Hari ini genap 2 tahun dari tarikh bermulanya peperangan yang saya kira sebagai fasa akhir kisah sebuah negara haram. Negara yang didirikan di atas penipuan, pengkhianatan, perampasan, pengusiran dan pembunuhan penduduk asal di atas secebis tanah yang telah merakam jutaan kisah manusia, sejak dari zaman para nabi.
Nukilan peribadi berdasarkan pengkajian, analisis dan pemerhatian mengenai isu umat Islam, politik dan ilmu kewangan.
Monday, October 6, 2025
๐ณ ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Tuesday, September 23, 2025
๐๐’๐๐ฅ๐ข๐ฆ ๐ ๐ข ๐๐ญ๐ก-๐๐ก๐๐ซ๐ข๐ช (๐๐ข๐ฅ๐๐ฌ๐ญ๐จ๐ง๐๐ฌ)
Kerosakan dalam tamadun manusia yang dibangunkan berdasarkan akal semata-mata adalah berbentuk sistemik. Ketika ini, sebahagian besar umat Islam juga gagal memahami panduan wahyu dalam mengatur kehidupan, sebagai way of life sehingga mengambil tsaqafah selain dari Islam.
๐๐ ๐๐๐๐๐โ ๐ผ๐ ๐๐๐๐๐ฆ๐โ (ุซََูุงَูุฉٌ ุฅِุณَْูุงู َِّูุฉٌ) bermaksud kebudayaan Islam, yang mencakup segala bentuk pengetahuan dan pemahaman yang berakar pada akidah dan ajaran Islam. Dari tsaqafah ini tamadun Islam dibangunkan hingga menukar sekelompok arab di padang pasir menjadi kuasa adidaya yang menundukkan dua kuasa besar dunia ketika itu, Rom dan Parsi yang telah berdiri ribuan tahun.
Dalam tradisi keilmuan Barat, gelaran akademik seperti ๐ซ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐ท๐.๐ซ.) mencerminkan bahawa apa jua bidang (biologi, ekonomi, kimia, matematik) akhirnya berpunca daripada falsafah. Falsafah berperanan mencari makna, nilai, dan tujuan yang melampaui sekadar guna praktikal. Maka ia dilihat sebagai "tahap tertinggi" kerana membimbing manusia kepada pemahaman menyeluruh tentang kehidupan. Dari tradisi ini, muncul tamadun yang kita lihat hari ini, iaitu Kapitalis yang wadah politiknya demokrasi, dan sosialis yang wadah politiknya ialah komunisme walaupun terdapat overlap antara keduanya dalam sesetengah keadaan.
Menurut ๐จ๐ ๐บ๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐ ๐ธ๐๐๐, Islam membimbing manusia kepada ubudiyyah lillah (pengabdian kepada Allah), manakala falsafah sering menjadikan manusia pusat segala sesuatu (antroposentrik). Oleh itu, beliau menganggap Islam tidak boleh dipanggil “falsafah” kerana ia lebih tinggi dan lebih luas, ia adalah jalan hidup yang mengatur seluruh aspek kehidupan berdasarkan tauhid. Sayangnya, setelah ratusan tahun di bawah penjahanan pelbagai kuasa kolonial, umat Islam sendiri tidak memahami tsaqafah Islam, apalagi berusaha menzahirkannya.
Menurut As Syahid Syed Qutb, kebangkitan ummah tidak berlaku secara besar-besaran sekaligus, tetapi bermula dengan generasi perintis (๐๐-๐๐๐ ๐๐-๐๐ข๐’๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐๐). Generasi ini ialah kelompok kecil yang hidup sepenuhnya dengan al-Qur’an, bebas dari kompromi jahiliyyah, lalu mereka menjadi asas kepada pembentukan masyarakat Islam yang baru. Pandangan ini turut dikongsi oleh Syeikh Taqiyuddin An Nabhani, yang ditulis secara panjang lebar dalam kitabnya, Nidhamul Islam yang menjadi kitab asas untuk halaqah bagi seluruh anggota Hizbut Tahrir.
Adaptasi dari kitab Qutb, S. (1989). Ma‘ฤlim fฤซ al-แนฌarฤซq [Milestones]. Cairo: Dar al-Shuruq.
Tuesday, April 8, 2025
Memahami Tabii Geopolitik
Ketika di kampus, saya menyertai PALAPES lebih dua dekad yang lalu, sebab semangat untuk membela umat Islam. Tak sanggup tengok Afghanistan dan Iraq dibantai, tapi umat Islam tak mampu buat apa selain berdoa, dan bagi bantuan kemanusiaan. Waktu tu, sepertimana Gaza ketika ini, hanya boleh dibantu dengan kekuatan ketenteraan untuk hentikan all the madness....
Tapi, rupanya bila belajar lebih mendalam tentang ilmu ketenteraan dan fiq jihad, saya boleh simpulkan, tindakan sebagai individu, mahupun kutlah (kelompok kecil) manusia tidak akan mampu bagi apa-apa kesan bermakna dalam konteks peperangan. Sekalipun asymmetrical warfare boleh bagi sedikit bekas kepada musuh, ia bukanlah kemenangan. Peperangan perlukan kekuatan sebuah negara, untuk berdepan dengan sebuah negara yang lain.
Satu perkara yang mungkin tak ramai yang faham, termasuklah para hamlu dakwah yang berkobar-kobar untuk jihad ialah, nuansa geopolitik ada pasang dan surutnya, ada warna dan irama yang tidak mampu dibaca secara langsung, tetapi secara tabie, ia akan mengulangi apa yang telah berlaku di masa lalu. Kira-kira 100 tahun lalu, Great Britain merupakan empayar yang dikatakan matahari tidak terbenam di wilayahnya, kini menjadi "sick man of Europe", dengan kekuatan yang dahulunya dibanggakan, kini cuma mampu menjadi "pembebek" Amerika.
Amerika yang ketika Gulf War I mampu kumpul puluhan negara bersekutu dengannya untuk menghentam regim Saddam, baru-baru ini cuma disertai UK untuk melanyak Yemen. Sekutu mula meninggalkan Amerika setelah pengaruhnya sebagai kuasa unipolar semakin malap. Ditambah oleh pukulan "Perang Tarif" oleh Trump ketika ini, NATO yang selama ini menharapkan Amerika sebagai Big Brother, mula memilih membangunkan kekuatan sendiri kerana terbukti Amerika secara unilateral memungkiri pelbagai janji.
Amerika sudah dihujung nyawa, Israel pula tidak ada pilihan lain melainkan terus membunuh dan bertindak kejam, sehingga payung yang melindungi mereka lenyap, dan Amerika akan khianat terhadap mereka. Asasnya, Amerika melindungi Israel bukanlah kerana sayangkan Israel, tetapi kerana menjaga hegemony empayar mereka di Timur Tengah. Akan sampai ketika, terpaksa dilepaskan, untuk kelangsungan survival sendiri.
Secara tabie, dengan segala perkembangan ini, Israel sebenarnya sedang menggelupur seperti haiwan yang disembelih, dan akhirnya akan menjadi bangkai yang membusuk. Walaupun kita kecewa dengan diamnya para pemerintah kaum muslimin yang memiliki segala persenjataaan, kekayaan dan pasukan tentera, kita punyai penolong yang jauh lebih berkuasa berbanding penolong bagi Israel. Mereka bergantung kepada senjata, perisikan, dana dan sekutu, kita bergantung kepada ALLAH, Tuhan yang ditanganNya segala kerajaan.Insyaallah, dalam hayat ini, kita akan sempat melihat pakatan musuh berantakan. Kita akan lihat mereka diburu di segala penjuru dunia sebagai penjenayah. Kita telahpun saksikan, nama Palestine disebut di parlimen pelbagai negara, dilaung oleh jutaan manusia, Muslim dan Non-Muslim di jalanan, bendera Palestine dikibarkan di merata dunia. Kalau semua ini belum cukup untuk menambah keyakinan akan janji Allah tentang kemenangan, mungkin kita boleh refleksi pelbagai bisyarh (khabar gembira dari Rasulullah s.a.w) yang telahpun menjadi realiti. Iman, bukan semata-mata soal semangat, tetapi juga ilmu dan hikmah!
Sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati.
Tuesday, March 25, 2025
Pandangan Ulama Mengenai "Jilbab"
Pandangan Taqiyuddin an-Nabhani mengenai pakaian wanita Muslimah di tempat awam, yang mewajibkan jilbab sebagai pakaian satu helai dari bahu hingga ke buku lali, adalah berdasarkan tafsirannya terhadap dalil-dalil syarak. Namun, terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ulama besar mengenai isu ini. Berikut adalah penelitian di antara pandangan mereka:
๐. ๐๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฒ๐ข๐๐ค๐ก ๐๐๐ช๐ข๐ฒ๐ฎ๐๐๐ข๐ง ๐๐ง-๐๐๐๐ก๐๐ง๐ข (๐๐ข๐ณ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ก๐ซ๐ข๐ซ)
Pendapat: Jilbab adalah satu pakaian khusus untuk wanita Muslim di tempat awam, yang mesti menutupi seluruh tubuh dari bahu hingga ke kaki dalam satu helaian pakaian.
๐ซ๐๐๐๐:
- Surah Al-Ahzab (33:59): "Hai Nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka melabuhkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka."
- Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu ‘Athiyyah, bahawa Nabi SAW memerintahkan wanita keluar untuk solat Hari Raya dan menyuruh mereka memakai jilbab.
๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐๐:
- Beliau menolak pemakaian abaya, baju kurung, atau pakaian
dua lapis (seperti blaus dan skirt) di tempat awam kerana tidak bersambung
sebagai satu helaian dari bahu hingga ke buku lali.
- Hanya jilbab memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Al-Quran
dan Sunnah.
๐. ๐๐ฒ๐๐ข๐ค๐ก ๐๐ฅ๐๐๐ง๐ข (๐๐๐๐-๐๐๐๐)
๐ท๐๐๐
๐๐๐๐๐:
- Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, seorang ulama Salafi
terkenal, juga menegaskan kewajipan jilbab bagi wanita Muslimah tetapi tidak
secara spesifik menyatakan ia mesti dalam bentuk satu helaian pakaian sahaja.
- Beliau menulis sebuah buku berjudul ๐ฝ๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐’๐โ ๐๐-๐๐ข๐ ๐๐๐๐โ di mana beliau menghuraikan bahawa jilbab adalah pakaian yang menutupi seluruh tubuh tetapi masih membenarkan pakaian dua bahagian jika ia memenuhi syarat syariah.
๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐-๐ต๐๐๐๐๐๐:
Syiekh Albani lebih fleksibel dalam bentuk pakaian, selagi
ia menutup aurat dengan sempurna, manakala Syiekh An-Nabhani lebih spesifik
tentang keperluan satu helaian pakaian sahaja.
๐. ๐๐ฒ๐๐ข๐ค๐ก ๐๐๐ง ๐๐๐ณ (๐๐๐๐-๐๐๐๐) & ๐๐ฒ๐๐ข๐ค๐ก ๐๐ญ๐ก๐๐ฒ๐ฆ๐๐๐ง (๐๐๐๐-๐๐๐๐)
๐ท๐๐๐
๐๐๐๐๐:
- Kedua-dua ulama Salafi ini menegaskan bahawa wanita
Muslimah wajib menutup seluruh tubuhnya termasuk dengan jilbab yang longgar dan
menutupi aurat dengan sempurna.
- Mereka juga menyatakan bahawa jilbab tidak boleh membentuk tubuh dan harus menutupi perhiasan wanita.
๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐-๐ต๐๐๐๐๐๐:
-
Mereka tidak menetapkan bahawa jilbab mesti
dalam bentuk satu helaian pakaian dari bahu ke buku lali.
๐. ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ณ๐ก๐๐ ๐๐๐ง๐๐๐ฅ๐ข ๐๐ฅ๐๐ฌ๐ข๐ค
๐ท๐๐๐
๐๐๐๐๐:
- Sebahagian ulama Hanbali menegaskan bahawa wanita perlu
memakai pakaian yang menutup tubuh sepenuhnya di hadapan bukan mahram.
- Beberapa teks klasik menyatakan keperluan milhafah atau izar (sejenis kain panjang yang membalut tubuh), yang hampir serupa dengan konsep jilbab yang dinyatakan oleh an-Nabhani.
๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐-๐ต๐๐๐๐๐๐:
Tidak semua ulama Hanbali mewajibkan satu helaian pakaian
sahaja, tetapi mereka mengutamakan konsep menutup aurat dengan sempurna.
๐. ๐๐ฅ๐๐ฆ๐
๐๐ข๐ณ๐๐ฎ๐ญ
๐๐๐ก๐ซ๐ข๐ซ
- Ulama dan pengikut Hizbut Tahrir seperti Syiekh Abdul
Qadim Zallum dan kemudiannya Syiekh Ata bin Khalil Abu Al-Rashtah (mereka
merupakan Amir Hizbut Tahrir selepas Syiekh Taqiyuddin an-Nabhani) meneruskan
pandangan bahawa jilbab mesti dipakai dalam bentuk satu helaian pakaian dari
bahu ke buku lali.
- Mereka melihat ini sebagai hukum syarak yang tetap dan tidak boleh diubah.
๐๐๐ฌ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐๐ง
Pandangan Syiekh Taqiyuddin an-Nabhani mengenai jilbab
sebagai satu helaian pakaian adalah unik dan lebih spesifik berbanding
kebanyakan ulama lain. Walaupun terdapat beberapa ulama seperti Albani, Ibn
Baz, dan Uthaymeen yang menekankan kepentingan jilbab dan menutup aurat dengan
sempurna, mereka tidak menetapkan bahawa jilbab mesti berbentuk satu pakaian
bersambung dari bahu ke buku lali. Sebaliknya, majoriti ulama dari mazhab fiqh
yang muktabar lebih fleksibel dalam soal bentuk pakaian, selagi ia memenuhi
prinsip menutup aurat dengan sempurna.
Sebagai individu, saya cenderung mengikut pandangan majoriti
ulama berdasarkan 4 pertimbangan:
- 1. Dalil-dalil Al-Quran dan Hadis Tidak Menetapkan Bentuk Spesifik Jilbab. Dalam Surah Al-Ahzab (33:59) menyebut melabuhkan jilbab, tetapi tidak menetapkan bahawa ia mesti satu helaian pakaian. Surah An-Nur (24:31) pula memerintahkan wanita menutup perhiasan mereka tetapi tidak menentukan jilbab dalam bentuk khusus
- 2. Hadis-Hadis yang Digunakan Tidak Secara Eksplisit Mewajibkan Satu Helaian Pakaian. Hadis Ummu ‘Athiyyah yang menyebut Rasulullah menyuruh wanita memakai jilbab ketika keluar rumah menunjukkan keperluan menutup aurat, bukan keperluan memakai pakaian dalam bentuk satu helai tertentu.
- 3. Ijma’ dan Amalan Salafus Soleh. Majoriti ulama tidak pernah menyatakan bahawa pakaian wanita Muslimah mesti satu helai dari bahu ke kaki. Wanita memakai pelbagai jenis pakaian yang memenuhi syarat menutup aurat, bukan hanya dalam bentuk jilbab satu helaian termasuklah memakai pakaian perang dan pakaian “mukena” ketika tawaf di Baitullah.
- 4. Konteks Budaya dan Keperluan Praktikal. Islam adalah agama yang fleksibel dan sesuai dengan keadaan zaman dan tempat. Menetapkan jilbab dalam satu bentuk spesifik boleh menyebabkan kesukaran dan tidak sejajar dengan prinsip Islam yang mengutamakan kemudahan selagi syariat dipenuhi
Allahualam.
Monday, March 17, 2025
Memungut Cukai Itu Haram Mutlak?
Syaikul Islam, ๐๐๐ง๐ฎ ๐๐๐ข๐ฆ๐ข๐ฒ๐ฒ๐๐ก Rahimahullah (w. 728H) adalah seorang ulama besar dalam mazhab Hanbali yang banyak membahaskan isu keadilan dalam pemerintahan Islam, termasuk hukum pemungutan cukai (maks). Beliau terkenal dengan pendiriannya yang keras terhadap penindasan dan kezaliman, termasuk dalam urusan kewangan negara.
Ibnu Taimiyyah berpandangan bahawa pemungutan cukai secara zalim adalah haram, kerana ia termasuk dalam perbuatan merampas harta rakyat tanpa hak. Beliau menegaskan bahawa pemerintah hanya boleh mengambil harta rakyat melalui cara yang dibenarkan oleh syarak, seperti:
i. ๐๐๐ค๐๐ญ – Kewajipan utama ke atas umat Islam.
ii. ๐๐ข๐ณ๐ฒ๐๐ก – Cukai yang dikenakan kepada non-Muslim sebagai pertukaran perlindungan.
iii. ๐๐ก๐๐ซ๐๐ฃ – Cukai ke atas tanah yang diperoleh melalui pembukaan secara ketenetraan oleh kaum muslimin.
iv. ๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ซ – Cukai perdagangan yang dikenakan ke atas Non-Muslim yang berdagang di negara Islam.
Beliau mengutuk keras pemungut cukai yang menindas rakyat, dengan merujuk kepada hadis:
َูุง َูุฏْุฎُُู ุงْูุฌََّูุฉَ ุตَุงุญِุจُ ู َْูุณٍ
"๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ข๐ ๐ ๐ฆ๐ข๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐๐ข๐ก ๐๐ข๐๐๐ (๐๐๐๐ )."
[HR Ahmad, Abu Dawud, dan al-Hakim]
Menurut Ibnu Taimiyyah, hadis ini menunjukkan bahawa pengambilan cukai tanpa hak adalah dosa besar yang membawa kepada azab di akhirat.
Walaupun tegas dalam mengharamkan cukai yang menindas, Ibnu Taimiyyah tidak mengharamkan cukai secara mutlak seperti pandangan yang dikeluarkan oleh Syaikh Taqiyuddin An-Nabhani Rahimahullah.
Kedua ulama ini berpandangan bahawa dalam keadaan darurat, pemerintah boleh mengenakan cukai sementara, ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ dengan syarat:
i. Ia benar-benar diperlukan untuk kemaslahatan umum (contohnya, mempertahankan negara).
ii. Tiada sumber lain yang mencukupi, seperti zakat, ghanimah, atau sumber kerajaan Islam yang sah.
iii. Tidak menzalimi rakyat atau membebankan golongan miskin.
Ibnu Taimiyyah menyimpulkan dalam penulisan beliau:
Apabila pemimpin mengambil harta rakyat tanpa hak, itu adalah kezaliman. Tetapi apabila ada keperluan mendesak dan tiada jalan lain untuk menampung perbelanjaan jihad atau keperluan negara, maka rakyat wajib membantu pemerintah dengan kadar yang adil.
Rujukan: Majmu’ al-Fatawa (Ibnu Taimiyyah, Jilid 28, hlm. 266) & Al-Siyasah al-Shar’iyyah (Ibnu Taimiyyah, hlm. 38)
Dalam Majmu’ al-Fatawa (Jilid 29, hlm. 251), beliau menyatakan:
َูุฃَู َّุง ุงْูู َْูุณُ ุงَّูุฐِู ُูุคْุฎَุฐُ ุจِุงุณْู ِ ุงْูุนُุดُูุฑِ َูุบَْูุฑَِูุง ู َِู ุงูุธُّْูู ِ ุงَّูุฐِู ุฃَุฌْู َุนَ ุงْูู ُุณِْูู َُูู ุนََูู ุชَุญْุฑِูู ِِู
"Adapun Maks yang diambil dengan nama usyur (cukai perdagangan) dan lainnya adalah satu bentuk kezaliman yang telah disepakati oleh umat Islam sebagai haram.
Sistem cukai moden yang menjadikan cukai sebagai sumber utama negara bertentangan dengan prinsip ekonomi Islam, kerana Islam mengutamakan zakat, jizyah, kharaj, dan sumber halal lain untuk menampung keperluan negara. Cukai tetap seperti dalam sistem moden hari ini adalah lebih hampir kepada Maks yang diharamkan, berbanding Dharibah yang bersifat sementara dan hanya dalam keadaan darurat.
Adapun para ulama kontemporari dalam hal ini sedikit berbeza:
1. ๐๐ซ. ๐๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ ๐๐ฅ-๐๐๐ซ๐๐๐๐ฐ๐ข dalam Fiqh al-Zakah menegaskan bahawa cukai hanya boleh dikenakan jika benar-benar diperlukan dan tidak boleh melebihi kadar yang adil. Jika cukai menjadi beban yang berat dan menindas rakyat, ia berubah menjadi Maks yang diharamkan.
2. ๐๐ฒ๐๐ข๐ค๐ก ๐๐๐๐ฎ๐ฅ ๐๐ณ๐ข๐ณ ๐๐ข๐ง ๐๐๐ณ menegaskan bahawa negara Islam sepatutnya mengutamakan zakat sebagai sumber utama, bukan cukai.
3. ๐๐ซ. ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ฎ๐ก๐๐ข๐ฅ๐ข cukai yang dikutip mesti digunakan untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi pemerintah atau projek yang tidak perlu. Jika cukai disalahgunakan, ia kembali kepada kezaliman Maks yang diharamkan.
Saya berpandangan, sistem percukaian moden berada dalam "grey zone" antara Maks dan Dharibah. Jika ia dikenakan secara zalim, maka ia adalah Maks yang disepakati haram dari segi hukum. Manakala sekiranya ia dikenakan untuk memenuhi kemaslahatan umum, pada kadar yang munasabah, ia mendekati konsep dharibah yang dibenarkan ketika darurat, walaupun pada hakikatnya tidaklah sama. Daulah Islam seharusnya kembali kepada sistem Islam, di mana sumber negara diperoleh daripada zakat, jizyah, kharaj, fai’, dan hasil negara lain sebelum mengenakan cukai.
Allahua'lam.
Sunday, February 9, 2025
Al-I'jaz Al-Bayani dalam Al-Qur'an
Pengertian Al-I'jaz Al-Bayani
Al-I'jaz al-bayani adalah salah satu aspek kemukjizatan Al-Qur'an yang berkaitan dengan keunggulan bahasa, gaya penyampaian, dan keindahan retorikanya. Secara bahasa, i'jaz berarti melemahkan atau membuat sesuatu tidak mampu menandinginya, sementara bayani berasal dari kata bayan, yang berarti kejelasan atau kefasihan dalam berbicara. Dengan demikian, al-i'jaz al-bayani merujuk pada ketidakmampuan manusia untuk menandingi keindahan dan kefasihan bahasa Al-Qur'an.
Karakteristik Al-I'jaz Al-Bayani dalam Al-Qur'an
1. Keindahan Struktur Bahasa
Al-Qur'an menggunakan susunan kata yang unik dan tidak dapat ditiru oleh manusia. Gaya bahasanya tidak sepenuhnya mengikuti pola puisi Arab klasik (sya'ir) maupun prosa (natsr), melainkan memiliki irama dan keindahan tersendiri.
2. Keserasian Bunyi dan Irama
Dalam Al-Qur'an, terdapat keseimbangan antara panjang dan pendeknya ayat serta keserasian bunyi yang memberikan efek ritmis. Hal ini dapat dirasakan dalam surah-surah pendek seperti Surah Al-Kawthar dan Al-Ikhlas yang memiliki aliran kata yang merdu dan mudah dihafal.
3. Ketepatan Pemilihan Kata
Setiap kata dalam Al-Qur'an dipilih dengan sangat tepat, sehingga tidak ada kata yang sia-sia atau bisa digantikan dengan sinonim tanpa mengubah makna yang mendalam. Pemilihan kata ini juga memperlihatkan makna yang luas dalam satu kalimat yang singkat.
4. Gaya Bahasa yang Beragam
Al-Qur'an menggunakan berbagai bentuk gaya bahasa seperti perumpamaan (tasybih), metafora (isti’arah), dan kiasan (kinayah). Penggunaan gaya bahasa ini tidak hanya memperindah makna tetapi juga memperkuat pesan moral dan spiritual dalam setiap ayat.
5. Kekuatan Argumentasi dan Ketegasan Makna
Al-Qur'an menyampaikan pesan dengan argumen yang kuat dan logis. Banyak ayat yang mengajak manusia untuk berpikir kritis dan merenungi alam serta kehidupan. Argumentasi dalam Al-Qur'an juga sering dikombinasikan dengan pertanyaan retoris yang menggugah kesadaran manusia.
Tantangan kepada Manusia untuk Menandinginya
Kemukjizatan Al-Qur'an dalam aspek al-i'jaz al-bayani juga dibuktikan dengan tantangan yang Allah berikan kepada manusia untuk menciptakan sesuatu yang serupa dengannya. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 23, Allah menantang manusia untuk membuat satu surah saja yang setara dengan Al-Qur'an, namun hingga kini tidak ada yang mampu melakukannya.
Kesimpulan
Al-I'jaz al-bayani dalam Al-Qur'an merupakan bukti nyata bahwa kitab suci ini berasal dari Allah, bukan hasil karya manusia. Keindahan bahasanya, ketepatan diksi, variasi gaya bahasa, serta kekuatan argumentasinya menjadikan Al-Qur'an sebagai kitab yang tak tertandingi dalam aspek kebahasaan. Oleh karena itu, banyak ahli bahasa, baik Muslim maupun non-Muslim, yang mengakui keunikan dan keistimewaan retorika Al-Qur'an yang tidak dapat direplikasi oleh manusia.
Tuesday, February 4, 2025
Henry Kissinger
Henry Kissinger marupakan antara manusia yang setaraf dengan Pol Pot, Hitler, Mussoleni, Mau Tze Dong serta manusia-manusia lain yang pernah hidup sebagai pemangsa yang teramat kejam.
1. Perang Vietnam (1969–1975) : 3.8 juta nyawa
2. Pemboman Kemboja (1969–1973): 50,000 hingga 150,000 nyawa
3. Perang Saudara Pakistan Timur [Bangladesh] (1971): 300,000 hingga 3 juta nyawa
4. Kissinger menyokong serangan Indonesia ke atas Timor Leste (1975–1976): 100,000 hingga 200,000 nyawa, termasuk akibat kebuluran dan penyakit
5. Operasi Condor di Amerika Latin (1970-an): dianggarkan lebih 10 000 korban dibunuh atau "hilang" di seluruh Amerika Latin.
6. Perang Yom Kippur (1973): >10,000 nyawa
Walaupun demikian, saya tertarik dengan kenyataan Kissinger berkenaan asymmetrical warfare, " ๐๐๐ ๐ข๐๐๐ ๐ก๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐โ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ข๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐โ (๐ ๐ข๐๐ฃ๐๐ฃ๐)". Ini boleh menyimpulkan bahawa pasukan Ha Min Alif Sin memenangi perang di Gaza, sekalipun hampir keseluruhan Gaza telah diranapkan oleh tentera penjajah, dengan segala bentuk bantuan Amerika dan blok Barat.
Mantan Setiausaha Negara Amerika ini tidak pernah diheret ke muka pengadilan untuk dibicarakan seluruh jenayah yang dilakukannya, tetapi tentunya dia tidak sesekali terlepas dari mahkamah yang lebih agung, di hadapan Sang Pencipta. Setelah hidup hampir 100 tahun (1923-2023), sang penzalim ini telah kembali menemui Pencipta.
Memetik kata-kata Buya Hamka;
"๐พ๐๐ก๐ ๐๐๐ โ๐๐๐ฆ๐ ๐ค๐๐ฆ๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐ข๐๐๐. ๐ด๐๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐ข๐ก๐ข๐, ๐๐๐๐ฆ๐๐๐๐โ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐ก๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐."
Wednesday, January 22, 2025
Ucap Tahniah Kepada Donald Trump
Perbuatan Ahmed Al-Sharaa atau lebih dikenali sebagai Abu Muhammad Al-Joulani iaitu pemimpin Hayat Tahrir Syam yang mengucapkan tahniah kepada Donal Trump sempena perlantikan semula sebagai Presiden Amerika tidak harus segera dikecam sebagai tali barut Amerika dan tuduhan melulu. Political gesture sebegini adalah amalan standard dalam kalangan para pemimpin dunia sejak zaman berzaman.