Takala seorang muslim melihat isu krisis ekonomi yang semakin ganas dan cepat kitarannya secara global dari sudut pandang syarak, kita meyakini, segala musibah termasuklah krisis ekonomi yang berlaku adalah berpunca dari tangan manusia sendiri.
“Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.” [TMQ: Asy Syura ayat 30]
Sekitar Oktorber 2013, kita pernah saksikan apa yang dipanggil "Government Shut Down" berlaku di Amerika di mana ketika itu, bajet tidak diluluskan yang berakibat kepada penutupan operasi (shut down) pentadbiran kerajaan pusat dan ratusan ribu pekerja direhatkan atau dalam istilah lainnya disebut sebagai cuti paksa tanpa gaji. Kerajaan Amerika seterusnya terpaksa menaikkan siling hutang. Perlu dinyatakan di sini bahawa situasi normal mana-mana negara sekalipun, secara kewangannya, diurus dalam bentuk mengawal perekonomian dan kewangan agar hutang dapat diturunkan dan bukan untuk dinaikkan. Akan tetapi Amerika adalah satu-satunya negara yang tidak peduli jika mereka tenggelam di dalam hutang sekalipun. Amerika mengeluarkan surat hutang (bonds) sesukanya dan menjamin pembayarannya pada kondisi-kondisi yang sesuai. Walaupun AS tidak mampu membayarnya disebabkan situasi kewangan mereka sekalipun, namun ia boleh, tatkala ia memandang ada kepentingan lain yang perlu diutamakan, mencetak lebih banyak dolar tanpa batasan sandaran di dalam perbendaharaannya seperti halnya negara lain. Apatah lagi, mata wangnya menguasai sebahagian besar rizab negara-negara dunia.
Siling hutang pemerintahan AS (pemerintahan pusat dan pemerintahan negeri) naik dari USD 4.3 trilion pada tahun 1990 menjadi USD 8.4 trilion tahun 2003, kemudian naik lagi kepada USD 8.9 trilion pada 2007 dan pada awal pemerintahan Obama tahun 2009 terus naik kepada USD 10.3 trilion. Pada tahun 2011 ia naik menjadi USD 14 trilion dan sekarang mencapai USD 16.7 trilion. Seandainya negara lain tenggelam dalam hutang meski jauh lebih kecil dari angka itu, nescaya negara itu akan hancur dan perekonomiannya tinggal menjadi sejarah!
Sebagai penutup, kita menyampaikan segala puji bagi Allah bahawa kita adalah sebahagian dari kaum Muslimin dan Allah SWT telah menunjuki kita kepada sistem yang berasal dari sisiNya selaku Zat yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Satu sistem yang dinamakan sebagai sistem Khilafah yang diketuai oleh seorang Khalifah. Khalifah yang akan merasai kelaparan jika rakyatnya lapar dan Khalifah yang akan merasai kekenyangan jika rakyatnya kenyang dan dia tidak akan merasa aman kecuali rakyatnya aman. Inilah sistem yang akan menjamin pemenuhan keperluan asas berupa makanan, pakaian dan tempat perlindungan untuk seluruh individu rakyat. Sesiapa yang mampu bekerja akan disediakan pekerjaan untuknya dan siapa yang tidak mampu bekerja dan tidak memiliki kerabat yang boleh menanggung nafkahnya, maka sang Khalifahlah yang akan bertanggungjawab menjamin nafkahnya dengan makruf (sesuai kecukupannya). Inilah satu sistem yang di dalamnya pemilikan umum (al-milkiyyah al-ammah) diagih-agihkan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kehidupan mereka, sejak mereka dilahirkan lagi. Inilah sistem yang merealisasi perekonomian yang aman dan adil dan memperbaiki keadaan setiap makhluk kerana Al-Khaliq (Pencipta) sistem ini adalah Yang Maha Tahu apa yang membuat manusia menjadi baik. FirmanNya, “Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu zahirkan atau rahsiakan)? Padahal Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”[TMQ al-Mulk (67):14].
Allahualam.
No comments:
Post a Comment