Monday, November 10, 2014

KEMPEN FAJAR II


Rasulullah s.a.w sebelum berhijrah sudah punyai pengikut yang ramai, yang sedia berperang dan mati untuk baginda. Namun, baginda tidak mengambil mana-mana wilayah lalu mengishtiharkan diri sebagai ketua negara lalu mendirikan daulah Islam. Baginda melakukan "thalabun nusrah" iaitu mencari dokongan dari kabilah-kabilah arab yang memiliki keupayaan perang dan akhirnya baginda dibaiat oleh bani Aus dan Khazraj, yang telah puluhan tahun berperang sesama sendiri, menyatukan mereka dengan ikatan yang lebih kuat dari ikatan kekeluargaan, iaitu ikatan mabda' (ideology) Islam.
Adapun ISIS yang muncul dan self claimed khilafah dan memaksa penduduk asal Iraq dan Syam untuk memberi baiat kepada mereka bukan merupakan method kenabian dalam mendirikan dawlah. Kemunculan mereka penuh misteri, menyatukan para pemuda dari merata dunia untuk berperang bersama mereka, dilengkapi persenjataan yang mampu melancarkan conventional warfare, iaitu peperangan terbuka yang biasanya hanya dilancarkan oleh angkatan tentera sesebuah negara, bukan kelompok atau kumpulan. Jelas ia sama sekali tidak menepati minhaj yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w untuk mendirikan sebuah negara Islam dari ketiadaannya. Jelas ia bukan method yang syarie bagi menarik manusia kepada Islam. Lebih jelas apabila kemunculan puak ini memberi imej negatif terhadap Islam, khilafah dan kaum muslimin secara umumnya.
Hijrah Rasulullah s.a.w merupakan hijrah dari darul kufr kepada darul Islam, yang menyebabkan kafir Quraisy terdesak sehingga berkomplot untuk membunuh nabi s.a.w sebelum berlakunya peristiwa hijrah. Ini kerana, mereka benar-benar yakin, hijrah ini merupakan titik tolak kebangkitan Islam sebagai sebuah mabda' yang agung setelah Islam dizahirkan sebagai sebuah cara hidup yang lengkap.
Fajar kebangkitan hakiki telah muncul. Kebangkitannya umpama terbitnya matahari yang tidak akan lagi mampu dihalang oleh pakatan musuh yang membenci, memusuhi Islam sama ada dari golongan munafiqun, ataupun kafir yang memusuhi Islam. Dan fajar itu akan membawa manusia dari pelbagai jenis ras dan bangsa untuk berbondong-bondong masuk ke dalam agama fitrah ini....


Friday, November 7, 2014

KEMPEN FAJAR I

Ketika berlakunya peristiwa hijrah, Rasulullah saw memerintahkan umat Islam untuk berhijrah, kecuali bagi golongan yang sememangnya tidak berkeupayaan untuk berbuat demikian. Sebagai tindak balas terhadap kaum muslimin, golongan kafir Quraishy merampas segala ladang, tanah, rumah, ternakan bahkan dalam sesetengah riwayat disebutkan ada anak dan isteri dipisahkan secara paksa. Mungkin jika kita renung sejenak, jika kita berada di zaman itu, diperintahkan meninggalkan segala harta benda yang dimiliki demi mentaati perintah Allah dan rasul, nescaya kita akan keberatan. Ada di antara kaum muslimin yang sudah mengaku beriman ketika itu enggan berhijrah sekalipun mereka mampu. Alasannya, sekalipun tak berhijrah, mereka tetap dapat terus mengamalkan Islam secara individu. Ternyata mereka itu golongan munafiq.

Ketika semboyan perang Badar diserukan, golongan ini dipaksa menyertai Tentera Qurasy dan akhirnya mereka terbunuh dalam peperangan itu. Peristiwa terbunuhnya golongan munafiq itu dicatat dalam Quran sebagai azbabun nuzul ayat:

“Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata, “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab, “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi.” Malaikat bertanya lagi, “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” [TMQ an-Nisa’ (4): 97-99].

Mari kita intropeksi diri, di kala ini, tidak adanya daulah Islam meletakkan kewajipan mengembalikan semula kegemilangan Islam itu terpikul di atas bahu setiap orang muslim yang mukallaf (orang yang cukup syarat dipikulkan kewajipan), di mana kedudukan kita, sumbangan kita, kesungguhan kita dalam menunaikan kewajipan ini?

Allahualam

Thursday, November 6, 2014

Does God Exist?

Golongan atheist membuat claim, segala kejadian terjadi secara kebetulan, secara "natural" dan tidak ada konsep Penciptaan dari Sang Maha Pencipta.

Cuba kita perhatikan, asal manusia dari sperm dan ovum, yang mana satu-satunya tujuan kewujudan sperm ialah untuk disenyawakan dengan ovum, Tidak pernah terjadi sperm dari seorang lelaki "mengembara" ke tubuh seorang wanita, dan kemudiannya balik ke tubuh lelaki itu untuk memberitahu "kawan-kawannya" bagaimana kondisi atau perkara yang akan berlaku di dalam tubuh wanita untuk persenyawaan.

Apa yang terjadi, sperm memiliki sifat kimia yang ber base untuk dineutralkan dalam kondisi persenyawaan yang acidic tanpa ada sesiapa "memberitahu" atau mengajar sperm untuk membuat "persediaan" seperti itu. Juga tidak ada sesiapa yang mengajarkan sperm bagaimana menemukan ovum di dalam tubuh wanita tetapi ternyata segala proses biology itu terjadi dengan sangat unik, sangat bijaksana dengan aturan yang tidak mudah difahami oleh akal yang bijak.

Maka, sekiranya ada kemungkinan kejadian persenyawaan (fertilization) berlaku secara kebetulan, kemungkinannya seakan meyakini sebuah pesawat yang sempurna segala kelengkapan radar, enjin dan bahan api muncul dari satu letupan sebongkah besi dan timbunan material lain bersamanya... Tentu mustahil kan?

Maha Suci Allah dari sebarang sekutu......