Wednesday, September 7, 2016

Kecelakaan Besar Buat Penentang Allah


Siti Kasim yang menunjukkan isyarat lucah semasa forum RUU 355 baru ni mendapat pujian dan sanjungan golongan liberal dan sekular non-muslim ataupun yang tak malu nak mengaku muslim. 

Jenguk-jenguk kat page Siti Kasim, ada berjela-jela hujah nak memberi penafsiran baru nas-nas syarak walaupun kelihatan penuh nafsu menundukkan makna syarak menurut selera sendiri.

Tidak perlu berhujah panjang dengan golongan semacam ini, mereka akan menentang sebarang bentuk penerapan Islam, mereka membenci Islam secara zahir dan tentunya lebih dahsyat kebencian dalam hati mereka.

Perlaksanaan uqubat Islam telah berlangsung selama lebih 1000 tahun. Tinta sejarah melakarkan, tidak ada imam mujtahideen yang sangat memahami Quran, Hadis dan segala ilmu tafsir, nahu, balaghah dan lain-lain mempertikaikan hukum potong tangan ke atas pencuri atau sebat ke atas peminum arak atau rejam ke atas pesalah zina atau bunuh bagi golongan murtad. Maka, kita tidak memerlukan "ustazah" yang tayang isyarat lucah untuk mengajarkan kita mengenai Islam.

Siti Kasim ini adalah contoh manusia yang sesat. Kalau sebelum ini dia buat kecoh mempertahankan "majlis" pondan, kali ni dia lantang menentang RUU 355 yang sebenarnya bukannya hudud. Kebenciannya terhadap hukum Allah terlalu besar sehingga RUU 355 yang hanya dikhususkan kepada orang Islam pun sangat menyakitkan baginya.

“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata” [TMQ al-Ahzab (33):36].

No comments:

Post a Comment