๐ ๐ข๐ก๐ข๐ฃ๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐ฌ๐๐๐ก
Media sosial dipenuhi posting mengenai monopoli kekayaan apabila Perdana Menteri DSAI mendedahkan monopoli ke atas import beras yang hanya memanfaatkan segelintir manusia untuk jadi kaya raya dengan luar biasa. Faktanya, bukan sahaja beras, malah monopoli memang berlaku dalam pelbagai sektor ekonomi. Idea "pasaran bebas" tidaklah benar seperti mana teori, malah kadangkala "monopoli" secara teorinya adalah diperlukan dalam sesetengah keadaan. Contohnya, Petronas memonopoli sektor minyak dan gas, Tenaga Nasional dalam sektor bekalan tenaga, Telekom dalam penyediaan rangkaian telefon talian darat dan lain-lain sektor yang memerlukan campur tangan kerajaan untuk diuruskan.Dasar penswastaan yang dilakukan ketika era DSAI menjadi menteri kewangan puluhan tahun dulu yang menukar LLN (Lembaga Letrik Negara) kepada TNB dan Jabatan Telekom Malaysia kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan lain-lain "monopoli" adalah satu kaedah yang digunakan oleh kerajaan Malaysia ketika itu bagi memperkukuhkan sektor yang berkaitan serta dianggap langkah yang tepat dalam meringankan beban kewangan kerajaan. Cuma, seperti mana-mana syarikat, tujuan penubuhan syarikat ialah untuk mendapatkan keuntungan, dan ia berbeza dengan kerajaan yang menyediakan segala kemudahan dengan tujuan menguruskan urusan rakyat ๐๐ฎ๐ป๐ฝ๐ฎ ๐บ๐ฎ๐๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐ธ๐ฒ๐๐ป๐๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป (profit).Di sebalik dasar penswastaan ketika itu, segelintir elit yang benar-benar mengaut kekayaan luar biasa, sedangkan majoriti rakyat yang merupakan pengguna, menanggung kenaikan kos. Inilah sifat sistem ekonomi kapitalisme yang sentiasa memberi kelebihan kepada segelintir manusia, dengan mentelantarkan sebahagian besar yang lain.Di dalam ajaran Islam, segala keperluan strategik negara harus dikelola oleh negara, sama ada secara langsung, atau melantik pihak lain yang memiliki keupayaan secara teknikal mahupun kewangan. Tujuan utama menguruskan segala keperluan ini untuk kemaslahatan rakyat secara keseluruhan.ุงَْูู ُุณِْูู َُْูู ุดُุฑََูุงุกُ ูู ุซَูุงَุซٍ ِูู ุงََْูููุฅِ َูุงْูู ุงَุกِ َูุงَّููุงุฑِ๐๐ข๐ถ๐ฎ ๐๐ถ๐ด๐ญ๐ช๐ฎ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ถ๐ต๐ถ (๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐ณ๐ช๐ฌ๐ข๐ต) ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ต๐ช๐จ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ข๐ณ๐ข ๐ช๐ข๐ช๐ต๐ถ ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข๐ฏ๐จ ๐ณ๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ต, ๐ข๐ช๐ณ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ข๐ฑ๐ช [HR Abu Dawud dan Ahmad]ุงَْูู ُุณِْูู َُูู ุดُุฑََูุงุกُ ِูู ุซَูุงَุซٍ ِูู ุงْูู َุงุกِ َูุงَْูููุฅِ َูุงَّููุงุฑِ َูุซَู َُูู ุญَุฑَุงู ٌ๐๐ข๐ถ๐ฎ ๐๐ถ๐ด๐ญ๐ช๐ฎ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐ณ๐ช๐ฌ๐ข๐ต ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ต๐ช๐จ๐ข ๐ฉ๐ข๐ญ: ๐ข๐ช๐ณ, ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข๐ฏ๐จ ๐ณ๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ต ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ข๐ฑ๐ช; ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฉ๐ข๐ณ๐จ๐ข๐ฏ๐บ๐ข ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฉ๐ข๐ณ๐ข๐ฎ. [HR Ibn Majah]Sebarang bentuk keperluan seperti jalan raya, sumber air, sumber tenaga dan lainnya tidak boleh dimonopoli oleh mana-mana pihak, termasuklah kerajaan. Fungsi kerajaan ialah memastikan ianya diurus dengan baik. Perebutan ke atas keperluan ini boleh mengakibatkan sengketa dalam masyarakat.Dalam polemik politik yang tak berkesudahan, rujuklah sumber wahyu, yang diturunkan buat sekalian manusia untuk mengatur kehidupan manusia baik sebagai individu, mahupun tatacara bernegara. Islam ialah way of life yang mengatur dari sekecil-kecil perkara seperti membasuh najis dan berpakaian, sehinggalah menguruskan negara serta menegakkan keadilan dan memakmurkan negara. Apakah ada ๐ฅ๐ฆ๐ฆ๐ฏ yang lain, dicipta oleh manusia yang lebih baik dari ๐ฅ๐ฆ๐ฆ๐ฏ ini?
No comments:
Post a Comment