Setelah kekalahan kaum muslimin dalam Perang Uhud, reputasi dan kewibawaan kaum muslimin tercalar dan kabilah-kabilah arab dan yahudi sama ada di dalam kota Madinah, ataupun di luar mula menungjukkan penentangan terhadap daulah. Terdapat banyak kisah antara yang paling popular ialah Kisah pembunuhan 6 sahabat dalam peristiwa Raji' oleh Bani Huzail, Kisah Al Maunah, pembunuhan 40 orang sahabat yang diutus oleh Rasulullah s.a.w oleh Bani A'mir dan pengusiran Yahudi Bani Qainuqa' dan Bani Nadhir (mempermalukan seorang muslimah dengan menyingkap auratnya).
Kaedah Rasulullah s.a.w menangani konflik dalaman negara sangat unik dan terdapat banyak kisah yang jarang dikongsikan dalam masyarakat umum. Takala sampai ke pengetahuan baginda akan perbuatan Khalid bin Sufyan Al Hadzaliy, yang mengumpulkan angkatan perang dari kalangan kabilah arab untuk menyerang Madinah, baginda mengutuskan Abdullah Bin Anis untuk menyusup masuk ke dalam kumpulan Khalid. Abdullah kemudiannya, menunggu peluang di kala Khalid bersendirian, lalu membunuhnya. Maka, pemberontakan yang diketuai Khalid terkubur bersama kematiannya. Begitu pula apabila Bani Asad (kabilah arab di luar Madinah) cuba untuk merencana serangan ke atas Madinah, baginda mengutuskan pasukan elit dari 150 orang antaranya ialah Abu Ubaidah bin Jarrah, Sa’ad bin Abi Waqash, Usaid bin Hudhair iaitu dari kalangan pahlawan terbaik kaum muslimin untuk melancarkan serangan kilat sehingga Bani A'sad tewas dan rancangan mereka gagal sebelum sempat dilaksanakan.
Adapun dalam peperangan, terdapat golongan dipanggil Al Mubarizun, iaitu sekelompok pasukan elit yang bertugas memecah-belahkan barisan pasukan musuh untuk menjatuhkan moral pihak musuh dan sekaligus mengucar-kacirkan pertahanan musuh. Berikut adalah nama-nama para sahabat yang tercatat sebagai anggota Al Mubarizun:
- Ali ibn Abi Talib
- Khalid ibn Walid
- Dhiraar bin Al-Azwar
- Al-Qa'qa'a ibn Amr at-Tamimi
- Asim ibn 'Amr al-Tamimi
- Abd al-Rahman ibn Abu Bakr
Dari sudut lain yang kita perlu fahami, di peringkat awal setelah tegaknya daulah nanti, apa yang akan berlaku bukanlah semua rakyat hidup aman sejahtera dan memenuhi surau-masjid semata-mata tetapi kebanyakan dari kaum muslimin menghabiskan masa di medan perang bagi menangani ancaman sama ada dari dalam mahupun luar negara.
Allahualam
Adaptasi dari kitab Daulah Islam- Syiekh Taqiyuddin An Nabhani
No comments:
Post a Comment