Tuesday, December 20, 2016

Kenapa Syria?

Soalan dari saudara Kamarulzaman Mat Jusof: Kenapa Russia dan Amerika sanggup bergabung untuk perang di Syria? Apakah sebab minyak atau sumber lain?

JAWAPAN:
Amerika tidak perlu bergabung dengan musuh tradisinya kalau sekadar untuk mengejar minyak. Hampir seluruh hasil "emas hitam" yang ada di merata ceruk dunia sudahpun dikuasai Amerika melalui agent mereka.

Russia juga tidak memerlukan sekutu untuk berperang apalagi berperang menghadapi pejuang berupa militant yang serba serbi kekurangan di medan perang.
Kedua kuasa besar ini, ditambah dengan kehadiran China, Turki, dan Iran berkerumun di bumi yang penuh berkat di Syria kerana di situ, muncul potensi yang sangat besar untuk tegaknya kembali KHILAFAH.
Mereka sememangnya sedar, munculnya Khilafah ke posisi politik dunia akan menjadi penamat bagi kekuasaan dan cengkaman mereka ke atas dunia.

SOALAN: Siapa akan jadi khalifah? Apa wataknya? Macam mana nak muncul khilafah kalau orangnya pun tak diketahui?

JAWAPAN:
KHILAFAH itu sebuah sistem. Ia bukan persoalan watak individu. Kalau orang Malaysia mahukan ketua mereka jadi khalifah, orang Sudan, orang Afghanistan, orang Indonesia, orang dari pelbagai belahan dunia akan buat tuntutan yang sama. Persoalan calon langsung tidak penting buat masa ini. Persoalan yang paling vital ialah, sistem ini diwajibkan oleh Allah untuk menzahirkan Islam sebagai ad deen yang mengatur seluruh kehidupan manusia.

Revolusi di Syria menyaksikan penduduk Syria berikrar untuk menegakkan Khilafah. Pihak musuh memunculkan ISIS, yang sekarang ni dinamakan pula sebagai DAESH, mempropagandakan kisah kekejaman puak ini seolah-olah ini ancaman global yang sangat dahsyat, boleh membunuh seluruh makhluk bernyawa. Mereka benar-benar mahu, imej khilafah ini dibunuh sebelum kemunculannya melalui proaganda jahat ini. ISIS adalah khilafah versi Amerika yang sebelum ini dipertontonkan dalam filem Hollywood.

Hakikatnya, Khilafah adalah sistem yang Allah turunkan, ia sistem yang para sabahat radhiallahuanhum berijmak sebagai kewajipan, dan diteruskan para khalifah kemudiannya sehingga agama Allah tersebar ke merata penjuru dunia, dan kita hari ini menjadi seorang Islam.


1 comment:

  1. Alhamdulillah saudara Sabri yaacob dah sedar rupanya ISIS itu ciptaan musuh. Dulu bukan main menyokong siap dengan pakej membenci kaum syiah. Sama jer macam majoriti melayu masa itu, telan mmerut omongan media khususnya FB.
    Sekarang ni anda lihat..apabila Gaza dibedil siapa yang datang menolong? Kelompok sunni ke syiah? Yaman yang menyekat laut merah sunni ke syiah? Iran yang membantu latihan ketenteraan hamas melalui Hizbullah, sunni ke syiah? Saya bukan syiah tetapi saya boleh baca rentak silat pihak zionis dalam melaga-lagakan umat. Pernah saya berikan kip video bukti pihak Israel menaja pertelingkahan dua kelompok Muslim terbesar ini demi satu tujuan, Israel raya tapi awak abaikan. Awak malah serang saya dengan dakyah demi dakyah menegakkan kononnya apa yang dikatakan betul, bersumberkan FB!
    Masa menunjukkan apa yang benar apa yang bathil. Semoga awak wahai sabri tidak lagi tergolong sebagai manusia bebal yang cepat melatah.

    ReplyDelete