Tuesday, January 24, 2017

Jaminan Pendidikan

Ada ibubapa bersedih kerana tidak mampu menyediakan peluang pengajian kepada anak-anak di IPTS yang sesuai dengan minat anak setelah gagal mendapat tempat di IPTA kerana kekangan kewangan. Secara umum, kebebasan kewangan, kekayaan memberi kita kelebihan dalam memilih.

Yuran pengajian dan kos sara hidup untuk pengajian ijazah di IPTS lebih kurang RM 200 000 untuk 4 tahun pengajian, iaitu bersamaan dengan nilai 1 kg emas.

Dengan menyimpan 4 g emas sebulan untuk seorang anak, simpanan akan mencapai 960 g dalam masa 20 tahun.

Walaubagaimanapun, kebanyakan dari kita tak mampu menyimpan 4 g emas sebulan untuk setiap anak, apalagi kalau ada ramai anak.

Antara sebab permasalahan ini timbul, selain dari kelalaian pemerintah menyediakan kemudahan pendidikan secara percuma (atau kos minimum), sistem kewangan yang dilaksanakan tanpa berasaskan emas dan perak.

Hari ini, gaji para guru sekitar RM 3000 hingga RM 6000, iaitu masih jauh lebih rendah dari kadar yang dibayar oleh daulah Islam, lebih seribu tahun lalu.

Diriwayatkan dari Ibnu Abi Syaibah, dari Sadaqoh ad-Dimasyqi, dari al-Wadl-iah bin Atha; bahawasanya ada tiga orang guru di Madinah yang mengajar anak-anak, dan Khalifah Umar bin Khaththab memberi gaji lima belas dinar (1 dinar = 4,25 gram emas; 15 dinar = 63.75 gram emas; bila saat ini harga 1 gram emas RM 186, bererti gaji guru pada saat itu setiap bulan sebesar RM 11 857!!!).

Sebahagian besar para pekerja dibayar dengan imbuhan yang tidak setimpal dengan jasa dan usaha yang mereka curahkan menyebabkan para pekerja ini kemudiannya terpaksa mencari sumber pendapatan tambahan bagi menampung kos sara hidup mereka, dan dalam kes ini, menyediakan tabungan untuk pendidikan anak-anak.

Sistem ekonomi, politik, pendidikan dan seluruh cabang sistem lain dibangunkan di atas aqidah SEKULAR, maka ianya hanya menghasilkan kehidupan yang sempit dan menindas.

Maka, bukankah "tawaran" mengembalikan kehidupan Islam merupakan tawaran yang terbaik untuk diterima?

Adaptasi dari nukilan : Politik Ekonomi Islam, Abdurrahman Al Maliki,2001.

No comments:

Post a Comment