolehkah Dia mencipta perisai yang paling kebal di seluruh alam, tetapi dalam masa yang sama mencipta pedang yang paling tajam yang boleh menembusi segala jenis perisai..."    

Persoalan ini jika dijawab boleh, maka ia membawa logik kepada Tuhan itu lemah, sedangkan kalau tidak boleh, juga akan membawa logik kepada Tuhan itu lemah.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib berfikir secara cemerlang. Pemikiran cemerlang dibangun di atas landasan berfikir yang benar, dari asas aqidah yang benar. Memecahkan persoalan paradox semacam ini, aku menghujah:

1. Bukan urusan manusia memikirkan tentang jangkauan kekuasaan Allah.
2. Paradox ni tidak ada realitinya, maka ia cuma khayalan.
3. Mengkhayalkan sesuatu yang tak terjangkau tidak ada faedahnya.
4. Terhadap tohmahan mereka "Islam menghadkan pemikiran manusia, membawa kebodohan"... Kurang berfikir membawa kepada KEBODOHAN, terlebih fikir membawa kepada GILA. Islam sesuai dengan fitrah, mengajak berfikir sesuai dengan had keupayaan manusia.
5. Terhadap kecenderungan "mengfalsafahkan paradox", contohnya perkataan "perisai" dan "pedang" di atas merujuk kepada sesuatu yang lain.... Aku kira cara berkhayal semacam tu hanya sesuai untuk menghasilkan puisi, bukan untuk argument.


Thursday, April 17, 2014

PEJUANG IDEOLOGY



Digelar Tiger Bukit Jelutong, Karpal Singh merupakan seorang yang berjuang di atas ideology sekular kapitalis dengan teguh, berdiri di atas prinsip kebebasan, hak asasi manusia dan segala cabang pemikiran yang terbit dari ideology yang menjadi panutan. Dengan ideology ini, penyokong yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan latar belakang berdiri di belakangnya. Dari ideology ini muncul pelbagai method pemecahan kepada permasalahan manusia. Munculnya sistem judiciary (kehakiman), sistem ekonomi, sistem pendidikan dan segala macam lagi berakar umbi dari ideology sekular kapitalis yang meletakkan pemisahan agama dari kehidupan. Ternyata ikatan mabda'e (ideologist) ini, sekalipun berdiri atas premis yang bathil, tetap berjaya menyatukan pelbagai jenis manusia dengan perasaan dan pemikiran yang sama. Ini merupakan ikatan yang lebih kuat berbanding ikatan atas nama bangsa, atas nama keturunan, atas nama tempat (wathaniah) yang menjuzukkan manusia yang secara fitrahnya berbeza.

Ideology sekular yang memisahkan segala aturan hidup dengan Sang Maha Pencipta tetap mengiktiraf agama sebagai hak individu tetapi bukan titik utama dalam prinsip untuk mengatur kehidupan. Maka menjadi urusan individu pula nanti di hadapan Allah Yang Maha Pencipta untuk diperhitungkan segala perbuatan didunia. Tidak menjadi urusan sesiapa untuk tentukan seseorang tu ke syurga atau neraka melainkan Allah.

Sebagai seorang Islam, bila Nabi s.a.w bersabda: “…Maka kalian wajib berpegang kepada sunnahku dan sunnah Khulafa’urRasyidin yang mendapat petunjuk. Berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah ia erat-erat dengan gigi geraham…” [HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Tirmidzi], tidakkah kita boleh menilai, apakah ideology sekular kapitalis yang bersamanya ada hak asasi manusia, freedom, demokrasi dan segala macam tsqafah (gugusan pemikiran) lain itu sesuai dengan SUNNAH yang Rasululullah s.a.w perintahkan kita agar berpegang dengan teguh itu?

Karpal telah kembali menemui Tuhan yang menciptakannya, namun watak sepertinya tetap ada dan terus bermunculan. Mereka boleh jadi bernama Ananda atau Anuar atau Ah Kit atau Anderson tetapi mereka membawa ideologi yang sama sesuai dengan realiti yang melahirkan watak-watak ini.

Di mana pula "watak-watak" yang bangkit menggengam sunnah khatimul ambiya' dengan segala kudrat dan upaya?

Sesungguhnya mereka terdiri dari anak-anak kaum muslimin yang berada di kalangan kalian. Mereka berikrar agar tidak tunduk kepada realiti yang menghimpit meskipun mereka berdepan dengan pelbagai halangan dan ancaman.

Insyallah, kebathilan akan sirna jua dan haq pasti akan mengatasi yang bathil.

Mari kita jadikan MAUT sebagai sebaik-baik pengajaran. Sekaya manapun kita, secerdik manapun kita, secantik/tampan manapun kita, segagah manapun kita, sepenting manapun kita di dunia, maut itu satu hakikat yang pasti akan menemui kita. Moga kita semua mati dalam keadaan Allah redha kepada kita


Sunday, April 13, 2014

Saintis Muslim Menulis



Melihat kepada rumput kering atas divider jalan dek kepanasan, terfikir juga akan penjaga rumput itu, penjaga yang mencipta ciptaan yang terhitung banyaknya sehingga terwujud rantaian kehidupan baik rantaian makanan, rantaian interaksi yang pelbagai yang mewarnai alam yang indah ini, sekalipun di lokasi kotor seperti tempat pembuangan sampah atau kumbahan.

Segala sistem yang dicipta Nya menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanaan Nya yang Maha Agung yang tidak mungkin mampu ditandingi oleh sesiapapun.

Dia menurunkan Al Quran sebagai Al Furqan (Pembeza), yang mengatur seluruh kehidupan dengan aturan Nya. Alangkah ruginya sesiapa yang berpaling dari apa yang Dia aturkan.

Jika para atheist cuba berhujah segala ini berlaku "secara spontan", tidak ada penciptaan, maka dia perlu mendatangkan bukti sesuatu perkara yang tidak dicipta. Yang berlaku tanpa ada hukum dan aturan dibaliknya.

Ada atheist yang berhujah denganku menggunakan "Konsep Keabadian Tenaga"... Konon tenaga satu contoh yang tidak dicipta walaupun oleh Tuhan.

Atheist sebegitu menunjukkan kebodohan fatal sebab dalam quantum mechanic physic ada konsep yang dipanggil Wave Particle Duality yang menjadi titik tengah kepada banyak pengiraan fizik ke atas konsep kewujudan molekul & tenaga, serta segala macam sifat berkaitan dengannya yang sangat sukar diterangkan dalam bahasa mudah kecuali menyatakan jirim dan gelombang (tenaga) bersifat kembaran. Kembaran ini yang menerangkan ketidakpastian bentuk kekal jirim atau tenaga.

Aku suka perkataan ketidakpastian (uncertainty) ni sebab kita mudah faham, batas sains yang difahami manusia dipenuhi ketidakpastian, dan konsep keabadian tenaga yang merupakan sebahagian darinya juga berdiri atas premis ini.

Sedang sains penuh dengan ketidakpastian, Allah menurunkan Al Quran dengan penuh kepastian, menjawab konsep penciptaan yang tidak mampu dijawab oleh sains yang sangat terbatas.

Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (Al-Baqarah : 2)

Tuesday, April 8, 2014

SISTEM EKONOMI YANG TRAGIS

Aku teringat balik apa yang aku belajar dalam subjek "Kemahiran Hidup" masa form 2 dulu. Katanya, Syarikat sendirian berhad mempunyai liabiliti terhad. Maksudnya, kalau syarikat mengalami kegagalan (bankrupt), maka pihak pemiuang berhak ke atas harta syarikat sahaja untuk dirampas/sita tetapi tidak boleh mengambil harta peribadi individu sekalipun individu itu pemilik syarikat. Dengan kata lain, pemiutang akan rugi besar kalau nak rampas harta yang tidak ada. Para pemodal tetap kaya raya sekalipun syarikatnya melingkup. Biasanya pemodal yang kaya raya memiliki kepentingan dalam banyak syarikat. Satu melingkup banyak lagi yang lain. Orang bawahan (pekerja) pula hilang punca pencarian. Sadis dan zalim.....

Aku berpandangan, sistem sebegini lahir dari ideologi sekular kapitalis yang direkacipta khusus untuk kepentingan para pemodal. Sekali imbas, memang syok berniaga dengan risiko terhad. Tapi hutang tak berbayar merupakan barah yang tak perlu lagi dipersoal dalam sistem ekonomi. Sesiapa yang berminat boleh baca kisah bankruptcy Lehman Brothers, syarikat security yang telah beroperasi selama 158 tahun akibat kegagalan pembayaran balik hutang oleh peminjam. Sedangkan kita faham, syarikat gergasi seperti itu tentunya memiliki budaya kerja yang terbaik, human resource yang terbaik, SOP yang terbaik serta aset yang sangat banyak. Then mereka tetap tumbang disebalik kekuatan dan kestabilan yang ada.

Sistem ekonomi Islam bukan sekadar kod akhlak atau supplement ke atas transaksi yang berlaku tetapi mesti berasaskan real trade. Ini berdasarkan dalil:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang penjualan sesuatu yang masih dalam kandungan induknya” ( HR Imam Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu membeli ikan di dalam air, kerana jual beli seperti itu termasuk gharar” (HR Ahmad)

Dengan amaran yang dikeluarkan oleh IMF semalam, akan kelembapan ekonomi dunia sepanjang 2014, kita boleh rasai kesan sistem ekonomi yang tidak dipandu oleh wahyu Sang Maha Pencipta tidak lebih dari mencetuskan kerosakan demi kerosakan.

Allahualam.