Ada 4 jenis NILAI dalam kehidupan manusia:
1. Nilai Kemanusiaan
2. Nilai Kerohanian
3. Nilai Material
4. Nilai Moral
Dalam kehidupan manusia, nilai-nilai ini menjadi paling utama bergantung kepada situasi dalam hidup. Tidak ada nilai yang sentiasa lebih penting dari nilai lainnya.
Contohnya, kontraktor membina masjid. Nilai paling utama di sini ialah nilai material, kerana ia merupakan urusan perniagaan sekalipun membina masjid kelihatan ada nilai kerohanian di situ. Tidak munasabah untuk menjadikan nilai rohani paling utama, lalu minta kontraktor bina masjid tu free of charge.
Begitu pula sekiranya seseorang itu menunaikan solat. Nilai material tak patut wujud kerana perbuatan itu adalah memenuhi tuntutan Allah, dan membawa nilai kerohanian. Solat untuk dapat duit mungkin sah tapi tidak diterima.
Kita bantu mangsa kemalangan, ia lebih kepada nilai kemanusiaan berbanding yang lain.
Kita jujur dalam berniaga, ia lebih kepada nilai moral berbanding lain.
Masyarakat sekular memandang, keutamaan nilai ditentukan dari manfaat atau mudharat yang diperoleh dari nilai perbuatan itu sendiri. Mungkin mengharap sanjungan, pujian, kemegahan, atau mengelak malu, kecedaraan, kesakitan dan sebagainya. Ini menjadikan sistem nilai mereka berubah-ubah, dan ia menghasilkan kecelaruan yang sangat kusut.
Sebagai muslim, seluruh perbuatan wajib terikat dengan hukum syarak. Maka, segala perbuatan yang mengandungi semua nilai di atas wajib dilakukan dalam batas syarak tidak kira sepenting manapun nilai itu.
Adaptasi dari kitab: Mafahim Hizbut Tahrir, Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah
No comments:
Post a Comment