Tahap toleransi dan kerjasama rakyat Malaysia dari pelbagai latarbelakang kaum sebenarnya cukup baik dan terbentuk secara alami setelah bergenerasi tinggal bersama. Masalah muncul apabila pihak tertentu, terutama ahli politik cuba mendapatkan political mileage secara mudah dengan menonjolkan diri sebagai hero kelompok tertentu sambil menyemarakkan permusuhan terhadap kelompok lain.
Pada skala global, kebencian yang ditanamkan terhadap Islam dan umatnya melalui stigmatization secara terkoordinasi melalui "war on Terror" sebenarnya lebih kepada motif politik berbanding motif keagamaan itu sendiri. Ini kerana, Barat dan konconya memahami Islam sebagai thariqul hayat yang tidak boleh dipisahkan dari politik. Yang dimusuhi bukanlah pada solat 5 waktu, berbuat baik kepada jiran dan ajaran-ajaran Islam itu sendiri, tetapi sebenarnya dihalakan khusus kepada ideology politik Islam yang berupaya menggugat hegemony ideology mereka.
Secara ringkas, untuk memahami pola krisis "Islam Vs Kekufuran", kita harus faham narasi yang cuba dibawa para pemain dalam gelanggang politik. Mereka sentiasa mamanfaatkan dua sifat manusia, iaitu benci dan cinta.
Kebencian itu sifatnya seperti cinta, ia boleh membutakan pertimbangan manusia terhadap fakta. Permainan sentiment yang dimainkan dengan tujuan meraih kepentingan peribadi atau puak adalah pencetus pelbagai sengketa di dunia ini.
No comments:
Post a Comment