Keimanan dalam Islam bukan sekadar syok sendiri tetapi memang dibina dari kerangka pemikiran yang memuaskan logik. Al Quran sebagai mukjizat yang teragung, dari segi bahasa, tidak mampu didatangkan walau sepotong ayat yang sebanding dengannya sejak ribuan tahun lalu walaupun para pujangga arab cuba menciptanya.
Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri [Surah Israk ayat 88]
Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan, Muhammad yang mereka-reka Al Quran itu, katakanlah wahai Muhammad, jika demikian tuduhan kamu, maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar [Surah Hud ayat 13]
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang Al Quran yang Kami turunkan iaitu Al Quran kepada hamba Kami Nabi Muhammad, maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar [Surah Al Baqarah ayat 23]
Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu bahkan mereka mengatakan, dialah Muhammad yang mengada-adakan Al Quran menurut rekaannya, katakanlah wahai Muhammad, kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah untuk membantu kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar [Surah Yunus ayat 38]
Al Quran ialah kalamullah dan seluruh intipatinya adalah kebenaran dan petunjuk.
Allah yang menciptakan seluruh realiti, dan sains, maka tidak mungkin Allah membicarakan sesuatu yang bertentangan dengan sains yang dicipta Nya, melainkan sains itu sendiri belum mampu mencerap atau mencapai rahsia dari sumber naqli.
No comments:
Post a Comment