Saturday, June 11, 2016

Qunut Nazilah

Ada orang berpandangan ala-ala pendeta, tak berapa suka baca Qunut Nazilah kerana berpendapat, kononnya lebih baik mendoakan orang jahat agar diberi hidayah berbanding mendoakan kehancuran buat mereka. Ini sebenarnya tidak bertepatan dengan sikap yang paling wajar berhadapan dengan musuh yang ganas dan zalim.

Manusia yang paling beriman ialah Muhammad s.a.w dan baginda juga memimpin kaum muslimin membacakan qunut Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi saw pernah mengutuskan seramai 70 orang yang terdiri daripada para qurra' (yang alim dan mahir dalam bacaan al-Quran). Kumpulan para qurra' ini dihantar untuk memenuhi permintaan beberapa kabilah seperti Ri'l dan Zakwan. Apabila rombongan tersebut sampai kepada kabilah Ri'l dan Zakwan berhampiran dengan sebuah telaga, dikenali telaga Mau'nah (Bi'r Mau'nah), kabilah tersebut berkata: Demi Allah, bukan kamu semua yang kami perlukan, sesungguhnya kami inginkan Nabi saw. Kabilah-kabilah tersebut telah menipu dan khianat kepada Rasulullah saw. Mereka telah membunuh semua 70 orang para qurra' tersebut. Apabila berita ini sampai kepada Nabi saw, baginda amat sedih. Lalu, baginda berdoa (laknat) ke atas kabilah kabilah tersebut selama sebulan di dalam solat Subuh. Maka, inilah permulaannya doa qunut. [Sahih al-Bukhari (4088)].

Dalam konteks hari ini,para pemerintah kaum muslimin yang bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, yang sekian lama memboikot Palestine, berdiam diri terhadap segala macam kekejaman yang berlaku di Syria, Iraq dan lain-lain, bahkan merekalah yang paling kuat menghalangi sebarang usaha mengembalikan kehidupan Islam, bersama para ulama upahan mereka, golongan ini sengat keji. Maka, selayaknya mereka menerima penghinaan dari perbuatan mereka sendiri.

Kita tak doakan Zionist di beri hidayah, kita doakan mereka agar musnah. Selain itu, haruslah difahami bahawa tidaklah cukup dengan sekadar berdoa. Tidak hanya sekadar duduk di atas tikar sembahyang, khusyuk berzikir membilang biji tasbih sambil mengharapkan musuh-musuh Islam ditewaskan. Para generasi agung salafusoleh adalah golongan yang soleh dan semestinya ketaqwaan mereka jauh lebih mulia dari kita. Mereka yang telah dijamin mendapat keredhaan Allah ini juga tidak hanya duduk di dalam masjid beribadat dan berzikir. Tetapi, mereka tetap keluar berdakwah, berjuang di medan jihad demi menegakkan agama. Sejarah Islam telah mencatatkan kisah perjuangan mereka sebagai taulalan kepada generasi seterusnya.


2 comments:

  1. Yang lagi kelakar tu siap ambik nama zakwan bagi kpd anak cucu, kalau jahil elok bertanya

    ReplyDelete
  2. Yang lagi kelakar tu siap ambik nama zakwan bagi kpd anak cucu, kalau jahil elok bertanya

    ReplyDelete