Selepas beratus tahun wilayah kaum muslimin diduduki para penjajah, pemikiran dan jiwa kaum muslimin melemah.
Berfikir cara Barat dianggap maju, berfikir cara Islam dianggap mundur. Sebaliknya, cara hidup Islam dianggap kependetaan, dipencilkan sebatas urusan perkahwinan, kematian dan ritual semata-mata.
Carahidup Barat menjadi ikutan, menjadi panduan baik dalam berpolitik (demokrasi), atau perundangan (perundangan sekular) dan sistem ekonomi kapitalis, yang semuanya itu merupakan racun yang mematikan jati diri ideology Islam.
Diceritakan, Syaikh Taqiyuddin An Nabhani yang menubuhkan Hizbut Tahrir pada 1953, hanya menyebutkan perkataan KHILAFAH di khalayak mulai tahun 1958, iaitu selepas 5 tahun memperkenalkan idea Hizb di sekitar Al Quds. Mungkin kekhuatiran kepada penerimaan umat ketika itu yang umumnya taksub dengan perjuangan pan-arabisme dan pan-Islamisme.
Pan-arabisme adalah perjuangan berasaskan bangsa, yang memisahkan orang arab untuk arab, juga seperti pan-Turkisme dan lain-lain bangsa, sehingga kesatuan aqidah tidak lagi mengikat umat ini sebagai sebuah kesatuan.
Pan-Islamisme pula satu bentuk perjuangan mengegakkan Islam dari strategi "bottom up", di mana kelompok umat Islam cuba menyatukan umat dalam batas wilayah masing-masing, dengan teori "building block", keluarga-kampung-masyarakat-negara-global.
Sedangkan perubahan sistem tidak mungkin berlaku melainkan dengan method revolusioner, iaitu dari satu pusat ke seluruh wilayah. Kamal At Tarturk melenyapkan khilafah dengan menggantikan secara total sistem politik di Turki menjadi Republik Demoktarik Turki. Negara-negara lain kemudiannya "dimerdekakan" menjadi monarki mutlak, republik, federasi dan berbagai lagi.
Racun yang pernah mematikan daulah Khilafah, tidak mungkin menjadi penawar untuk menghidupkannya kembali.
No comments:
Post a Comment