Tuesday, May 10, 2016

Aqidah dari mimpi dan cerita ghaib?

Aqidah Islam dibangun dari pemikiran yang mendalam dan jernih, sehingga tidak tersisa sebarang keraguan pada kebenaran agama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w ini. 


Aqidah ini mengandungi mabda' (ideology) yang menerbitkan seluruh sistem hidup seperti politik, ekonomi dan lain-lain selain mengatur urusan ritual, makanan dan pakaian bagi perkara individu.
Sesudah kematian baginda s.a.w, tidak ada lagi wahyu baru, tidak ada lagi nabi baru, tidak ada lagi sebarang ajaran baru, melainkan kesemuanya hanyalah bidaah yang membawa kerosakan.

Daripada ‘Amr bin Salamah katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abdullah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.
Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.”
Tanya ‘Abdullah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”.
Berkata ‘Abdullah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?”
Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi.
Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.”
Perbuatan mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama tidak diterima bahkan ia menyimpang dari sifat Islam sebagai aqidah yang lengkap dan terbina dari pemikiran yang kukuh.

أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى تَقْوَى مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ أَمْ مَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ

Apakah orang-orang yang mendirikan bangunan (masjid)-nya di atas dasar ketakwaan kepada Allah dan keridhaan-Nya itu yang baik ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? (TQS. at-Taubah [9]: 109)

Konteks ayat ini memang berkaitan dengan bangunan masjid, tetapi bangunan masjid di sini ada yang merupakan produk ketakwaan kepada Allah dan keredhaan Nya, dan ada yang tidak. Allah menyatakan, bahwa produk yang dihasilkan dengan landasan takwa dan keredhaan Nya adalah produk yang kukuh, demikian sebaliknya. Ini ertinya, jika bangunan (secara fizik) saja dilandasi oleh akidah yang dinyatakan sebagai faktor ketakwaan dan keredhaan Nya, akan menjadi bangunan yang kukuh, lalu bagaimana dengan bangunan non-fisik yang jauh lebih kompleks berbanding bangunan fizik? Kerena itu, ayat ini juga membuktikan, bahawa akidah Islam ini merupakan asas kehidupan, baik kehidupan individu, masyarakat maupun negara, sekaligus merupakan sumber kebangkitan, yang akan menentukan kualiti umat ini

Akhirnya akidah Islam menjadi sebuah pemikiran bagi suatu perkara dasar ketika manusia akan melakukan perbuatan di dunia. Namun pepatah mengatakan ‘tidak ada orang yang sempurna’, sebagai entiti makhluk, manusia ternyata memiliki potensi-potensi untuk melakukan kesalahan pula, termasuk dalam perkara keyakinan, berbagai penyimpangan terjadi dari masa ke masa, baik sengaja maupun tidak sengaja. Kita boleh perhatikan di berbagai media cetak dan elektronik, bagaimana banyaknya aliran-aliran yang menyimpang dari akidah Islam yang sahih, seolah-olah kaum muslimin yang kononnya memiliki banyak sumber daya spiritual, mulai dari Kiyai, Ulama, Ustadz dan Syaikh seolah-olah tidak memiliki daya dan upaya (baca: lemah) untuk mencegah kerosakan akidah umat tersebut. Ini kerana, optimisme kaum muslimin dengan akidahnya, sewajarnya semakin memunculkan idea-idea untuk mampu menyelesaikan permasalahan di bidang akidah atau keimanan tersebut.

Sengaja saya sebutkan dua isu di sini:

1. Mengada-adakan sesuatu yang baru dalam Islam (Bida'ah)

2. Menyandarkan aqidah Islam dengan pemikiran

Memasukkan sesuatu yang asing sebagai ajaran "baru" dalam Islam adalah satu kejelekan. Apalagi dengan claim bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w atau lebih teruk, claim menemui baginda s.a.w secara real. Sedangkan para ulama dan khalifah yang teragung dan para sahabat rahdiallahuanhum pun tidak pernah bertemu baginda sesudah kewafatan baginda.

"Hari ini telah Aku sempurnakan bagi kalian agama kalian" (QS. Al-Maidah:3)

Aqidah kita umpamakan sebagai akar. Pohon yang rosak akarnya, sehijau manapun ia tumbuh, sebesar manapun dahan merimbun, ia akan mereput dan rosak. Sebaliknya, aqidah yang kuat dan kukuh, sekalipun jasad mereka hancur diseksa, mereka golongan yang menang di sisi Allah.
Sesungguhnya Islam sudah lengkap sesudah kewafatan baginda. Baginda s.a.w tidak perlu menjelma dalam mimpi atau bangkit dari kubur untuk menyampaikan sesuatu yang "baru".

Allahualam
































No comments:

Post a Comment