Baru-baru ini,muncul kecaman oleh puak liberal terhadap
ajaran Islam kerana dikatakan tidak adil untuk percaya, hanya orang Islam akan
masuk syurga. Orang kafir tidak akan masuk syurga selama-lamanya kerana tidak
beriman kepada Allah dan nabi Muhammad s.a.w.
Pemikiran semacam ini hanya polemik yang tidak ada asasnya
untuk diperdebatkan. Islam melarang kita mencampuri urusan agama lain dan
begitulah sebaliknya bagi non-muslim atau murtad jadian (puak liberal) untuk
tidak mencampuri urusan agama Islam.
Kita tidak perlu mempersoalkan kenapa penganut penyembah
berhala menyembah berhala A bukan B atau C? Kenapa mereka ada ritual tertentu
walaupun kitab mereka menunjukkan ritual yang berbeza? Kesemua urusan mereka
dalam agama mereka kita patut hormat dan biarkan mereka dengan urusan mereka, berdasarkan larangan Allah dalam Al Quran:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka
sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui
batas tanpa pengetahuan” (QS. Al An’am: 108).
Dalam argument ini, mereka seolah mempersoalkan, kenapa
Universiti Oxford tidak bagi mereka ijazah walaupun mereka lulus cemerlang
dalam ijazah di Universiti Malaya? Atau mungkin persoalan seperti mengapa
Petronas tak bayar gaji kepada mereka yang kerja sebagai jurutaip di syarikat
Caltex?
Bagi umat Islam, usah perasan akan masuk syurga kalau seumur
hidup meninggalkan syariat Islam, apakah kamu mengira akan mati dalam syariat
Islam?
Seorang yang hidup sebagai kafir, belum tentu matinya
sebagai kafir.
Sikap yang benar ialah, seorang muslim wajib berdakwah kepada sahabat mereka yang bukan Islam, agar mereka sama-sama dapat masuk syurga Allah di akhirat kelak.
Allahualam.
No comments:
Post a Comment