Wednesday, December 28, 2016

Perbincangan Hukum Berkenaan Simpanan Emas

Alhamdulillah, semakin ramai yang peka tentang kepentingan menyimpan, dan melindungi nilai simpanan dengan menyimpan emas.
Akaun Simpanan Emas Public Gold merupakan salah satu kaedah menyimpan "self service" yang sangat practical. Dengan menjadi agent, dapat pula incentive 1% dari Public Gold bagi setiap pembelian front line.
Namun perlu diteliti hukum syarak berkaitan transaksi jual beli kerana emas merupakan antara barang ribawi berdasarkan hadis:

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ سَوَاءً بِسَوَاءٍ يَدًا بِيَدٍ فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar kontan (tunai). Jika jenis barang tadi berbeda, maka silakan engkau membarterkannya sesukamu, namun harus dilakukan secara kontan (tunai).” (HR. Muslim no. 1587)
Antara syarat jual beli emas:
1. Akad yang sah
2. Pembayaran tunai (bukan hutang)
3. Transaksi berlaku sekaligus dalam satu majlis
4. Emas wujud dalam bentuk fizikal
Dalam PG, transaksi hanya berlaku sesudah pembayaran PENUH diterima, dan emas terus diterima dalam bentuk fizikal. Menjadi perbahasan ialah kerana emas fizikal yang dimaksudkan berada dalam safe box Public Gold dan bukan diterima pembeli secara langsung, dan ia memerlukan masa untuk sampai ke tangan pembeli dengan kos penghantaran. Pembeli juga boleh memilih membeli gold bar secara cash di 18 cawangan Public Gold, ataupun di mana-mana Pejabat Pos berhampiran yang menjadi agent Public Gold.
Konsep jual beli "remote" semacam ini diterima syarak berdasarkan pemindahan hak milik sudahpun berlaku apabila bayaran ditunaikan. Walaupun barang bukan berada di tangan, ia adalah barang fizikal yang wujud dan boleh diambil jika pembeli mengambilnya. Dalam trading, pembeli membeli seratus tan kurma, pembeli tak semestinya berada di atas bulk carrier untuk melakukan jual beli. Pembeli cuma melakukan transaksi dengan pembekal di satu lokasi lain, melakukan pembayaran tunai kepada pembekal di lokasi lain.
Waqi' (realiti) akad dalam satu majlis di sini berlaku secara virtual pada nilai barangan yang nyata. Ia menjadi bathil apabila produk yang dibeli tidak wujud, atau bayaran dilakukan secara hutang.
Isu berbangkit berkenaan "money floating" menyebabkan timbul kegusaran berkenaan status transaksi tunai yang berlaku. Saya sarankan, guna "instant transfer" atau cash deposit kerana pemindahan wang berlaku secara terus, dan bukan tertangguh. Sekiranya bayaran secara tangguh berlaku, pandangan lebih kuat ialah, berlaku riba' di situ, walaupun ada pandangan menyatakan, floating itu sah kerana duit sudah dibayar. Ini kerana, dalam kondisi floating, pihak pembayar boleh memberhentikan transaksi, yang menyebabkan penangguhan berlaku.
Berkenaan penggunaan bank guarantee, bank draft, cek dan lain-lain seperti pembelian minyak mentah, kapal terbang, waste heat boiler, pelantar minyak dan produk lain yang tidak termasuk sebagai produk ribawi, transaksi hutang atau bayar ansur adalah dibolehkan sesuai dengan akad jual-beli biasa yang memenuhi kehendak syarak.
Terbuka kepada perbahasan ilmiah, saya mengupas dengan pengkajian sendiri yang terhad. Mudah-mudahan ada penjelasan yang lebih memuaskan dalam hal ini.
Sabri Yaacob
PG 0085230


No comments:

Post a Comment