Setakat ini, banyak perkara belum benar-benar difahami berkaitan dengan perkembangan terbaharu di Syria. Semalam, saya sempat ikuti TT Live Ahmad Faezal yang mengulas mengenai isu ini. Agak ramai juga "Russia Fanboy" datang kecam beliau kat situ sebab kononnya "pemberontak" yang menguasai Syria ini adalah proxy Amerika.
Nukilan peribadi berdasarkan pengkajian, analisis dan pemerhatian mengenai isu umat Islam, politik dan ilmu kewangan.
Sunday, December 8, 2024
๐๐๐ ๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐,๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Sunday, December 1, 2024
Konflik Syria 2024
Konflik di Syria bermula pada 2011 apabila protes rakyat terhadap rejim Presiden Bashar al-Assad ditindas dengan kekerasan. Gerakan yang asalnya menuntut reformasi demokratik bertukar menjadi perang saudara selepas kumpulan pembangkang dan kumpulan bersenjata bangkit menentang kerajaan. Situasi menjadi semakin kompleks dengan penglibatan pihak luar seperti Rusia, Iran, Amerika Syarikat, Turki, dan kumpulan militan seperti ISIS.
Pihak Terlibat:
Di satu pihak adalah rejim Assad yang disokong oleh Rusia dan Iran, yang menyediakan sokongan ketenteraan dan strategik. Lawan mereka ialah gabungan kumpulan pembangkang, termasuk Hayat Tahrir al-Sham (HTS) pimpinan Al Julani, kumpulan Islamis, dan pemberontak yang disokong oleh Turki. AS pula menyokong militia Kurdish yang terlibat dalam melawan ISIS. Konflik ini menjadi proksi bagi persaingan geopolitik kuasa-kuasa besar.
Strategi dan Perubahan:
Rejim Assad telah menggunakan serangan udara besar-besaran dan pengepungan untuk mendapatkan semula kawalan wilayah, manakala Rusia memberikan sokongan udara sejak 2015, yang membantu Assad meraih kemenangan strategik seperti penawanan Aleppo pada 2016. Namun, baru-baru ini, pada November 2024, pemberontak HTS dan sekutunya melancarkan serangan besar dan berjaya menawan kembali sebahagian besar Aleppo, menandakan titik perubahan selepas bertahun-tahun kebuntuan.
Situasi Kemanusiaan:
Perang ini telah meragut lebih 500,000 nyawa dan memaksa jutaan rakyat Syria meninggalkan rumah mereka. Kira-kira 14,000 orang dilaporkan melarikan diri akibat serangan terbaru di Aleppo, dengan kesan besar terhadap penduduk awam termasuk kematian dan kecederaan kanak-kanak.
Hala Tuju Konflik:
Masa depan konflik ini kekal tidak menentu. Kemenangan HTS di Aleppo menunjukkan kelemahan rejim Assad, walaupun ia mendapat bantuan Rusia. Walau bagaimanapun, langkah penyelesaian seperti rundingan damai sering gagal kerana perbezaan ideologi antara pihak yang bertelagah. Pada masa sama, campur tangan kuasa luar meningkatkan kebimbangan bahawa perang ini boleh terus berlanjutan sebagai konflik proksi.
Kesimpulan:
Perang di Syria adalah contoh bagaimana protes boleh berubah menjadi konflik bersenjata akibat campur tangan luar dan kegagalan diplomasi. Dengan pertempuran yang kembali sengit, masa depan Syria masih tidak pasti, bergantung pada kemampuan pihak terlibat mencari penyelesaian politik yang inklusif. Peperangan di Aleppo pada 2024 juga menunjukkan dinamik baharu yang boleh mencorak hala tuju konflik ini pada masa depan.
Tuesday, October 15, 2024
Perang Serantau
Negara-negara teluk pula kelihatan lebih lantang menyuarakan kekhuatiran peperangan yang berlaku memberi kesan kepada ekonomi mereka secara langsung, dan mungkin mengheret mereka kepada peperangan serantau (regional war). Kelompok pemimpin arab menegaskan, jika berlaku perang, serangan ke atas Iran tidak boleh dilakukan dari pengkalan yang berada di wilayah mereka. Satu langkah yang "paling berani" dilakukan setakat ini selain pidato kutukan kosong yang telahpun kita dengar puluhan tahun.
Walaupun rakyat negara-negara arab secara umumnya menyokong perjuangan saudara mereka yang dibantai, para pemimpin mereka belum mampu untuk memberi tindakbalas yang tegas seperti sekatan ekonomi, menghentikan bekalan minyak, apalagi respon secara ketenteraan.
Bagi kaum muslimin, pertolongan Allah itu sentiasa dekat. Itulah yang Dia janjikan dan Allah tidak sesekali mungkir janji, walaupun ketika ini, realiti yang tidak sanggup kita lihat terpampang di hadapan mata dan kaum muslimin berada pada titik paling bawah, seperti makanan yang dikunyah musuh.
"Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu ada yang disisir dengan sikat besi sehingga memisahkan daging dan tulang mereka, dan ada yang digergaji kepalanya hingga terbelah dua. Namun semua itu tidak membuat mereka berpaling dari agamanya. Demi Allah, Allah akan menyempurnakan urusan ini (Islam), hingga seseorang berjalan dari Sanaโa ke Hadramaut, tidak ada yang ia takutkan kecuali Allah, dan serigala atas kambingnya, tetapi kamu terlalu tergesa-gesa." [Riwayat Bukhari no. 3612]
Amatlah malang jika kaum muslimin memilih untuk mencari titik perbalahan dan perpecahan ketika penyatuan menjadi persoalan hidup-mati jutaan umat ketika ini.
Sunday, October 6, 2024
365 Hari Selepas Taufan Al Aqsa
Hari ini 7 October 2024, genaplah setahun dari Taufan Al Aqsa, iaitu titik permulaan peperangan yang terbesar pernah berlaku sejak tertubuhnya negara haram Isreal.
Wednesday, October 2, 2024
๐๐๐ง๐๐ฅ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ข ๐ค๐จ๐ฆ๐ฉ๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ข ๐๐ฆ๐๐ฌ
๐๐๐
(๐๐๐):
๐๐.๐%
๐๐ฆ๐๐ฌ,
๐.๐%
๐๐ฅ๐จ๐ข.
Hampir tiada aloi, hanya mengandungi 0.1% kekotoran. Emas ini dianggap paling
tulen dan sangat lembut. Digunakan sebagai emas pelaburan (jongkong dan
syiling), tidak sesuai untuk barang kemas kerana terlalu lembut.
๐๐ฆ๐๐ฌ
๐๐๐
5% terdiri daripada aloi seperti perak, tembaga, atau logam lain yang ditambah
untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan emas. Sering digunakan dalam
pembuatan barang kemas mewah dan eksklusif. Oleh kerana kandungan emasnya yang
hampir murni, barang kemas daripada emas 950 mengekalkan kilauan dan warna emas
tulen yang lebih terang
๐๐ฆ๐๐ฌ
๐๐
(๐๐ฆ๐๐ฌ
๐๐๐)
10% terdiri daripada logam seperti
tembaga, perak, atau zink untuk menambah ketahanan dan kekuatan pada emas,
membuatnya lebih tahan lama daripada emas yang lebih tulen seperti emas 950
atau 24K. Biasa digunakan dalam pembuatan barang kemas yang tahan lasak tetapi
masih mengekalkan kilauan emas tulen. Ia sesuai untuk kegunaan harian kerana
sifatnya yang lebih kuat dan tahan lama berbanding emas tulen
๐๐๐
(๐๐๐):
๐๐.๐%
๐๐ฆ๐๐ฌ,
๐.๐%
๐๐ฅ๐จ๐ข
8.4% terdiri daripada aloi seperti tembaga, perak, atau zink. Barang kemas yang
lebih mahal, sesuai untuk reka bentuk yang halus dan mengekalkan warna emas
asli.
๐๐๐
(๐๐๐):
๐๐.๐%
๐๐ฆ๐๐ฌ,
๐๐.๐%
๐๐ฅ๐จ๐ข
16.7% terdiri daripada aloi tembaga, perak, atau logam lain. Jarang digunakan
dalam barang kemas, namun boleh ditemui dalam reka bentuk khas seperti piala
dan kraf tradisional.
๐๐ฆ๐๐ฌ
๐๐๐ฎ๐ง
(๐๐ฆ๐๐ฌ
๐๐)
21% aloi lain, yang biasanya
terdiri daripada campuran tembaga, perak, atau logam lain untuk meningkatkan
kekuatan dan ketahanan emas. Emas paun sering digunakan dalam pembuatan barang
kemas tradisional, terutamanya di negara-negara seperti Malaysia dan beberapa
negara Asia Tenggara. Kandungan emas yang agak tinggi memberikan kilauan emas
yang hampir menyerupai emas tulen, namun lebih tahan lasak dan kurang lembut
berbanding emas 24K
๐๐๐
(๐๐๐):
๐๐%
๐๐ฆ๐๐ฌ,
๐๐%
๐๐ฅ๐จ๐ข
25.0% daripada aloi yang sering terdiri daripada campuran tembaga, perak, dan
zink. Barang kemas berkualiti tinggi, lebih tahan lasak dan boleh digunakan
setiap hari. Warna mungkin sedikit lebih pucat daripada emas tulen.
๐๐๐
(๐๐๐):
๐๐.๐%
๐๐ฆ๐๐ฌ,
๐๐.๐%
๐๐ฅ๐จ๐ข
41.5% daripada aloi yang boleh mengandungi tembaga, perak, nikel, atau zink.
Barang kemas yang lebih tahan lasak dan mampu milik. Warna lebih ringan dan
kekuningan dibandingkan emas yang lebih tinggi kandungan karatnya.
๐๐๐
(๐๐๐):
๐๐.๐%
๐๐ฆ๐๐ฌ,
๐๐.๐%
๐๐ฅ๐จ๐ข
58.3% aloi seperti tembaga, perak, atau logam lain. Barang kemas yang lebih
murah, tetapi kurang bersinar dan lebih keras. Digunakan dalam barang kemas
sehari-hari.
๐๐ฆ๐๐ฌ
๐๐๐
(๐๐)
37.5% emas tulen (9 karat). 62.5% aloi, yang biasanya terdiri daripada tembaga,
perak, zink, atau nikel. Kerana kandungan aloi yang tinggi, emas 375 juga boleh
datang dalam pelbagai warna seperti emas kuning, putih (Nikel atau Paladium
menjadikan ia keperakan), hijau (kandungan Zink menjadikan ia kehijauan) atau
ros (kandungan tembaga menjadikan ia merah jambu). Warna ini adalah bergantung
pada jenis aloi yang digunakan.
Credit Gambar: ๐๐๐๐ฆ ๐
๐๐ซ๐ข๐ฒ๐๐ง๐ข
Monday, August 5, 2024
Hidup Israel???
Selain berhimpun menyatakan solidariti, perlu ada tindakan lebih tegas dari negara Malaysia untuk mendokong saudara kita di Palestine. Apalagi dengan drama tersasul yang mencacatkan suasana, kerjasama perniagaan dengan BlackRock, slogan dan pidato hanyalah sekadar perkataan kosong yang tidak memberi kesan.
Thursday, April 25, 2024
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Mungkin penulisan ini agak panjang dan teknikal. Moga boleh memberi cetusan minda yang berguna buat mereka yang mahu berfikir.
Monday, April 1, 2024
Keyboard Warrior
Beberapa hari kebelakangan ini, "cytro" Israel berpusu-pusu melontarkan komen di pelbagai platform media sosial, satu usaha counter propaganda untuk membawa naratif Israel di media sosial.
Ada di kalangan ilmuan Islam berpandangan, selain dari combatant, golongan yang halal diperangi ialah golongan yang membantu combatant secara langsung sama ada melalui kewangan, mahupun propaganda, adalah termasuk dalam golongan yang dihalalkan untuk "dibunuh". Secara peribadi, saya amat membenci golongan yang menyokong sebarang bentuk kekejaman, apalagi kekejaman dalam skala yang berlaku di Ghazzah ketika ini. Perlu diingatkan, pengisytiharan "halal darah" hanya boleh dilakukan oleh pemerintah Islam yang adil, bukan sesuka hati sepertimana kelakuan ghuluw sebahagian umat Islam, yang akhirnya merugikan umat Islam sendiri.
Sekurang-kurangnya, ketika ini jadilah keyboard warrior, menentang propaganda keji negara haram serta sekutu mereka, dan terus-menerus memberi peringatan kepada kaum muslimin hingga kemenangan hakiki dicapai dan Al Quds akan kembali dibebaskan sebagaimana ia dibebaskan oleh para pendahulu kita.
Tuesday, March 5, 2024
Darah Kaum Muslimin Lebih Mulia Dari Ka'bah
Jika ingin dinukilkan satu kebaikan dari polemik "cium hajar Aswad", saya boleh katakan, ia membuka lembaran perbincangan ilmiah yang sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan bagi sebahagian besar kaum muslimin.
Benar, batu itu ada kemuliaannya. Begitu juga dengan binaan Ka'bah yang telah didirikan oleh Bapa para nabi,Ibrahim Alaihisalam bersama anaknya, Ismail alaihisalam. Akan tetapi, mungkin tidak ramai yang tahu, semulia-mulia Ka'bah, ia tidaklah semulia darah seorang muslim yang haram ditumpahkan tanpa hak. Di sisi Allah, runtuhnya Ka'bah itu lebih kecil berbanding terbunuhnya seorang muslim.
"Dari Abdullah bin Umar berkata, 'Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w tawaf mengelilingi Ka'bah dan Beliau bersabda: 'Alangkah indahnya engkau Ka'bah, alangkah harumnya baumu, alangkah agungnya dirimu, alangkah agungnya kehormatanmu. Demi jiwa Muhammad yang ada di genggaman-Nya, kehormatan, harta dan darah (jiwa) seorang mukmin itu lebih agung di sisi Allah daripada keagunganmu (Ka'bah). Kita tidak boleh berprasangka kepadanya (kepada orang mukmin) kecuali prasangka yang baik. HR. Ibn Majjah.
Ketika ini, setiap hari jiwa kita seakan direntap oleh khabar dari bumi Syam. Tidak berdaya, tidak ada jalan keluar, kelihatan kesemua harapan begitu malap untuk keluar dari krisis kemanusiaan yang terburuk dalam abad ini.
Kenapa pula rakyat Pa1estine begitu teguh berdepan situasi ini. Mereka berbisik sesama mereka, kemenangan yang dijanjikan Allah sangat hampir, walaupun setelah 75 tahun berlalu....
Inilah yang dikatakan "KEIMANAN", melihat sesuatu "beyond realm and senses, beyond the inspiration". Amat sukar untuk kita faham sehingga kita juga memiliki mantiq yang khusus mengenainya. Muhammad Ismail mendefinisikan kesedaran politik sebagai "๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐" (pandangan terhadap dunia dengan sudut pandang yang khas). Bagi kita sebagai kaum muslimin, pandangan khas ini haruslah terpancar dari aqidah kita, yang mentauhidkan Allah Azzawajalla.
Dua elemen kesedaran politik:
1. Pandangan terhadap dunia (๐จ๐-๐๐๐ ๐๐๐๐๐ '๐๐๐ '๐๐๐๐). Seseorang yang memiliki kesedaran politik tidak melihat masalah itu sebagai masalah tempatan atau rantau, sebaliknya sebahagian dari masalah dunia. Contohnya, dalam isu siapa yang harus dilantik sebagai pemimpin? Mereka akan melihat permasalahan bukan sekadar pada calonnya, tetapi bagaimana para pemimpin yang korup dan lemah terus muncul sehingga meletakkan seluruh kaum muslimin sebagai umat yang lemah dan terus berpecah, di seluruh belahan dunia.2. Pandangan yang khas (๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐), iaitu memandang politik dengan sudut pandang khas, sebagai seorang muslim. Ini dengan menjadikan ๐๐๐๐ ๐' (ideologi) Islam sebagai ๐๐๐๐๐๐๐ (piawaian) terhadap persoalan politik.
Tanpa kesedaran politik yang dibangun dari ruh Islam, mustahil akan berlaku dokongan dari umat Islam sendiri untuk membebaskan Pa1estine dan wilayah lainnya dari cengkaman kuasa penjajah dan membebaskan manusia di seluruh dunia dari perhambaan sesama manusia, kepada perhambaan kepada Allah Yang Maha Agung.
Sunday, February 18, 2024
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Kelmarin, pertemuan dua pemimpin negara umat Islam iaitu Abdul Fatah Al Sisi dan Erdogan, Presiden Mesir dan Turki dikatakan menjadi pertemuan bersejarah yang tentu sekali memberi gambaran, akan berlaku sesuatu "yang penting" berkait genocide yang sedang berlaku di Ghazzah. Ramai yang berpandangan, Mesir seakan tidak ada pilihan kecuali mempertahankan kedaulatan wilayahnya sekiranya regim pengganas Zion1st membedil sempadan Mesir, dan berlaku kebanjiran pelairan dari Ghazzah.
Saturday, February 3, 2024
Tinggalkan Adat Yang Menyusahkan
Menjadi sunnah dalam ajaran Islam, jiran tetangga dan sahabat handai membantu keluarga yang kehilangan orang tersayang dengan menjamu mereka dan mengurangkan kesusahan yang mereka alami. Dari perintah Rasulullah s.a.w:
โHendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Jaafar (isteri-isteri dan anak-anaknya), sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang menyedihkan mereka.โ [HR Ahmad]
Sekiranya diadakan "adat" keluarga si mati mengadakan kenduri, sedangkan ada dalam masyarakat, keluarga yang kurang berkemampuan, dikhuatiri menyusahkan mereka. Sebaliknya, jika ia diadakan oleh pihak lain, pada kadar membantu, ia merupakan sunnah. Tabung sumbangan kematian ialah untuk membantu ahli waris, bukan untuk digunakan menjamu orang ramai.
Dalam perihal"konvo" anak-anak. Saya kira, ia wajar diadakan, tetapi dengan kadar sederhana. Meraikan anak-anak, menghargai prestasi mereka di sekolah adalah baik, tetapi jangan lah sampai membebankan. Saya perhatikan, pihak PASTI mengutip sumbangan ikhlas dari ibubapa untuk mengadakan majlis, dan orang ramai bergotong-royong memasak untuk jamuan sempena majlis konvo anak-anak. Sangat sederhana tetapi meriah.
Tak perlulah majlis besar, diadakan di hotel hingga dikhuatiri membebankan ibubapa yang kurang berkemampuan. Ia bukan isu berkira, tetapi lebih utama untuk menimbulkan keadaan serba salah bagi ibubapa yang kurang dari sudut kewangan.
Adat dan tradisi yang menyusahkan seharusnya ditinggalkan, diganti dengan sunnah. By nature, Islam mengatur urusan masyarakat secara sederhana, tanpa perlu bersikap bakhil.