Rasulullah s.a.w tidak diutus untuk membawa revolusi fashion atau membawa kaedah perubatan alternative atau membawa kaedah pemakanan. Sebagai pendengar setia radio Ikim.Fm, aku berasa mual bila iklan-iklan "produk sunnah" yang menggunakan agama sebagai pelaris jualan.
Memang benar, Rasulullah s.a.w merupakan suri teladan seluruh umat manusia sehingga kiamat. Seluruh perbuatan baginda hanya berdasarkan wahyu. Namun, harus difahami dan dibezakan, yang mana satu perbuatan baginda sebagai manusia, dan yang mana perbuatan baginda sebagai Rasul.
Perbuatan beliau sebagai manusia seperti berjalan, duduk, dan sebagainya merupakan suatu fitrah kerana baginda juga manusia. Bahkan, Allah sendiri menegur baginda s.a.w dalam beberapa perkara sekalipun baginda sememangnya maksum dari sebarang dosa. Baginda juga menerima pandangan apra sahabat dalam perihal taktik dan teknikal yang baginda tidak tahu.
Tahukah anda, sunnah yang paling besar dan merupakan keperluan hidup/mati umat ini ialah KHILAFAH? Dalam sistem ini, Islam menjadi mabda' (ideology) teragung, dan umat Islam menjadi umat yang menang:
Ketahuilah bahawa roda Islam itu akan terus berputar, maka ikutilah roda Islam itu di mana sahaja ia berputar. Ketahuilah bahawa Al-Quran dan kekuasaan akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah daripada Al-Quran. Ketahuilah bahawasanya kamu akan dikuasai oleh para penguasa yang memutuskan perkara hanya untuk kepentingan mereka sahaja dan bukan untuk kepentingan kamu. Jika kamu mengingkari perintah mereka, maka mereka akan membunuhmu dan jika kamu mematuhi mereka, maka mereka akan menyesatkan kamu. ‘Para sahabat bertanya, ‘Apa yang harus kami lakukan wahai Rasulullah?’ Jawab Nabi SAW, ‘Lakukanlah seperti para sahabat Isa bin Maryam as. Mereka telah digergaji dengan gergaji dan digantung di atas kayu (salib). Sesungguhnya mati kerana mentaati Allah adalah lebih baik daripada hidup dengan melakukan maksiat kepada Allah.” [HR At Tabrani]
Semoga kemuliaan umat ini segera pulih....
No comments:
Post a Comment