Akan Muncul Daie-Daie Yang Menyeru Ke Neraka Jahannam
كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني
Dari Hudzaifah bin Al-Yaman radhiyallahu ‘anhu beliau berkata : “Dahulu manusia bertanya kepada Rasulullah tentang hal-hal yang baik tapi aku bertanya kepada beliau tentang hal-hal yang buruk agar jangan sampai menimpaku”
فقلت يا رسول الله إنا كنا في جاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير من شر
Aku bertanya : “Wahai Rasulullah, dahulu kami berada dalam keadaan jahiliyah dan kejelekan lalu Allah mendatangkan kebaikan (Islam,-pent) ini, apakah setelah kebaikan ini akan datang keburukan ?”
قال نعم
Beliau berkata : “Ya”
قلت وهل بعد ذلك الشر من خير
Aku bertanya : “Dan apakah setelah keburukan ini akan datang kebaikan?”
قال نعم وفيه دخن
Beliau menjawab : “Ya, tetapi didalamnya ada asap”.
قلت وما دخنه
Aku bertanya : “Apa asapnya itu ?”
قال قوم يهدون بغير هديي تعرف منهم وتنكر
Beliau menjawab : “Suatu kaum yang membuat ajaran bukan dari ajaranku, dan menunjukkan (manusia) kepada selain petunjukku. Engkau akan mengenal mereka dan engkau akan memungkirinya”
قلت فهل بعد ذلك الخير من شر
Aku bertanya : “Apakah setelah kebaikan ini akan datang keburukan lagi ?”
قال نعم دعاة إلى أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها
Beliau menjawab :”Ya, (akan muncul) para daie-daie yang menyeru ke neraka jahannam. Barangsiapa yang menerima seruan mereka, maka merekapun akan menjerumuskan ke dalam neraka”
قلت يا رسول الله صفهم لنا
Aku bertanya : “Ya Rasulullah, sebutkan cirri-ciri mereka kepada kami ?”
فقال هم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا
Beliau menjawab : “Mereka dari kulit-kulit/golongan kita, dan berbicara dengan bahasa kita”
قلت فما تأمرني إن أدركني ذلك
Aku bertanya : “Apa yang anda perintahkan kepadaku jika aku temui keadaan seperti ini”
قال تلزم جماعة المسلمين وإمامهم
Beliau menjawab : “Pegang erat-erat jama’ah kaum muslimin dan imam mereka”
قلت فإن لم يكن لهم جماعة ولا إمام
Aku bertanya : “Bagaimana jika tidak imam dan jama’ah kaum muslimin?”
قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض بأصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت على ذلك
Beliau menjawab :”Tinggalkan semua kelompok-kelompok itu, walaupun kau menggigit akar pohon hingga ajal mendatangimu”
TAKHRIJ HADITS
Hadits ini memiliki banyak jalan, diantaranya :
[1]. Dari jalan Walid bin Muslim (dia berkata) : Menceritakan kepada kami Ibnu Jabir (dia berkata) : Menceritakan kepada kami Bisr bin Ubaidillah Al-Hadromy hanya dia pernah mendengar Abu Idris Al-Khaoulani dari Hudzaifah bin Yaman radhiyallahu ‘anhu …….HR Bukhari 6/615-616 dan 13/35 beserta Fathul Baari. Muslim 12/235-236 beserta Syarh Nawawi. Baghowi dalam Syarhus Sunnah 14/14. Dan Ibnu Majah 2979.
[2]. Dari jalan Waki’ dari Sufyan dari ‘Atho’ bin Saib dari Abi Al-Bukhari dia berkata : Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu berkata ….. HR. Ahmad dalam musnad 5/399.
[3]. Dari jalan Abi Mughiroh (dia berkata) menceritakan kepada kami Assafar bin Nusair Al-Azdi dan selainnya dari Hudzaifah bin Al-Yaman, beliau berkata : “Wahai Rasulullah sesungguhnya kami dahulu dalam keburukan lalu Allah menghilangkannya dan mendatangkan kebaikan melalui anda. Apakah setelah kebaikan ini akan datang kejelekan?”. Beliau berkata : “Ya”. Hudzaifah bertanya lagi : “Apa kejelekan tersebut?” Beliau menjawab : “Akan muncul banyak fitnah seperti malam yang gelap gulita, sebagaimana mengikuti yang lainnya dan akan datang kepada kalian hal-hal yang samar-samar seperti wajah-wajah sapi yang kalian tak mengetahuinya” HR Ahmad 5/391.
Peringatan buat kaum muslimin di akhir zaman, khasnya para "daie express" yang banyak muncul sejak kebelakangan ini. Prihatin terhadap permasalahan umat adalah suatu kewajipan sepertimana hadis:
“Barangsiapa (bangun) di pagi hari dan perhatiannya kepada selain Allah, maka Allah akan berlepas diri dari orang itu. Dan barang siapa (bangun) di pagi hari tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk dari mereka (kaum Muslimin)” [HR Hakim].
Namun perlu diingatkan, untuk terjun ke medan dakwah juga memerlukan ilmu, sepertimana kita ingin melakukan sesuatu pekerjaan yang lain dalam hidup ini. Apakah mungkin seorang yang buta untuk memimpin seorang buta yang lain?
Hari ini, para "daie express" menceduk ilmu hanya dari internet, dan pengkajian sendiri tanpa bimbingan guru yang natijahnya, mereka lemas dalam ilmu sendiri. Muncullah golongan seperti "geng Panji Hitam", "Geng Kerajaan Langkasuka", "Geng Bani Tamim" dan pelbagai lagi. akibat yang memandu mereka bukanlah pemikiran, tetapi khayalan dan perasaan belaka.
Adapun keberadaan jemaah kaum muslimin yang wajib diikuti ialah satu jemaah yang konsisten dalam kebenaran, dan Insyallah, mereka sebenarnya sentiasa ada di kalangan kita:
"Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut". (Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment