Tuesday, September 23, 2025

𝐌𝐚’𝐚π₯𝐒𝐦 𝐅𝐒 𝐀𝐭𝐑-π“π‘πšπ«π’πͺ (𝐌𝐒π₯𝐞𝐬𝐭𝐨𝐧𝐞𝐬)

Kerosakan dalam tamadun manusia yang dibangunkan berdasarkan akal semata-mata adalah berbentuk sistemik. Ketika ini, sebahagian besar umat Islam juga gagal memahami panduan wahyu dalam mengatur kehidupan, sebagai way of life sehingga mengambil tsaqafah selain dari Islam.


π‘‡π‘ π‘Žπ‘žπ‘Žπ‘“π‘Žβ„Ž πΌπ‘ π‘™π‘Žπ‘šπ‘–π‘¦π‘Žβ„Ž (Ψ«َΩ‚َافَΨ©ٌ Ψ₯ِΨ³ْΩ„َΨ§Ω…ِيَّΨ©ٌ) bermaksud kebudayaan Islam, yang mencakup segala bentuk pengetahuan dan pemahaman yang berakar pada akidah dan ajaran Islam. Dari tsaqafah ini tamadun Islam dibangunkan hingga menukar sekelompok arab di padang pasir menjadi kuasa adidaya yang menundukkan dua kuasa besar dunia ketika itu, Rom dan Parsi yang telah berdiri ribuan tahun.

Dalam tradisi keilmuan Barat, gelaran akademik seperti 𝑫𝒐𝒄𝒕𝒐𝒓 𝒐𝒇 π‘·π’‰π’Šπ’π’π’”π’π’‘π’‰π’š (𝑷𝒉.𝑫.) mencerminkan bahawa apa jua bidang (biologi, ekonomi, kimia, matematik) akhirnya berpunca daripada falsafah. Falsafah berperanan mencari makna, nilai, dan tujuan yang melampaui sekadar guna praktikal. Maka ia dilihat sebagai "tahap tertinggi" kerana membimbing manusia kepada pemahaman menyeluruh tentang kehidupan. Dari tradisi ini, muncul tamadun yang kita lihat hari ini, iaitu Kapitalis yang wadah politiknya demokrasi, dan sosialis yang wadah politiknya ialah komunisme walaupun terdapat overlap antara keduanya dalam sesetengah keadaan.

Menurut 𝑨𝒔 π‘Ίπ’šπ’‚π’‰π’Šπ’… π‘Ίπ’šπ’†π’… 𝑸𝒖𝒕𝒃, Islam membimbing manusia kepada ubudiyyah lillah (pengabdian kepada Allah), manakala falsafah sering menjadikan manusia pusat segala sesuatu (antroposentrik). Oleh itu, beliau menganggap Islam tidak boleh dipanggil “falsafah” kerana ia lebih tinggi dan lebih luas, ia adalah jalan hidup yang mengatur seluruh aspek kehidupan berdasarkan tauhid. Sayangnya, setelah ratusan tahun di bawah penjahanan pelbagai kuasa kolonial, umat Islam sendiri tidak memahami tsaqafah Islam, apalagi berusaha menzahirkannya.

Menurut As Syahid Syed Qutb, kebangkitan ummah tidak berlaku secara besar-besaran sekaligus, tetapi bermula dengan generasi perintis (π‘Žπ‘™-𝑗𝑖𝑙 π‘Žπ‘™-π‘„π‘’π‘Ÿ’π‘Žπ‘›π‘– π‘Žπ‘™-π‘“π‘Žπ‘Ÿπ‘–π‘‘). Generasi ini ialah kelompok kecil yang hidup sepenuhnya dengan al-Qur’an, bebas dari kompromi jahiliyyah, lalu mereka menjadi asas kepada pembentukan masyarakat Islam yang baru. Pandangan ini turut dikongsi oleh Syeikh Taqiyuddin An Nabhani, yang ditulis secara panjang lebar dalam kitabnya, Nidhamul Islam yang menjadi kitab asas untuk halaqah bagi seluruh anggota Hizbut Tahrir.

Adaptasi dari kitab Qutb, S. (1989). Ma‘ālim fΔ« al-αΉ¬arΔ«q [Milestones]. Cairo: Dar al-Shuruq.



No comments:

Post a Comment