Thursday, December 1, 2016

Mengsakralkan Ilmu

Akal manusia terbatas, hanya mampu memahami sesuatu maklumat dengan pencerapan realiti melalui pancaindera, memproses maklumat dengan otak, dan mempunyai maklumat awal tentang apa yang dicerap.Cuba bayangkan, seorang yang hidup 2000 tahun lalu, bila dia tengok sebuah bom nuklear. Dia mungkin memberi pelbagai anggapan sendiri berkenaan bom itu. Boleh jadi dianggap sebagai penggiling, atau mungkin juga tempat duduk, atau sekadar hiasan di halaman rumah.Tanpa maklumat awal, manusia tidak mampu mendapat pemahaman yang tepat tentang sesuatu. Tanpa maklumat awal, manusia tidak mampu memproses sebarang maklumat, sekalipun dikurniakan akal yang cerdas dan pancaindera yang sempurna. Manusia boleh memeroleh dengan pengkajian. Ada orang kaji sifat manusia berdasarkan pemerhatian ke atas realiti, lalu membuat kesimpulan dan teori. Ini berlaku dalam bidang sains dan non-science. Bezanya, dalam sains, eksperimen yang sama, dengan kawalan yang sama menghasilkan hasil yang sama dalam kebarangkalian yang tinggi (uncertainties), sedangkan dalam non-science, ia tidak begitu. Ilmu psychology, pedagogy (pendidikan) dan sociology merupakan ilmu dari cerapan yang sangat terbatas dan abstrak.Namun, ilmu non-science ini disakralkan oleh para pengkagum, kerana penemuan-penemuan kajian dalam bidang ini berjaya mengungkapkan pelbagai realiti, mengakibatkan umat Islam turut terpesona dan mencari-cari kaedah penyelesaian dalam permasalahan hidup mereka dengan penyelesaian dari ilmu ini, dan meninggalkan penyelesaian dari Al Quran dan Sunnah.Bahkan lebih jauh, ada di kalangan umat Islam yang menentang apa-apa yang bertentangan dengan apa yang diungkapkan melalui ilmu tersebut. Contohnya, masalah homosex dikategorikan sebagai masalah psycology, bukan sebagai masalah perlanggaran hukum syarak. Maka, pelaku tabiat keji ini dianggap sebagai "pesakit" dan bukan "pesalah jenayah". Masalah akan lebih ketara apabila terdapat teori-teori dalam lapangan ilmu ini yang membentuk pola pemikiran yang rosak, serta memberi kaedah penyelesaian yang juga merosakkan. Kita tidak hairan kenapa pelacuran dianggap sebagai industri, semata-mata kerana mahu menetapkan "kawalan" ke atas jenayah rogol, atau sistem ekonomi yang menindas, dari cerapan sociology yang sangat bohong (KDN dan pelbagai jenis data yang tidak membei gambaran sebenar realiti).





Adaptasi dari: Daulah Islam, Taqiyuddin An-Nabhani

No comments:

Post a Comment