Tuesday, January 24, 2017

Jaminan Pendidikan

Ada ibubapa bersedih kerana tidak mampu menyediakan peluang pengajian kepada anak-anak di IPTS yang sesuai dengan minat anak setelah gagal mendapat tempat di IPTA kerana kekangan kewangan. Secara umum, kebebasan kewangan, kekayaan memberi kita kelebihan dalam memilih.

Yuran pengajian dan kos sara hidup untuk pengajian ijazah di IPTS lebih kurang RM 200 000 untuk 4 tahun pengajian, iaitu bersamaan dengan nilai 1 kg emas.

Dengan menyimpan 4 g emas sebulan untuk seorang anak, simpanan akan mencapai 960 g dalam masa 20 tahun.

Walaubagaimanapun, kebanyakan dari kita tak mampu menyimpan 4 g emas sebulan untuk setiap anak, apalagi kalau ada ramai anak.

Antara sebab permasalahan ini timbul, selain dari kelalaian pemerintah menyediakan kemudahan pendidikan secara percuma (atau kos minimum), sistem kewangan yang dilaksanakan tanpa berasaskan emas dan perak.

Hari ini, gaji para guru sekitar RM 3000 hingga RM 6000, iaitu masih jauh lebih rendah dari kadar yang dibayar oleh daulah Islam, lebih seribu tahun lalu.

Diriwayatkan dari Ibnu Abi Syaibah, dari Sadaqoh ad-Dimasyqi, dari al-Wadl-iah bin Atha; bahawasanya ada tiga orang guru di Madinah yang mengajar anak-anak, dan Khalifah Umar bin Khaththab memberi gaji lima belas dinar (1 dinar = 4,25 gram emas; 15 dinar = 63.75 gram emas; bila saat ini harga 1 gram emas RM 186, bererti gaji guru pada saat itu setiap bulan sebesar RM 11 857!!!).

Sebahagian besar para pekerja dibayar dengan imbuhan yang tidak setimpal dengan jasa dan usaha yang mereka curahkan menyebabkan para pekerja ini kemudiannya terpaksa mencari sumber pendapatan tambahan bagi menampung kos sara hidup mereka, dan dalam kes ini, menyediakan tabungan untuk pendidikan anak-anak.

Sistem ekonomi, politik, pendidikan dan seluruh cabang sistem lain dibangunkan di atas aqidah SEKULAR, maka ianya hanya menghasilkan kehidupan yang sempit dan menindas.

Maka, bukankah "tawaran" mengembalikan kehidupan Islam merupakan tawaran yang terbaik untuk diterima?

Adaptasi dari nukilan : Politik Ekonomi Islam, Abdurrahman Al Maliki,2001.

Saturday, January 21, 2017

OIC Bersidang lagi

Baru-baru ni, OIC mengadakan "sidang tergempar" di Malaysia. Kerajaan Malaysia mengumumkan sejumlah bantuan kepada umat Islam Rohingya, dalam rangka mengurangkan beban penderitaan mereka. Sepertimana sidang tergempar yang tidaklah menggemparkan sejak dulu, tidak pernah ada satu tindakan yang benar-benar menyelamatkan mangsa yang dizalimi.

Semua yang berlaku hanyalah menentang peperangan di meja rundingan, kononnya inilah cara paling bertamadun.

Pada skala individu, perbuatan ini sememangnya tepat. Sebagai contoh, kita kena pukul, kita mengadu kepada authority untuk mendapatkan keadilan. Pesalah dihukum setelah dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Namun, pada skala NEGARA, untuk menghentikan genocide yang sedang berlaku, tindakan penyelesaian di meja rundingan tidak akan menyelesaikan. Ia berkesan untuk menghalang sesuatu yang belum berlaku dari berlaku, tetapi bukan untuk menghentikan keganasan yang sudah dan sedang berlaku!!!

Rundingan yang wajar hanyalah dengan mengumpulkan seluruh kekuatan tentera, dan berhadapan dengan musuh (tidak semestinya terus perang), dan menuntut mereka menghentikan keganasan, dan mengheret para pesalah untuk dihukum.

 Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan) (TQS al-Anfal [8]: 60).

Monday, January 9, 2017

Financial Tips From My Mentor II

Sumber Pendapatan Tambahan (SPT) selalu dipanggil "poket tepi" oleh para pekerja dalam mendapatkan pendapatan sampingan.  Berikut merupakan beberapa cadangan SPT yang boleh dilakukan selaku pekerja, sambil meneruskan kerja hakiki mereka:

1. Kerja Jualan Sambilan (Ejen): Terdapat pelbagai produk dan perkhidmatan di pasaran yang memerlukan "pekerja" untuk memasarkan atau mengedar produk mereka. Selalu juga orang gelar "dropship", iaitu menjual produk tanpa menyimpan stok. Dalam bahasa yang mudah, anda menjadi orang tengah. Kerja anda cuma mempromosikan produk tersebut dan apabila ada orang memgambil order dari anda, anda hanya buat pesanan kepada supplier anda tadi untuk menghantar barang tersebut kepada pelanggan. Dari segi teori dan praktikal, itulah maksud dropship. Kelebihan sistem dropship ini adalah, anda tidak memerlukan stor yang besar untuk menyimpan stok. Sudah tentu jika anda ingin membuka stor memerlukan modal yang besar. Selain itu juga, anda tidak rugi apa-apa pun jika tiada pelanggan yang membeli barang daripada anda. Cumanya, anda tidak dapat untung sahaja. Dari segi modal pula, anda tidak perlu keluarkan sedikit pun wang anda kerana anda hanya rolling duit yang pelanggan bayar kepada anda untuk anda bayar balik kepada supplier anda. Untung anda simpan terus. Biasanya untung yang anda akan dapat adalah di antara RM5-RM10 untuk setiap barang. Jangan risau, anda sebenar sudah mendapat harga yang cukup murah daripada supplier anda untuk jual balik kepada pelanggan anda. Anda sebenar yang menentukan untung tadi. Bukannya supplier anda. Selain itu, menjadi ejen Public Gold, Samsung atau lain-lain secara sambilan juga merupakan satu peluang SPT yang menarik untuk dilakukan, di samping memberi pulangan yang lumayan. Saya sendiri merupakan ejen Public Gold secara sambilan.

2. Pensyarah Sambilan: Anda memiliki kelayakan dan kepakaran dalam bidang tertentu? Peluang menjadi penyarah sambilan terbuka untuk anda. Secara umumnya, pensyarah sambilan tidak mendapat bayaran sebesar pensyarah tetap atau sepenuh masa, namun, sekiranya ia dapat memberi ganjaran yang membesarkan lagi pendapatan anda, Why not? UITM contohnya, menawarkan gaji sekitar RM 1800 hingga RM 2300 sebulan bagi pensyarah sambilan.

3. Menulis: Sebahagian penulis terkenal bermula sebagai penulis sambilan. Sebagai contoh, John Grisam yang menulis buku The Firm dan The Client mula menulis secara sambilan sebelum menjadi terkenal. Kerjaya beliau sebagai peguam, beliau bangun seawal 5 pagi untuk menulis novelnya. Hari ini, studio filem Hollywood sanggup membayarnya berjuta Dollar untuk memperoleh hak kepada novel terbarunya, walaupun beliau belumpun menulis walau satu perkataan!!!

4. Menyunting, menaip: Sekiranya anda tinggal berhampiran kolej atau universiti, anda mungkin bermasalah kerana terlalu banyak permintaan untuk khidmat menyunting, menaip pruf ataupun menaip. Khidmat terjemahan juga termasuk dalam SPT ini.

5. Consultation: Seseorang yang memiliki kepakaran teknikal dalam bidang tertentu, contohnya Green Boot dalam bidang safety, atau Steam Engineer dan sebagainya boleh "meminjamkan" sijil mereka kepada syarikat lain, selain tempat mereka berkerja. Kebanyakan syarikat sanggup membayar untuk masa dan kepakaran anda.

6. Pendidikan Dewasa: Kelas silat, memanah, masakan, mengaji antara pendidikan yang menarik untuk diceburi. Seorang guru silat boleh mendapat bayaran sebanyak RM 50 sebulan dari setiap pelajar, dan untuk kelas seramai 20 orang, dia sudah mendapat RM 1000. Sekiranya kelas yang diajar 3 kali seminggu, ia sudah menjadi RM 3000 sebulan. Boleh juga menjual t-shirt, baju silat, senjata dan sebagainya untuk menambah pendapatan dari SPT ini. Saya sendiri merupakan jurulatih silat bertauliah, cuma sebab sudah lebih 10 tahun tidak berlatih, saya cuma mampu jadi juruletih sekarang ni 😅 Partner sparring saya 20 tahun lalu,  Shaiful hakim antara guru silat professional yang saya sarankan sekiranya anda berminat.

7. Berceramah: Di Malaysia, mentor saya sendiri, Azizi Ali dibayar ribuan ringgit untuk ceramahnya. Begitu juga Azizan Osman, Anthony Robbins, Deepak Chopra dan ramai lagi. Mereka semuanya jutawan yang hidup kaya-raya dari hasil mereka berceramah!!!

8. Internet: Selain dari memulakan email berantai atau suntingan fitnah politik, terlalu luas peluang menjana pendapatan melalui internet. Tidak perlu diperkenalkan lagi, pengasas Facebook, Mark Zukerberg, Jack Ma, dan ramai lagi, dan kekayaan mereka adalah dari perniagaan berasaskan internet.


Perlu diingatkan, anda perlu kekal fokus dalam usaha memburu kejayaan. Sesetengah peluang datang menggoda anda sehingga hilang fokus terhadap apa yang dilakukan, akhirnya yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran!!! Kerja tambahan sentiasa mendesak dari segi masa, usaha dan tenaga. Anda mungkin mampu menguruskan 3 perkara serentak, namun sekiranya 5 atau 6, ia boleh mengurangkan keberkesanan hasil kerja anda.

Pilihlah satu atau dua, paling banyak pun tiga perkara dan tumpukan perhatian kepadanya. Dengan fokus yang baik, pulangannya juga insyaallah akan lebih baik!!!

Selamat maju jaya.

Adaptasi dari buku: Lahirnya Seorang Jutawan- Azizi Ali.

Boleh dapatkan di:Lahirnya-Seorang-Jutawan

Sunday, January 8, 2017

Musibah, Bencana dan Azab

“Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini”. Itulah diantara kata-kata Kofi Annan, Setiausaha PBB semasa sidang akhbar selepas melihat sendiri kesan kemusnahan bencana Tsunami yang melanda beberapa negara Asia pada 26 Disember 2004, (sumber berita al-jazirah). Peristiwa ini menjadi episod sedih yang begitu menyayat hati  hang menjadi titik hitam dan melakar sejarah sebagai bencana gempa bumi dan tsunami terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah moden. Diberitakan di Aceh sahaja telah mengorbankan hampir 100 ribu orang.

Apa yang pasti keadaan yang berlaku ini tentu akan membuatkan kita berduka; sebagaimana kita seharusnya berduka atas ‘musibah’ yang menimpa saudara-saudara seaqidah kita di Afganistan, Iraq, Palestin, dan di negeri-negeri kaum Muslimin lain. Di Iraq sahaja, sebagaimana dilaporkan oleh Lancet dalam saluran BBC, mangsa korban kebiadaban AS telah mencecah lebih dari 100 ribu nyawa suatu angka yang menyamai korban tsunami di Acheh.

Sebuah ketentuan Allah....

Musibah seperti ini bukanlah azab (hukuman) dari Allah swt ke atas manusia. Berbanding umat-umat terdahulu seperti umat nabi Nuh, nabi Luth, azab Allah swt bagi umat akhir zaman (umat nabi Muhammad saw) akan diterima diakhirat kelak bagi semua manusia yang melakukan kemaksiatan dan kemungkaran kepada-Nya.

Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada diri kalian sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah swt” [Surah al-Hadid (57) : 22]

Sebagai satu ujian dari Allah...

Akan tetapi, boleh jadi, musibah seumpama ini merupakan ‘ujian’ dari Allah swt untuk menguji tahap kesabaran dan sejauh mana tahap ketakwaan manusia. Allah swt berfirman:

Sesungguhnya Kami akan menimpakan cubaan ke atas kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji‘ûn.” [Surah al-Baqarah (2): 155- 156].

Satu peringatan dari Allah...

Sementara itu, sebahagian musibah lainnya adalah akibat tangan-tangan manusia yang senantiasa gemar melakukan kerosakan di muka bumi ini. Musibah seumpama ini lebih merupakan ‘peringatan’ bagi umat manusia baik yang mukmin mahupun yang kafir yang selama ini melanggar perintah Allah SWT agar mereka kembali ke jalan-Nya. Allah SWT berfirman:

“Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut akibat perbuatan tangan manusia,supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” [Surah ar-Rum (30): 41].

“Siapa sahaja yang berpaling dari peringatan-Ku (al-Quran), maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta” [Surah Thaha (20): 124].

Musibah-musibah lain...

1. Politik: Lemahnya umat Islam untuk terdedah kepada pelbagai penindasan di seluruh dunia. Terbaru, umat Islam Rohingya dan Syria dilanyak tanpa sebarang pembelaan dari badan dunia, mahupun negara umat Islam yang memiliki kekuatan ketenteraan. Lebih teruk, mereka juga menyertai tuan-tuan mereka untuk bersekutu memerangi saudara seaqidah mereka.

2. Ekonomi: Negara umat Islam dikhianati para pemerintah mereka yang merupakan agent-agent musuh. Kekayaan negara dijarah untuk keuntungan sesaat, tanpa mempedulikan lagi hak rakyat, bahkan kerakusan ini juga memusnahkan alam sekitar serta hidupan, menjejaskan kehidupan rakyat, di samping mereka melanggar pelbagai undang-undang yang mereka gubal sendiri!!! Contoh, perlombongan Bauksit di Kuantan dan gebeng.

3. Sosial: Kelahiran anak zina, rosaknya akhlak generasi muda, kes pelacuran, hubungan sejenis.... yang semakin menjijikkan antara senarai panjang untuk menggambarkan kerosakan yang berlaku

4. Perundangan: Munculkan perlecahan terhadap syariat Islam, termasuk hukum hudud secara terbuka di dalam negara kaummuslimin sendiri.

5. Keamanan: Kes jenayah semakin berleluasa sehingga setiap sekolah dan masjid pun terpaksa ditempakan anggota polis untuk menjaga keamanan.

Seluruh ‘musibah’ di atas sepatutnya menginsafkan dan menyedarkan kita, bahwa telah tiba saatnya untuk kita bertaubat kepada Allah SWT. Sebab, sebahagian besar musibah yang menimpa kita adalah akibat kurangnya kita menta’ati Allah swt dan bahkan mencampakkan syariat-NYA. Ini kerana kemaksiatan terbesar yang kita lakukan adalah kita telah berpaling dari peringatan Allah swt, yakni dengan mencampakkan syariat-Nya, maka taubat kita yang terbesar lagi sejati adalah kita kembali kepada syariat-Nya secara menyeluruh. Iaitu menjadikan Islam sebagai sistem yang mengatur hidup kita secara menyeluruh (bermasyarakat dan bernegara).

Secara kesimpulan, seluruh fenomena alam merupakan ketentuan Allah untuk menguji ketakwaan kita (Surah al-Baqarah [2]: 153; Surah al-Anfal [8]: 46 dan 66). Selain itu, ia berupa teguran dari Allah swt agar mereka kembali ke jalan-Nya (Surah ar-Rum [30]: 41).  Selain itu, musibah kesempitan hidup konsekuensi dari berpalingnya manusia dari peringatan Allah swt, yakni al-Quran-dengan kata lain, mereka berpaling dari syariat Allah swt (Surah Thaha [20]: 124).

“Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal” [Surah at-Taubah (9): 51].

 Wallâhu a‘lam bi ash-shawâb.

Saturday, January 7, 2017

Binalah Dari Asas

Pembinaan KLCC, mercu tanda Kuala Lumpur rupanya dibina dengan tapak asas cuma sedalam 4.6 meter tetapi dengan barat 32 000 tan, disokong 104 cerucuk  dengan kedalaman 60 hingga 104 meter, KLCC adalah antara bangunan yang memegang rekod "asas konkrit paling besar" di dunia sehingga 2007. 20% tempoh pembinaan dihabiskan untuk membina tapak bangunan ini.

National Geographic Channel International / Caroline Anstey (2005), Mega structures: Petronas Twin Towers

Sebuah infrastructure gergasi,memerlukan sebuah asas yang sangat kukuh. Begitu juga bagi kejayaan dan kekayaan seorang manusia.

Seorang pemenang lottery akan segera jatuh miskin, walaupun mendapat wang yang banyak. Begitu juga yang terjadi dalam banyak kes "jutawan segera".

Hakikatnya, "ketahanan" dari serangan berupa nafsu yang tak kunjung habis, tamak, kecuaian, pihak yang mengambil kesempatan dan banyak lagi adalah ukuran bagi memastikan apa yang diusahakan boleh bertahan.

Di sebalik semua itu, manusia tidak dapat melihat "berkat", iaitu kecukupan yang dikurniakan Sang Pencipta kepada hamba Nya.

Namun konsep berkat yang selalu difahami ialah "sikit tapi cukup". Maka, ia jadi alasan untuk usaha yang ala kadar. Jarang kita dengar, "banyak tapi cukup". (Kita sedia maklum, ramai orang yang banyak wang tapi sempit hidupnya).

Ada yang selalu sinis menyindir... "Kaya pun mati bro... Duit banyak buat manusia sombong...."

Faktanya, ramai je orang miskin yang sombong, orang kaya yang pemurah.

Kalau sesiapa betul-betul rasa duit tu tak perlu...Boleh sumbangkan ke akaun saya. Saya sangat mengalu-alukannya. 😍

Asas yang patut disediakan bagi keutuhan kewangan ialah dengan melabur ke atas diri sendiri, dengan cara memperoleh ilmu secukupnya. Ilmu yang diperoleh pula bukanlah jaminan kejayaan, melainkan ia memerlukan komitmen, disiplin yang berterusan untuk membina kekayaan yang dihajati. Perkataan "kaya" itu sendiri subjektif, cukuplah untuk kita fahami sebagai "KEBEBASAN KEWANGAN", atau bahasa mudahnya, tak kerja pun boleh survive.

Melihat kehidupan dengan beribu macam peluang, mengenepikan perkara yang remeh, menumpukan kepada perkara yang bermanfaat. Hidup ini terlalu singkat untuk kita bazirkan.


Wednesday, January 4, 2017

Financial Tips From My Mentor

Pekerja bank biasanya balik lewat walaupun bank ditutup seawal jam 4 petang untuk menyemak dan mengimbang penyata kewangan setiap hari. Setiap sen dikira memastikan mereka tahu dari mana dan ke mana wang bergerak.

Dengan membuat penyata kewangan sendiri, kita sebenarnya boleh improve, sekurang-kurangnya 20% dari ketirisan wang sendiri. Meletakkan kepentingan setiap barangan atau khidmat yang kita guna mengikut priority, contohnya, A untuk belanja dapur, B untuk repair kereta, C untuk beli majalah, D untuk beli buah potong dan E untuk beli barangan yang kita tak perlu semata-mata sebab awek jurujual yang cun.....

Setiap orang ada kepentingan mereka yang tersendiri, tidak akan sama. Macam aku sanggup berhabis wang untuk super-bike, riding suits dan convoy, ia at least "priority B" bagi aku, bagi orang lain ia mungkin "priority E". Tak kisah lah, masing-masing punya minat. Aku tak akan habiskan RM 50 untuk menonton bola di stadium, ada orang sanggup bayar beribu untuk tonton bola di Europe. Tak sama kan?

Masa diperlukan? Dengan adanya buku "tiga lima" atau note dalam gadget, kita perlu habiskan masa sekitar 10 minit sehari untuk menyemak perbelanjaan harian kita, masukkan ke dalam jumlah perbelanjaan bulanan, dan imbangkan dengan pendapatan. EVERY SINGLE RINGGIT kata sifu!!! (it's OK to round it into nearst Ringgit, no cents). Kita boleh upah personal accountant kalau harta kita ada dalam RM 2.6 Billion, tapi kalau tak banyak mana tu, upahlah diri sendiri. Income RM 10 000 sebulan, spend 10 minit sehari untuk track perbelanjaan, kita boleh save RM 2000, then why not???

Financial freedom is available to those who learn about it and work for it. -Robert Kiyosaki-


Point is, track down all the transactions, then you may have better control. You will never improve anything that you can't control.

Dengan mengurangkan perbelanjaan untuk priority E, seseorang itu tentu akan dapat memperbaiki kedudukan kewangan dalam masa beberapa bulan, insyallah.

-Adaptasi dari buku: Lahirnya Seorang Jutawan karangan Azizi Ali-



### Dengan melakukan muhasabah diri, kita improve, konsep yang sama applied terhadap hidup kita sebagai seorang hamba kepada Allah. Perbanyakkan "side income" dengan ibadah nafilah,  untuk menampung kekurangan dalam perkara wajib. Kita tak perlu catat seluruh perbuatan kita, malaikat dah buat. Yang perlu kita lakukan ialah semak sepintas lalu hidup kita, perbiasakan taubat. Tentu kita tak lepas dari dosa dalam kehidupan kita seharian.

### Mudah-mudahan kita beroleh rahmat, diperluaskan rezki dan diberi kasihan belas dari Allah.

Monday, January 2, 2017

Belum Waktunya Untuk Berperang

Sewaktu pemboikotan ke atas Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin di Makkah, kondisi mereka seakan umat islam Rohingya di waktu ini. Mereka dinafikan hak mereka sebagai penduduk, tidak boleh berjual-beli, tidak boleh dibantu dan mereka terdedah kepada musuh tanpa sebarang pembelaan.

Pada waktu itu, sekalipun mereka mampu mengangkat senjata untuk melawan mushrikin Makkah, Rasulullah s.a.w tidak membenarkan.

Kebenaran berperang sama ada berbentuk difensive atau offensive berlaku setelah turunnya ayat:

“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi (kaum Muslimin), kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai”. [TMQ Al-Haj: 39-40]

“Mafhum Mukhalafah” (hukum yang tersirat adalah yang sebaliknya dari hukum yang tersurat – disebut juga dengan dalil khithab) dari ayat ini menjelaskan bahawa sebelum hijrah, kaum Muslimin tidak diizinkan untuk berperang. Mafhum Mukhalafah ini merupakan hujjah yang wajib dilaksanakan serta dijadikan pedoman bagi setiap gerakan Islam. Lebih dari itu, Allah SWT berfirman:

“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: ‘Tahanlah tanganmu (dari berperang), dan dirikanlah solat'” [TMQ An Nisa : 77].

Dengan tidak diizinkan melakukan tindakan fizikal pada waktu itu, menunjukkan adanya larangan tegas dari melakukan tindakan ini dalam usaha mendirikan Daulah Islam pada setiap masa. Sedangkan keizinan melakukan tindakan fizikal yang hanya muncul setelah Daulah Islam tertegak menunjukkan bahawa aktiviti fizikal merupakan salah satu hal yang tidak termasuk langkah-langkah suatu gerakan Islam, sebaliknya termasuk aktiviti dan tanggungjawab Daulah Islam.

Dari sini kita dapat memahami bahawasanya syari’at Islam telah membezakan dengan jelas antara hukum yang ditaklif kepada gerakan dengan hukum yang dibebankan kepada individu dan penguasa. Namun perlu ditegaskan pula bahawa perbezaan hukum-hukum terhadap jema’ah, kelompok dakwah dan parti politik Islam dengan hukum-hukum yang berkaitan individu di dalam suatu gerakan, hanya terbatas pada gerakan yang mengembang dakwah Islam yang bertujuan mendirikan Islam dalam kehidupan bernegara dalam memenuhi seruan Allah didalam Surah Ali Imran ayat 104.

Kita sedia maklum, apa yang berlaku di Rakhine adalah antara tragedi tragis yang terus melanda kaum muslimin. Tanpa kekuatan sebuah daulah Islam, kita sebenarnya tersangat vulnerable terhadap sebarang ancaman dari musuh. Jika masyarakat dunia hanya terlopong menjadi saksi kekejaman yang menimpa Palestine, Syria dan umat Islam Rohingya, apakah kita boleh harapkan mereka akan bertindak mempertahankan kita di Malaysia sekiranya malapetaka yang sama berlaku ke atas kita?

Marilah kita sama-sama menolak penggunaan kekerasan, ketenteraan, atau perjuangan bersenjata sebagai tatacara untuk mendirikan kembali Khilafah Islam, di samping ianya bercanggah dengan thariqah (tatacara) dakwah Rasulullah, malah ianya juga akan mengorbankan dan memicu peperangan saudara sesama kaum Muslimin. Marilah kita sama-sama bergerak secara intelektual dalam mengkaji bagaimana Islam merupakan sebuah cara hidup yang lengkap bagi kita. Lupakah anda bahawa kita, kaum muslimin, merupakan umat terbaik? Lupakah anda bahawa kita umat yang dimuliakan oleh Allah? Umat yang dikeluarkan oleh Allah untuk mengajak manusia lain ke arah kebenaran? Umat yang terbaik ini telah disiapkan Allah dengan Al-Quran yang mulia dan RasulNya kekasih pilihan Allah.

Umat yang terbaik hanya layak dengan sistem yang terbaik, yakni Islam; umat yang terbaik kerana kita sentiasa mengambil yang terbaik. Jadi, apakah anda merasakan sistem kapitalisme adalah sistem terbaik untuk anda? Kami yakin bahawa sebagai kaum muslimin yang sayang kepada Islam anda juga melihat Islam sebagai sebuah cara hidup terbaik. Umat Islam akan sentiasa menjadi umat yang terbaik selama mereka mengambil Islam sebagai cara hidup. Lihatlah bagaimana umat Islam dahulu ketika mereka berpegang kepada Islam telah menjadi pentas rujukan negara Barat dalam semua bidang. Sejarah membuktikan bahawa Islamlah satu-satunya cara hidup yang dapat membawa kita ke persada antarabangsa, memacu umat manusia ke jalan yang benar dan menempa keredhaan Allah swt. Nabi Allah telah menjanjikan bahawa akan berdiri kembali pada suatu masa, setelah segala kekejaman dan penderitaan, khilafah ala minhaj nubuwwah.

Allahualam.