Jika kita tinjau dari sudut syarak, Islam membenarkan transaksi nyata (real trade) dan mengharamkan transaksi "future trading", atau transaksi jual-beli yang melibatkan barangan yang tiada. Contoh mudah: Jual beli buah durian adalah mubah (harus), tetapi jual beli bunga durian dengan menisbahkan bunga itu sebagai buah adalah haram kerana kita tidak ada kepastian mutlak bunga itu akan menjadi buah atau sebaliknya rosak.
Dalam sistem ekonomi sekular kapitalis, "future trading" adalah sesuatu norm yang tidak boleh dielakkan kerana sistem ini bergerak dalam pasaran modal. Maksud lebih lanjut "pasaran modal" iaitu modal sebagai komoditi dan bukannya barangan. Contoh, "saham perladangan durian" yang dijual-beli bukanlah ladang durian yang dijual-beli tetapi MODAL untuk perusahaan tersebut yang mana di alam nyata, ladang yang dimaksudkan boleh jadi hanya tanah kosong tanpa sebatang pohon durian pun, atau boleh juga tanah yang dimaksudkan itu pun masih masih dalam proses pembelian. Urus-niaga tanpa kewujudan hakiki apa yang diakadkan menjadikan akad itu sebagai akad yang bathil walaupun kalau kita perhatikan di sini, jual-beli durian asalnya mubah, tidak seperti jual-beli arak atau perkara lain yang diharamkan.
Berkenaan 1 MDB, antara perkara yang paling menimbulkan kemarahan Tun M ialah, dana yang dimiliki syarikat itu sudah dipindahkan ke beberapa lokasi yang tidak dapat dipastikan yang mana besar kemungkinannya ia telah lesap!!! Syarikat yang muncul secara tiba-tiba, mendapat pinjaman berbillion untuk perusahaan yang tidak diketahui kewujudannya, dan mendapat jaminan kerajaan Malaysia, tetapi tiba-tiba tidak mampu membayar pinjaman yang diminta dari pemuitang, MayBank dan RHB yang cuma berjumlah RM 2 B (berbanding pinjaman keseluruhan dari pelbagai sumber berjumlah RM 40 B). Ke mana lesapnya duit yang kononnya "dilaburkan" sebagai modal? Itu yang Tun M tanya dan setakat ini tetap gagal dijawab oleh pentadbiran Najib.
Perkiraan mudah, kita MELABUR dengan lebihan aset yang dimiliki. Sebaliknya 1MDB melabur dengan berhutang, dan apabila dituntut untuk membayar, 1MDB terpaksa minta tangguh berkali-kali. Lebih menariknya, Kerajaan Malaysia adalah guarantor bagi pinjaman syarikat ini. Dalam kata lain, khazanah kekayaan negara yang diperah dari keringat rakyat untuk membayar hutang syarikat yang tidak ditadbir secara telus.
Pertanyaan mudah, apa sebenarnya produk 1 MDB???? Kalau business lembu, boleh la kita tengok lembunya walaupun mungkin lembunya diternak dalam kondo. Tapi kali ni, berbillion duit dialirkan untuk apa? Ke mana?
Lalu kita boleh mengagak kenapa Najib begitu terdesak untuk melaksanakan GST di sebalik tentangan keras segenap lapisan masyarakat termasuk dari dalam UMNO sendiri kerana kesannya mungkin mengakibatkan UMNO dan Barisan Nasional akan tumbang dalam PRU yang akan datang. Dengan pemborosan yang berterusan, hutang yang sentiasa bertumbuh secara exponential, menjadikan perbendaharaan negara semakin parah dan GST merupakan langkah yang mampu memanjangkan jangka hayat kerajaan Malaysia yang dibelit ketat oleh pelbagai hutang.
Inilah natijah penerapan sistem ekonomi yang jauh dari fitrah manusia, jauh dari panduan Rob Yang Maha Agung yang menurunkan Al Quran dan mengutuskan Muhammad s.a.w sebagai rahmat bagi sekalian alam.
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiyaa' 21:107)
Ada yang kata sistem ekonomi Islam sebagai ketinggalan zaman. Sesungguhnya, Allah jauh lebih advance dari segala makhluk. Allah telah mengharamkan transaksi yang sesungguhnya mengundang malapetaka ke atas umat manusia, sebelum manusia mengenal stock market lagi. Maka ayat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan???