Saturday, April 15, 2017

Hanya orang Islam masuk syurga?

Baru-baru ini,muncul kecaman oleh puak liberal terhadap ajaran Islam kerana dikatakan tidak adil untuk percaya, hanya orang Islam akan masuk syurga. Orang kafir tidak akan masuk syurga selama-lamanya kerana tidak beriman kepada Allah dan nabi Muhammad s.a.w.

Pemikiran semacam ini hanya polemik yang tidak ada asasnya untuk diperdebatkan. Islam melarang kita mencampuri urusan agama lain dan begitulah sebaliknya bagi non-muslim atau murtad jadian (puak liberal) untuk tidak mencampuri urusan agama Islam.

Kita tidak perlu mempersoalkan kenapa penganut penyembah berhala menyembah berhala A bukan B atau C? Kenapa mereka ada ritual tertentu walaupun kitab mereka menunjukkan ritual yang berbeza? Kesemua urusan mereka dalam agama mereka kita patut hormat dan biarkan mereka dengan urusan mereka, berdasarkan larangan Allah dalam Al Quran:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan” (QS. Al An’am: 108).

Dalam argument ini, mereka seolah mempersoalkan, kenapa Universiti Oxford tidak bagi mereka ijazah walaupun mereka lulus cemerlang dalam ijazah di Universiti Malaya? Atau mungkin persoalan seperti mengapa Petronas tak bayar gaji kepada mereka yang kerja sebagai jurutaip di syarikat Caltex?

Bagi umat Islam, usah perasan akan masuk syurga kalau seumur hidup meninggalkan syariat Islam, apakah kamu mengira akan mati dalam syariat Islam?

Seorang yang hidup sebagai kafir, belum tentu matinya sebagai kafir.

Sikap yang benar ialah, seorang muslim wajib berdakwah kepada sahabat mereka yang bukan Islam, agar mereka sama-sama dapat masuk syurga Allah di akhirat kelak.

Allahualam. 


Saturday, April 8, 2017

Kedewasaan Dan Tanggungjawab

Robert Kiysoaski berpandangan, ramai orang bertambah umur tanpa menjadi dewasa. Ini kerana, mereka hanya beralih dari pergantungan kepada ibubapa atau penjaga, kepada pergantungan kepada kerajaan atau majikan.
Mereka marahkan kerajaan atau majikan jika merasakan diri kesempitan. Mereka mengharapkan kerajaan dan majikan menjamin kehidupan mereka selepas bersara
Orang dewasa sepatutnya berubah, dari bergantung kepada orang lain, kepada menjadi tempat bergantung.
-Robert Kiyosaki; Retire Young Retire Rich-

Komen:
Kenyataan ini separuh benar jika kita lihat dari sudut yang lebih besar. Manusia hidup dalam dua sfera kehidupan, iaitu sfera yang dikawal mereka dan sfera yang tidak mampu mereka kawal.
Dalam Islam, taklif hukum dosa dan pahala hanya terbeban dalam sfera yang dikawal oleh manusia.
Dalam konteks ini, seseorang itu bertanggungjawab untuk mencari rezki yang halal, dan memberi nafkah kepada orang di bawah tanggungan mereka. Kegagalan menyediakan makanan,pakaian dan tempat tinggal kepada tanggungan merupakan dosa di sisi Islam.
Adapun di sisi yang lebih luas, sistem ekonomi yang secara sistematik menekan rakyat, cukai yang dihirup dari jerih penat usaha rakyat, tiada jaminan keselamatan dan kesihatan kecuali dengan bayaran, pendidikan yang dijadikan komoditi jualan, semua itu berada di luar sfera kawalan individu. Maka, ia bukan terbeban kepada individu tetapi kepada pemerintah.

Kesimpulan:
Berusaha mencari rezki halal itu wajib bagi menyempurnakan kewajipan seorang wali. Kerajaan tidak perlu memberi segala keperluan secara percuma kerana setiap orang ada kewajipan yang perlu mereka tunaikan. Dalam masa yang sama,kerajaan juga wajib menyediakan pendidikan, khidmat kesihatan dan jaminan keselamatan secara percuma kerana ketiga keperluan asas ini merupakan kewajipan mereka selaku pemerintah.

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ عَلَيْهِمْ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Ibn umar r.a berkata : aku mendengar rasulullah saw bersabda : tiap-tiap orang merupakan pemimpin & bakal diminta pertanggungjawakan atas kepemimpinannnya. Seseorang pemerintah negeri dapat diminta pertanggungjawapan atas rakyat yang dipimpinnya. Seseorang suami dapat ditanya berkenaan keluarga yang dipimpinnya. Seseorang isteri yg memelihara rumah tangga suaminya dapat ditanya akan tanggungjawab & tugasnya. Bahkan satu orang pembantu/pekerja rumah tangga (atau hamba) yang bertugas memelihara barang milik majikannya pula bakal ditanya dari akan apa yang dipimpinnya. & kalian para pemimpin bakal ditanya dari hal kepimpinan kalian.[Bukhari&Muslim]

Sunday, April 2, 2017

Demokrasi Itu Sistem Kufur

Secularism secara falsafah ialah pandangan yang menganggap bahawa kehidupan dapat dijalani dengan baik dengan menggunakan etika, dan pengertian paling baik dari alam semesta, melalui proses argumentatif, tanpa merujuk kepada tuhan atau (banyak) tuhan atau konsep supernatural.

Pluralisme pula merupakan kerangka aktiviti interaksi dimana suatu kelompok menunjukkan rasa hormat yang baik dan toleransi satu samalain, mereka saling mengakui dan berinteraksi tanpa konflik atau asimilasi. Pluralisme juga merujuk kepada idea memberikan hak kepada  individu-individu untuk memutuskan “kebenaran universal” untuk mereka.

Inilah yang akhirnya mendasari demokrasi, iaitu sistem pemerintahan yang berkedaulatan rakyat, dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Mereka memilih sendiri pemerintahan mereka, membuat sendiri hukum untuk mereka taati sendiri. Kedua pandangan ini (liberalisme dan demokrasi) oleh Adam Smith dan David Ricardo dituangkan dalam bentuk kebebasan ekonomi dimana keuntungan terbesar akan diperoleh apabila setiap individu dijamin haknya secara penuh oleh pemerintah untuk memiliki sesuatu, tanpa atau dengan campur tangan yang seminimal mungkin dari pemerintah yang saat ini kita kenal dengan sistem ekonomi kapitalisme.

Dapat kita simpulkan bahawa kemunculan sekularisme ini sendiri adalah disebabkan oleh pemikir dan cendekiawan serta rakyat jelata yang dikecewakan oleh sistem pemerintahan agama (katolik), dan pemikiran cabangnya iaitu liberalisme dan pluralisme, termasuk kapitalisme dan demokrasi adalah produk yang sengaja disiapkan untuk menjadi utuh agar masyarakat Eropah tidak lagi terjerumus pada trauma masa lalu, bersatunya negara dan agama.

Berbeza dengan Islam, sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan islam tercapai takala Islam tidak hanya diposisikan sebagai agama ritual tetapi juga sebagai aturan hidup yang mengatur seluruh aspek dalam kehidupan. Menarik bila memetik pernyataan Michael H. Hart, dalam kata pengantar bukunya yang berjudul 100 Tokoh paling Berpengaruh di Dunia, bahawa dia menempatkan Muhammad Rasulullah saw. menjadi tokoh nomor satu adalah karena Muhammad mempunyai kekuasaan spritual dan politis yang tidak dipisahkan satu sama lain. Sejarah tidak bisa berbohong bahwa abad keemasan umat muslim (Islamic golden age) pada saat kekhilafahan abbasiyyah dan awal kekhilafahan utsmaniyyah (750 M – 1500 M) telah menyatukan lebih dari 1/3 dunia, kekuasaan membentang dari sebagian eropah (andalusia/spanyol) hingga dataran balkan yang kekuatan laut maupun daratnya ditakuti di dunia. 

Juga tertulis dengan tinta emas dalam sejarah peradaban manusia karya besar pemikir dan saintis muslim seperti al-Khawarizmi dengan teori matematiknya, al-Kindi dengan pemikirannya, Ibnu Sina dengan ilmu perubatan dan kesusasteraannya yang telah menulis Canons of Medicine serta ilmu optik, Ibnu Khaldun dengan sejarahnya dan Ibnu Rusyd dengan fikihnya. Pada pendidikan pun tak kalah hebatnya Imam Ad Damsyiqi telah menceritakan sebuah riwayat dari Al Wadliyah bin Atha yang menyatakan bahwa di kota Madinah ada tiga orang guru yang mengajar anak-anak. Khalifah Umar bin Khatthab memberikan gaji pada mereka masing-masing sebesar 15 dinar (1 dinar = 4,25 gram emas) (sekitar RM 12176 berdasarkan harga emas sekarang). Atau pada masa Khalifah Harun al-Rasyid dimana tidak ada warga negara yang miskin sehingga zakat bagi orang miskin tidak dibahagikan.

Oleh kerana itu, sebagai seorang yang berusaha untuk melaksanakan semua aturan yang telah ditaklifkan oleh Allah SWT kepada kita, hendaknya kita tidak mengambil pandangan-pandangan yang tidak berasal dari Islam mahupun memperjuangkannya, apalagi pandangan itu telah terbukti mudaratnya bagi kehidupan kita, agar kita punya hujjah di akhirat kelak.

Barangsiapa mencari agama (deen) selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi(TQS ali-Imran [3]: 85)


Adaptasi dari Ustadz Felix Siauw