Ketika di kampus, saya menyertai PALAPES lebih dua dekad yang lalu, sebab semangat untuk membela umat Islam. Tak sanggup tengok Afghanistan dan Iraq dibantai, tapi umat Islam tak mampu buat apa selain berdoa, dan bagi bantuan kemanusiaan. Waktu tu, sepertimana Gaza ketika ini, hanya boleh dibantu dengan kekuatan ketenteraan untuk hentikan all the madness....
Tapi, rupanya bila belajar lebih mendalam tentang ilmu ketenteraan dan fiq jihad, saya boleh simpulkan, tindakan sebagai individu, mahupun kutlah (kelompok kecil) manusia tidak akan mampu bagi apa-apa kesan bermakna dalam konteks peperangan. Sekalipun asymmetrical warfare boleh bagi sedikit bekas kepada musuh, ia bukanlah kemenangan. Peperangan perlukan kekuatan sebuah negara, untuk berdepan dengan sebuah negara yang lain.
Satu perkara yang mungkin tak ramai yang faham, termasuklah para hamlu dakwah yang berkobar-kobar untuk jihad ialah, nuansa geopolitik ada pasang dan surutnya, ada warna dan irama yang tidak mampu dibaca secara langsung, tetapi secara tabie, ia akan mengulangi apa yang telah berlaku di masa lalu. Kira-kira 100 tahun lalu, Great Britain merupakan empayar yang dikatakan matahari tidak terbenam di wilayahnya, kini menjadi "sick man of Europe", dengan kekuatan yang dahulunya dibanggakan, kini cuma mampu menjadi "pembebek" Amerika.
Amerika yang ketika Gulf War I mampu kumpul puluhan negara bersekutu dengannya untuk menghentam regim Saddam, baru-baru ini cuma disertai UK untuk melanyak Yemen. Sekutu mula meninggalkan Amerika setelah pengaruhnya sebagai kuasa unipolar semakin malap. Ditambah oleh pukulan "Perang Tarif" oleh Trump ketika ini, NATO yang selama ini menharapkan Amerika sebagai Big Brother, mula memilih membangunkan kekuatan sendiri kerana terbukti Amerika secara unilateral memungkiri pelbagai janji.
Amerika sudah dihujung nyawa, Israel pula tidak ada pilihan lain melainkan terus membunuh dan bertindak kejam, sehingga payung yang melindungi mereka lenyap, dan Amerika akan khianat terhadap mereka. Asasnya, Amerika melindungi Israel bukanlah kerana sayangkan Israel, tetapi kerana menjaga hegemony empayar mereka di Timur Tengah. Akan sampai ketika, terpaksa dilepaskan, untuk kelangsungan survival sendiri.
Secara tabie, dengan segala perkembangan ini, Israel sebenarnya sedang menggelupur seperti haiwan yang disembelih, dan akhirnya akan menjadi bangkai yang membusuk. Walaupun kita kecewa dengan diamnya para pemerintah kaum muslimin yang memiliki segala persenjataaan, kekayaan dan pasukan tentera, kita punyai penolong yang jauh lebih berkuasa berbanding penolong bagi Israel. Mereka bergantung kepada senjata, perisikan, dana dan sekutu, kita bergantung kepada ALLAH, Tuhan yang ditanganNya segala kerajaan.Insyaallah, dalam hayat ini, kita akan sempat melihat pakatan musuh berantakan. Kita akan lihat mereka diburu di segala penjuru dunia sebagai penjenayah. Kita telahpun saksikan, nama Palestine disebut di parlimen pelbagai negara, dilaung oleh jutaan manusia, Muslim dan Non-Muslim di jalanan, bendera Palestine dikibarkan di merata dunia. Kalau semua ini belum cukup untuk menambah keyakinan akan janji Allah tentang kemenangan, mungkin kita boleh refleksi pelbagai bisyarh (khabar gembira dari Rasulullah s.a.w) yang telahpun menjadi realiti. Iman, bukan semata-mata soal semangat, tetapi juga ilmu dan hikmah!
Sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati.
No comments:
Post a Comment