Sunday, December 20, 2015

Apa sebab sebenarnya Ringgit Malaysia jatuh?

1. Dana-dana berjumlah lebih USD 1 Trilion ( 1,000,0000,000,000 ) telah lari dari pasaran ’emerging-markets’ ke pasaran ‘advance-economies’ seperti UK dan US.
Malaysia sebagai salah satu pasaran ’emerging markets’ memang merasakan tempias perubahan strategi dana-dana asing ini. Antara negara lain yang mengalami kemerosotan teruk akibat perubahan ini adalah negara negara seperti Australia, Indonesia, Thailand, Norway, Russia, Brazil, Mexico. Perubahan strategi dana-dana asing ini membuatkan mereka menjual stok matawang dan saham. Ini menyebabkan penurunan nilai matawang dan bursa saham di negara-negara ’emerging markets’ atau negara membangun

2. Pasaran Komoditi Yang Menjunam
Malaysia merupakan negara pengeksport komoditi seperti minyak dan gas asli, getah, kelapa sawit
dan lain-lain. Sektor ini menyumbang lebih 25% dari jumlah dagangan export kita. Masalah besar kini adalah harga komoditi yang telah jatuh menjunam ke aras yang lebih rendah berbanding 2008-2009. Bila harga komoditi jatuh teruk, pendapatan negara akan berkurangan dan pasaran matawang akan berpendapat yang matawang kita kurang potensinya. Jadi mereka akan jual.

3. Kenaikan risiko politik semasa
Pihak pengurusan dana-dana besar (fund managers) di Malaysia dan serata dunia memerhati dengan rapat situasi politik di Malaysia, terutamanya jika ada kebarangkalian pertukaran kerajaan. Rombakan kabinet baru-baru ini telah memberi persepsi negatif terhadap pelabur luar

4. Penurunan Nilai Yuan oleh Bank Negara China
Menyebabkan kejatuhan pasaran saham besar-besaran seluruh dunia
Nilai matawang Yuan meningkat dengan mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Memandangkan China adalah pengeksport utama di dunia, penurunan kadar tukaran matawang Yuan adalah bermanfaat tinggi bagi negara mereka. Mana-mana negara yang mengimport dan mengeksport barang dari China turut menerima kesan dari penurunan matawang ini

5. Sistem ekonomi yang fragile
Dalam sistem ekonomi sekular kapitalis, ianya berasaskan persepsi, sangkaan, manipulasi dan kepentingan. Maka, ia merupakan sistem yang rapuh, dan hanya menjaga kepentingan pihak tertentu dengan memangsakan pihak lain. Matlamat sistem ekonomi dalam Islam ialah untuk memberi kemakmuran kepada seluruh rakyat tanpa mengambil kira sama ada mereka kaya atau miskin. Kewajipan mengurus ekonomi terpikul di bahu pemerintah dan mereka pasti dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak.

Allahualam

-Olahan dari penulisan Faizul Ridzuan ,What are the reasons of RM free-fall -

Tuesday, December 1, 2015

SEKILAS MENGENAI AHBASH DAN WAHABI

Pihak berkuasa agama di Malaysia, juga di kebanyakan negara umat Islam di dunia ini sangat dipengaruhi oleh dua kelompok "mazhab aqidah" iaitu Ahbash yang dipopularkan oleh Abdullah Al Hariri yang dijoloki gelaran "Al Habshy " dan di satu pihak lain pula dikenali sebagai Wahabi, diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab, yang banyak mengambil pandangan Syaikul Islam, Ibnu Taimiyyah sebagai fahaman mereka.


Secara ringkas, Ahbash ini terkenal dengan slogan "Allah wujud tak bertempat", iaitu versi aqidah mereka yang sibuk mentafsirkan koordinat Allah dari ayat mutashabihat, berupa satu bentuk perbahasan ahli kalam yang muncul di kala daulah Islam bertembung dengan tamadun Barat khususnya Yunani dan Rome.


Wahabi pula mudah dikenali dengan versi membida'ahkan bermacam amalan yang wujud di tengah masyarakat, sesuai dengan sejarah kemunculan aliran mazhab ini yang berdepan dengan kecelaruan aqidah akibat terlalu banyak fahaman syirik menular di tengah kaum muslimin. Pendokong fahaman ini kemudiannya dipergunakan oleh British dalam misi mereka memisahkan Hijaz dari Khilafah Uthmaniah dan seterusnya mempertahankan dinasti Saud sehingga bumi Hijaz terus menyaksikan pelbagai siri pengkhianatan terhadap kaum muslimin, khususnya dalam siri penaklukan ke atas wilayah-wilayah kaum muslimin.


Aku tidak berminat menerangkan perbahasan yang berlaku di antara kedua puak ini sejak berdekad lamanya, sekadar untuk menjelaskan secara ringkas asal-usul kedua aliran mazhab aqidah ini. Persamaan mereka yang berlaku pada hari ini ialah, keduanya cenderung berbaik dengan golongan pemerintah, menjawat jawatan mufti dan penasihat agama kepada kerajaan sekular, dan membisu dalam banyak isu penting melibatkan kemaslahatan umat, khususnya siyasah (politik).


Kini, muncul harakah Islam dipanggil Hizbut Tahrir, yang berterus-terusan menyeru kepada penyatuan kembali seluruh wilayah kaum muslimin di bawah kekuasaan seorang Khalifah, amirul mukminin, maka kedua puak yang berseteru ini kelihatan bergabung menghadapi common enemy, persis kerjasama Russia dan Amerika dalam membunuh kaum muslimin di Syiria ketika ini.


Allah sebaik-baik penolong dan pembalas. Moga Allah menghancurkan pakatan musuh-musuh Islam, sekalipun mereka berselimut di bawah selimut pihak berkuasa agama ataupun mufti~!!!!

Saturday, November 14, 2015

Fajar Khilafah Dari Kota Yang Ranap

ISIS dicipta di kala rakyat Syria serta para pejuang dari Syam dan seluruh pelusuk dunia berkumpul di Syria dan melaungkan revolusi yang tidak sama seperti yang berlaku di wilayah-wilayah lain.
Mereka sepakat mahukan sebuah daulah Islam, iaitu KHILAFAH, lalu ISIS datang "out of thin air" lalu menobatkan diri sebagai KHILAFAH. Dengan wajah yang bengis dan menakutkan, dengan keanggotaan yang jelas tersangat jahil, sebahagian besar serangan tentera Basyar serta kuasa luar tidak disasarkan kepada ISIS sebaliknya kepada mujahideen lain.

Terbaru, ISIS dikaitkan dengan serangan di Paris, sesuai untuk menjadikan peristiwa ini sebagai "catalytic event" dalam menjayakan propaganda War On Islam, sekaligus memburukkan imej KHILAFAH di mata dunia. Beberapa perkara untuk diperhatikan di sini:
1. ISIS itu Khilafah palsu. Sama ada dari segi sistemnya, mahupun realitinya.
2. "Khilafah" versi ISIS terus disebut-sebut agar wajah khilafah diburukkan sebelum kaum muslimin sendiri mengenalinya
3. Panji Ar Rayah (panji hitam) yang digunakan ISIS kelihatan lebih menakutkan dari mana-mana lambang gangster atau angkatan tentera walhal ia sepatutnya dilihat sebagai panji keadilan dan keamanan kerana panji itulah yang menjadi kebanggaan tentera kaum muslimin yang membebaskan sebahagian dunia ini dari kekuasaan pemerintah yang zalim di zaman kegemilangan Islam dahulu.

Aku menjangkakan "Aus dan Khazraj" di zaman ini ialah gabungan mujahideen dan sebahagian anggota tentera yang ikhlas dari negeri-negeri umat Islam untuk menyokong tegaknya kembali Khilafah Ar Rashidah buat ke sekian kalinya nanti.

Insyallah, masanya sudah sangat dekat sehinggakan Amerika dan Russia yang selama ini bercakaran juga terpaksa bergabung bagi membendung bangkitnya gergasi yang tidak mungkin mampu mereka kalahkan itu nanti.... Harum fajar khilafah sudah dihidu oleh mereka yang menginfakkan diri mereka sepenuhnya kepada perjuangan ini.

Kita mungkin tidak sehebat A'la, berusia 10 yang menemui syahid di medan perang kerana melindungi jasad Rasulullah s.a.w dengan batang tubuhnya. Kita mungkin tidak sehebat ibunya yang penuh redha merelakan suami dan anak tersayang untuk syahid demi agama Allah. Curahkan segala yang termampu, mudah-mudahan Allah menerimanya sebagai amal soleh.

Sunday, November 8, 2015

Uqubat Islam selain Hudud

1. Jinayat: Penganiayaan atau penyerangan terhadap badan yang mewajibkan qishash (balasan setimpal) atau diyat (denda). Penganiayaan itu mencakup penganiayaan terhadap jiwa dan anggota tubuh. Maksud dari jinayat di sini adalah hukuman yang dijatuhkan atas penganiayaan tersebut. Dalam hukuman-hukuman dalam ‘uqubat terdapat hak seorang hamba. Dan selama berkaitan dengan hak hamba, maka bagi pemilik hak (shâhibul haq) boleh memberikan ampunan, dan menggugurkan haqnya. Allah Swt berfirman: “Dan barangsiapa mendapatkan kemaafan dari saudaranya.” (QS. al-Baqarah [2]: 178)

Dikeluarkan oleh Thabarâni, “Bahwa ‘Ali ra didatangi seorang lelaki muslim yang telah membunuh seorang ahlu dzimmiy, dan terbukti (bahwa lelaki itu pelakunya), kemudian beliau ra memerintahkan untuk membunuhnya, kemudian datanglah saudara (kafir dzimmiy) tersebut dan berkata, “Saya maafkan.” `Ali ra bertanya, “Apakah mereka mengancammu, menakut-nakutimu, atau menggertakmu? Lelaki itu menjawab, “Tidak! Akan tetapi pembunuhannya tidak aku terima, tetapi kemudian mereka menjelaskan kepadaku kemudian aku redha. Kemudian Ali ra berkata, “Kamu lebih tahu, barangsiapa di bawah perlindungan kami, darahnya seperti darah kami, diyatnya seperti diyat kami.”Ini menunjukkan bahwa kemaafan bagi pelaku penganiayaan dari shahibul haq mengugurkan hukuman (jinâyât) tersebut

2. Ta’zîr: Hukuman bagi kemaksiatan yang di dalamnya tidak ada had dan kifârat. Melakukan perbuatan maksiat perlu dilihat dahulu, apabila Allah Swt. telah menetapkan hukuman tertentu bagi kemaksiatan tersebut, maka ia termasuk ke dalam hudud.


3. Mukhâlafât: Hukuman yang dijatuhkan oleh penguasa kepada orang yang menentang perintah Khalifah atau wakilnya. Mukhâlafat tidak masuk dalam bab ta’zîr, sebab mukhâlafat bukanlah pelanggaran terhadap perintah Allah Swt. Sedangkan ta’zîr khusus bagi pelanggaran terhadap perintah-perintah dan larangan-larangan Allah Ta’ala. Ini termasuk melanggar peraturan jalan raya, peraturan racun dan lain-lain yang melibatkan kemaslahatan umum. Perintah Khalifah wajib ditaati selama mana ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Khalifah bebas melakukan ijtihad atau menggunapakai ijtihad dari mujtahid untuk memutuskan hukuman yang sesuai dalam uqubat dalam kes berbentuk Mukhâlafat ini.




Allahualam.


Sumber: Nidhamul 'Uqubat, karya Abdurahman Al-Maliki

Saturday, October 17, 2015

VIRTUAL TRADE VS REAL TRADE

Kebelakangan ini, aku berkesempatan berbual dengan ramai peniaga. Tauke Welly Batu Caves, tauke restoren, tauke hardware, pengusaha hotel, pemandu teksi dan bermacam lagi. Semuanya merungut dan merasai kesan tekanan ekonomi yang menyebabkan business mereka terjejas.

Mungkin sukar menggambarkan secara terperinci bagaimana domino effect kesan ekonomi global ke atas kedudukan ekonomi rakyat marhaen, tetapi apa yang dirasai sebenarnya kesan dari sistem ekonomi sekular kapitalis yang diterapkan ke atas kita semua.

Ia satu sistem ekonomi yang memastikan golongan kapitalis (pemodal) akan terus-menerus kaya, tanpa mempedulikan lagi beban ditanggung masyarakat secara keseluruhannya.

Salah satu kecacatan utama sistem ini (dari pelbagai kerosakan lainnya) ialah apabila urusniaga jual beli "modal" (stock market) dihalalkan, juga siebut VIRTUAL TRADE. Sebagai contoh, jika yang diurusniagakan itu modal perusahaan kambing, di dunia nyata mungkin kambing yang dimaksudkan itu tidak wujud langsung. Kelompangan ini bersandarkan spekulasi, tidak stabil malah sangat fragile.Kelompangan ini menyebabkan berlakunya kezaliman dalam transaksi yang dilakukan.

Dalam sistem ekonomi Islam, segala urusniaga mestilah REAL TRADE, iaitu perkhidmatan atau barangan yang diperdagangnya sewajibnya wujud dan transaksi berlaku 1:1, iaitu nilai yang dibayar dan produk yang diterima itu setimpal dan berlaku secara hakiki. Sistem ekonomi ini stabil dan saksama, sekaligus mengelakkan berlakunya krisis ekonomi yang parah dan berulang-ulang seperti kita saksikan hari ini. Islam mengharamkan kita berjual-beli buah durian hanya dengan berdasarkan bilangan bunga durian yang ada di pokoknya, atau berjual-beli anak kambing yang dalam kandungan induknya sehingga kambing itu dilahirkan.

Islam itu rahmatan lil alamin... Allah menurunkan Al Quran sebagai panduan untuk seluruh manusia sehingga muncul tamadun gergasi dari tanah gersang di tengah jazirah arab. Panduan dari Allah Yang Maha Pencipta sahajalah yang akan menyelamatkan seluruh umat manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Pencipta.
Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri,” [QS an-Nahl: 89]


Allahualam.



Tuesday, October 6, 2015

Tabung Buluh

Kisah seperti yang diceritakan Dr Azizan Osman dalam Seminar IMKK Oktober 2015.....

Seorang lelaki berpangkat dato pergi bertemu dengan Dr Azizan untuk mendapatkan nasihat
mengenai perniagaannya yang seakan "tepu", tidak mampu berkembang lagi. Selalu gagal mendapatkan tender-tender perniagaan yang diharapkan sekalipun segala usaha berserta strategi telah dilakukan.

Dalam pertemuan itu, Dr Azizan bertanya kepada dato tu bagaimana hubungannya dengan keluarga. Dia terdiam dan berlalu pergi.

Lebih-kurang seminggu selepas itu, dia datang tergesa-gesa ke pejabat Dr Azizan, meluru masuk dan memeluk kemas Dr Azizan. Dia menangis semahunya. Bila ditanya, begini kisahnya....

Sewaktu dia dalam usia belasan tahun, bapanya seorang kaki judi. Selalu memukul ibunya dan adik beradik. Dia memiliki sebuah tabung buluh yang digunakan untuk menyimpan wang bagi membeli sesuatu yang dia hajati.

Satu hari, sewaktu bangun dari tidur, dia dapati tabungnya tida ada ditempat ia disimpan. Setelah tercari-cari, didapati tabung itu berada di atas meja di mana ayahnya sedang bermain judi.

Tanpa banyak bicara, dia menumbuk bapanya dan terus lari dari rumah. Sehingga berpuluh tahun kemudian, dia memang tidak berbicara dengan bapanya itu, sehinggalah hari itu, dia pulang, dan nekad untuk bersua dengan bapanya. Sebaik saja si bapa masuk ke rumah, terus dia berlutut memohon maaf. Bapa yang pada mulanya enggan memaafkan, akhirnya meleraikan juga dendam sengketa yang sudah lama membelenggu mereka berdua.

Dia tanya, "kenapa ayah ambil tabung saya, tapi tak ambil sikit pun wang saya di dalamnya?"

Jawab si Ayah, "Ayah ambil tabung tu sebab nak tunjuk kepada kawan-kawan, betapa ayah bangga dengan anak sulung ayah yang tahu berjimat cermat dan menabung..."

Rupanya, semuanya berlaku hanya sebab salah faham. Tak berapa lama selepas itu, rezki mencurah-curah diperoleh oleh lelaki itu.

Sesuatu yang kelihatan tidak ada kaitan, iaitu kekusutan dendam dengan kejayaan perniagaan, namun sebenarnya ada perkaitan yang kita tak mampu faham dengan penaakulan biasa sebagai manusia. Sebab, segala sesuatu itu adalah dalam pengaturan Rob Yang Maha Pencipta.

Leraikan dedam, berikan kemaafan. Mudah-mudahan, ia tidak menjadi beban buat kita dalam usaha mencapai kejayaan hidup.


Sunday, September 6, 2015

Anak Kecil Ini

ANAK KECIL INI


Telah kering air mataku                                              

Lapar pun tak terasa
Tatkala malam menjelang
Dinginnya bukan kepalang
Segeralah siang
Kerana malam terlalu kelam


Ayah, ibu... andai kau masih hidup
.... aku di sini
bertemankan batu batu konkrit dan debu
menunggu waktu


comelku tiada siapa yg puji
petah bicaraku tiada siapa yg peduli
sakit demamku sendiri


dunia ini terlalu sepi
alam ini terlalu sunyi
akukah yg tuli
atau penghuninya yg sedang tidur dibuai mimpi


kenapa aku terus hidup
sedang jiwaku telah lama mati


Ya Allah ya rabbi
Dari Mu dan kepada Mu
Aku datang dan kembali
Ampunkan daku
Aku hanya anak kecil yg tak mengerti



Kamaruzzaman, Port Dickson 25.08.2015

Tuesday, September 1, 2015

Mazhab Taat Pemerintah

1. "Barangsiapa yang ingin menasihati penguasa tentang sesuatu urusan, maka janganlah ia zahirkan nasihatnya itu kepadanya secara terang-terangan (di depan umum). Akan tetapi hendaklah ia memegang tangannya, lalu ia bersembunyi dengannya (yakni nasihati dia secara sembunyi tidak ada yang mengetahuinya kecuali engkau dan dia). Maka kalau dia menerima nasihatnya, maka itulah (yang dikehendaki). Tetapi kalau dia tidak mau menerima nasihatnya, maka sesungguhnya ia telah menunaikan kewajiban menasehatinya.”

[Hadits Shahih. Telah dikeluarkan oleh Ahmad (3/403-404 no.15408 dan ini lafazhnya) dan Ibnu Abi ‘Ashim di kitabnya “As Sunnah” (no.1096, 1098 & 1099) dan lain-lain]

2. Dahulu, Bani Israel dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para Nabi. Setiap kali seorang Nabi meninggal, digantikan dengan Nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada Nabi sesudahku. (tetapi) nanti akan ada ramai Khalifah’. Para sahabat bertanya: ‘Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?’ Baginda menjawab: ‘Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu sahaja”  [Dikeluarkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah].

3. “Dikatakan, wahai Rasulullah, apakah kami harus memerangi mereka dengan pedang? Rasulullah menjawab, ‘Tidak, selama mana mereka mendirikan solat (menegakkan hukum Islam) di antara kamu” [HR Muslim].

4. “Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Tiga golongan yang tidak diajak berbicara oleh Allah pada Hari Kiamat dan tidak dilihatnya serta tidak diakuinya, bahkan bagi mereka siksa yang sangat pedih iaitu:

Pertama: Seseorang yang mempunyai air melimpah di tengah padang pasir dan tidak mahu memberi minum kepada seorang ibnu sabil yang kehausan.

Kedua: Seseorang menjual jualannya kepada orang lain setelah waktu Asar, kemudian bersumpah dengan nama Allah dan mengatakan bahawa dia pasti akan mengambilnya dengan harga sekian. Lalu dia (pembeli) percaya sahaja, padahal kenyataannya tidaklah demikian.

Ketiga: seseorang membuat janji setia kepada pemimpin kerana tujuan duniawi semata, bila diberi sesuatu dia menepati janji setianya, tetapi jika tidak diberi, maka dia pun ingkar (mengkhianati) pada janji setianya (kerana tidak puas hati)”. (Hadis Riwayat Bukhari, 13/201 dan Muslim, 1/103)

5. Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh minum (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh" minum bersamaku di telaga khautsar. [Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya]


6. Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunahku dengan panduan sunahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (fasik). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu”. [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim].

Aku wasiatkan hendaklah kalian bertaqwa kepada Allah, mendengar dan taat kendati kalian diperintah oleh seorang budak, karena orang-orang yang hidup sepeninggal kalian akan melihat pertentangan yang banyak. Maka, hendaklah kalian berpegang teguh pada sunnahku dan sunnah para khulafaur-rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku. Gigit (pegang erat) sunnah tersebut dengan gigi geraham. Tinggalkanlah hal-hal yang baru, karena setiap bid’ah adalah sesat”

[Diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 4607; At-Tirmidzi no. 2676; Ahmad 4/126-127; Ad-Darimi 1/44; Ibnu Majah no. 43,44; Ibnu Abi ‘Ashim dalam As-Sunnah no. 27; Ath-Thahawi dalam Syarh Musykilil-Atsar 2/69; Al-Baghawi no. 102; Al-Ajjuri dalam Asy-Syari’ah hal. 46; Al-Baihaqi 6/541; Al-Lalika’i dalam Ushulul-I’tiqad no. 81; Al-Marwadzi dalam As-Sunnah no. 69-72; Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah 5/220, 10/115; dan Al-Hakim 1/95-97]

7.  “Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai hujjah (alasan)”. (Hadis Riwayat Muslim. Kitabul Imarah, syarah Nawawi 12/240)

8.  Dari Ziyad bin Kusaib al-Adawi dia berkata: Aku pernah berada di bawah mimbar Ibnu Amir bersama Abi Bakrah, ketika itu dia berkhutbah dengan mengenakan pakaian yang sangat tipis, dengan sepontan Abu Bilal berkata: Lihatlah penguasa kita memakai pakaian orang fasik. Maka Abu Bakrah berkata: Diamlah engkau! Saya telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa menghina penguasa Allah di bumi, nescaya Allah akan menghinakannya” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
 

9. "Dari Wail radiallahu 'anhu berkata: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan mereka meminta hak mereka dari kami? Baginda menjawab: (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka apa yang mereka kerjakan dan atas kamu apa yang kamu kerjakan". (Hadis Riwayat Muslim, 1846)


Kesemua hadis ini berserta banyak lagi hadis lain antara dalil yang mewajibkan seseorang itu taat kepada pemerintah, berhati-hati dalam menyangah kezaliman pemerintah dan keutamaan lain pada seorang pemerintah kaum muslimin. Walaubagaimanapun, sekiranya makna hadis-hadis ini sekadar dibaca pada makna perkataannya sahaja, maka ia kelihatan bertentangan dengan banyak hadis lain, antaranya:

1.  “Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu (hendaklah ia mengubahnya) dengan lisannya, jika tidak mampu, dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman” [HR Muslim]. 

2. Penghulu syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutallib dan orang-orang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim, memerintahkannya kepada kemakrufan dan melarangnya dari kemungkaran, kemudian dia (pemimpin tersebut) membunuhnya” [HR Hakim].

3. “Jihad yang paling agung adalah menyatakan kalimat yang hak di hadapan penguasa yang jahat/zalim” [HR Abu Daud].

4. “Ketahuilah bahawa roda Islam itu akan terus berputar, maka ikutilah roda Islam itu di mana sahaja ia berputar. Ketahuilah bahawa Al-Quran dan kekuasaan akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah daripada Al-Quran. Ketahuilah bahawasanya kamu akan dikuasai oleh para penguasa yang memutuskan perkara hanya untuk kepentingan mereka sahaja dan bukan untuk kepentingan kamu. Jika kamu mengingkari perintah mereka, maka mereka akan membunuhmu dan jika kamu mematuhi mereka, maka mereka akan menyesatkan kamu. ‘Para sahabat bertanya, ‘Apa yang harus kami lakukan wahai Rasulullah?’ Jawab Nabi SAW, ‘Lakukanlah seperti para sahabat Isa bin Maryam as. Mereka telah digergaji dengan gergaji dan digantung di atas kayu (salib). Sesungguhnya mati kerana mentaati Allah adalah lebih baik daripada hidup dengan melakukan maksiat kepada Allah.” [HR At Tabrani]

5. “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga). [HR Ahmad, al-Nasai, dan at-Tirmizi] Hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.

Dan banyak lagi....

Berikut adalah beberapa kaedah dalam memahami isu ini:

1. Takrif "pemerintah" dalam hadis-hadis ini merujuk kepada KHALIFAH yang dibaiat oleh kaum muslimin secara sah

2. Makna "solat" dalam hadis merujuk kepada menerapkan syariat Islam, iaitu sistem Khilafah dan seluruh juzuk sistem Islam lainnya.

3. Terdapat banyak kisah dari sirah sama ada kisah para sahabat yang memuhasabah para khalifah secara terang-terangan. termasuk kisah masyhur mengenai Salman Al Farisi RA dan Umar Al Khattab RA:

Khalifah Umar bin al-Khattab suatu hari pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata:

Wahai manusia dengarlah!” Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: “Kami tidak mahu dengar”. Lantas Umar bertanya: Kenapa wahai Salman?” Jawabnya: Engkau berikan kamu semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai”. Kata ‘Umar: “Jangan tergesa-gesa wahai Salman”. Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. Kata Umar: aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku”. Jawabnya: Ya!. Maka kata Salman: “Sekarang kami akan dengar”. (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).

Perbuatan ini dilakukan secara terbuka oleh Salman dan para sahabat lainnya mendiamkan saja, merujuk kepada mereka setuju akan perbuatan Salman.

4. Adapun perkara yang dimuhasabah secara umum hanyalah perkara yang menyangkut kemaslahatan umum, dan bukan perkara peribadi. 

Allahualam.

Tuesday, August 11, 2015

Benarkah Imam Mahdi Yang Akan Mendirikan Khilafah?

Soalan:

Keyakinan kaum Muslim akan kembalinya Khilafah ‘ala Minhaj Nubuwwah semakin meningkat. Namun, ada sebagian yang percaya, bahwa Khilafah akan berdiri sendiri, karena sudah merupakan janji Allah. Caranya, dengan menurunkan Imam Mahdi. Pertanyaannya, benarkah Imam Mahdi yang akan mendirikan Khilafah? Ataukah kaum Muslim yang mendirikannya, kemudian lahirlah Imam Mahdi?


Jawapan:

Pertama: Kalaupun ada hadis yang menunjukkan Imam Mahdi akan mendirikan Khilafah, maka hadis tersebut tetap tidak boleh dijadikan alasan untuk menunggu berdirinya Khilafah. Sebab, berjuang untuk menegakkan Khilafah hukumnya tetap wajib bagi kaum Muslim, sebagaimana hadis Nabi saw.:

مَنْ خَلَعَ يَدًا مِنْ طَاعَةِ اللهِ لَقِيَ اللهَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لاَحُجَّةَ لَهُ، وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِيْ عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّةً

Siapa saja yang melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, niscaya dia akan menjumpai Allah pada Hari Kiamat tanpa mempunyai hujah. Siapa saja yang mati, sedangkan di atas pundaknya tidak terdapat baiat, maka dia mati dalam keadaan jahiliah. (HR Muslim).1

Manthûq hadis di atas menyatakan, “Siapa saja yang mati, ketika Khilafah sudah ada, dan di atas pundaknya tidak ada baiat, maka dia mati dalam keadaan jahiliah.” Atau “Siapa yang mati, ketika Khilafah belum ada, dan dia tidak berjuang untuk mewujudkannya, sehingga di atas pundaknya ada baiat, maka dia pun mati dalam keadaan mati jahiliah.”

Karenanya, kewajiban tersebut tidak akan gugur hanya dengan menunggu datangnya Imam Mahdi.

Kedua: Memang banyak hadis yang menuturkan akan lahirnya Imam Mahdi, namun tidak satu pun dari hadis-hadis tersebut menyatakan bahwa Imam Mahdilah yang akan mendirikan Khilafah. Hadis-hadis tersebut hanya menyatakan bahwa Imam Mahdi adalah seorang khalifah yang salih, yang akan memerintah dengan adil, dan akan memenuhi bumi dengan keadilan, sebagaimana sebelumnya telah dipenuhi dengan kezaliman dan penyimpangan. Abi Said al-Hudhri ra. berkata, bahwa Nabi saw. pernah bersabda:

لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى تَمْتَلِيءَ الأَرْضُ ظُلْمًا وَعُدْوَانًا، ثُمَّ يَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِيْ أَوْ عِتْرَتِيْ فَيَمْلَؤُهَا قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَعُدْوَانًا

Hari Kiamat tidak akan tiba, kecuali setelah bumi ini dipenuhi dengan kezaliman dan permusuhan. Setelah itu, lahirlah seorang lelaki dari kalangan keluargaku (Ahlul Bait), atau keturunanku, sehingga dia memenuhi dunia ini dengan keseimbangan dan keadilan, sebagaimana sebelumnya telah dipenuhi dengan kezaliman dan permusuhan. (HR Ibn Hibban).2

Dalam riwayat lain, Abdullah menuturkan bahwa Nabi Rasulullah saw. bersabda:

لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يَمْلِكَ النَّاسَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِىءُ اسْمَهُ اسْمِي وَاسْمَ أَبِيْهِ اسْمُ أَبِيْ فَيَمْلَؤُهَا قِسْطًا وَعَدْلاً

Hari Kiamat tidak akan tiba, kecuali setelah manusia ini diperintah oleh seorang lelaki dari kalangan keluargaku (Ahlul Bait), yang namanya sama dengan namaku, dan nama bapaknya juga sama dengan nama bapakku. Dia kemudian memenuhi dunia ini dengan keseimbangan dan keadilan. (HR Ibn Hibban).3

Ketiga: Hanya saja, terdapat riwayat yang menyatakan, bahwa Imam Mahdi tersebut lahir setelah berdirinya Khilafah, bukan sebelumnya. Ummu Salamah menyatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda:

يَكُوْنُ اخْتِلاَفٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيْفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ المَدِيْنَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيْهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيَخْرُجُوْنَهُ وَهُوَ كاَرِهٌ فَيُبَايِعُوْنَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنَ الشَّامِ فَيُخْسِفَ بِهِمْ بِالبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالمَدِيْنَةِ فَإِذَا رَأَى النَّاسُ ذَلِكَ أَتَاهُ أَبْدَالُ الشَّامِ وَعَصَائِبُ أهْلِ العِرَاقِ فَيُبَايِعُوْنَهُ، ثُمَّ يَنْشَأُ رَجُلٌ مِنْ الشَّامِ أَخْوَالُهُ كَلْبٌ فَيَبْعَثُ إِلَيْهِمْ بَعْثًا فَيُظْهِرُوْنَ عَلَيْهِمْ وَذَلِكَ بَعْثُ كَلْبٍ وَالْخَيْبَةِ لِمَنْ لَمْ يَشْهَدْ غَنِيْمَةَ كَلْبٍ فَيُقَسِّمُ المَالَ وَيَعْمَلُ فِي النَّاسِ.. وَيُلْقِيَ الإِسْلاَمَ بِجِرَانِهِ فِي الأَرْضِ فَيَلْبَثُ سَبْعَ سِنِيْنَ ثُمَّ يَتَوَفَّى وَيُصَلِّى عَلَيْهِ الُمسْلِمُوْنَ وَفِي رِوَايَةٍ فَيَلْبَثُ تِسْعَ سِنِيْنَ

Akan muncul pertikaian saat kematian seorang khalifah. Kemudian seorang lelaki penduduk Madinah lari diri ke Kota Makkah. Penduduk Makkah pun mendatanginya, seraya memintanya dengan paksa untuk keluar dari rumahnya, sementara dia tidak mau. Lalu mereka membaiatnya di antara Rukun (Hajar Aswad) dan Maqam (Ibrahim). Disiapkanlah pasukan dari Syam untuknya hingga pasukan tersebut meraih kemenangan di Baida’, tempat antara Makkah dan Madinah. Tatkala orang-orang melihatnya, dia pun didatangi oleh para tokoh Syam dan kepala suku dari Irak, dan mereka pun membaiatnya. Kemudian muncul seorang (musuh) dari Syam, yang paman-pamannya dari suku Kalb. Dia pun mengirimkan pasukan untuk menghadapi mereka, lalu Allah memenangkannya atas pasukan dari Syam tersebut, Pasukan itu adalah pasukan (yang didorong oleh ambisi) suku Kalb dan itulah kekalahan bagi orang yang tidak mendapatkan ghanîmah Kalb. Al-Mahdi lalu membagi-bagikan harta-harta tersebut dan bekerja di tengah-tengah masyarakat… menyampaikan Islam ke wilayah di sekitarnya. Tidak lama kemudian, selama tujuh tahun, dia pun meninggal dunia, dan dishalatkan oleh kaum Muslim (Dalam riwayat lain dinyatakan, tidak lama kemudian, selama sembilan tahun). (HR ath-Thabrani)

Hadis di atas dengan jelas menyatakan, bahwa akan lahir khalifah baru setelah meninggalnya khalifah sebelumnya. Sebagaimana yang dinyatakan dalam ungkapan:

يَكُوْنُ اخْتِلاَفٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيْفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ

Akan muncul pertikaian saat kematian seorang khalifah. Kemudian keluarlah seorang lelaki..” (HR ath-Thabrani).

Dengan demikian, pandangan yang menyatakan bahwa Imam Mahdilah yang akan mendirikan Khilafah Rasyidah Kedua jelas merupakan pandangan yang lemah. Demikian juga pandangan yang menyatakan bahwa tidak perlu berjuang untuk menegakkan Khilafah, karena tugas itu sudah diemban oleh Imam Mahdi, sehingga kaum Muslim sekarang tinggal menunggu kedatangannya, adalah juga pandangan yang tidak berdasar.

Jadi, jelas sekali bahwa Imam Mahdi bukanlah orang yang mendirikan Khilafah, dan dia bukanlah khalifah yang pertama dalam Khilafah Rasyidah Kedua yang insya Allah akan segera berdiri tidak lama lagi.

Karena itulah, tidak ada pilihan lain bagi setiap Muslim yang khawatir akan mati dalam keadaan jahiliah, selain bangkit dan berjuang bersama-sama para pejuang syariah dan Khilafah hingga syariah dan Khilafah tersebut benar-benar tegak di muka bumi ini. Allâhu akbar! [Ust Hafidz Abdurrahman]

Monday, August 10, 2015

Tidur Lepas Subuh Tercela?


Ada beberapa mesej "dakwah" yang disebarluas di applikasi whats app berkenan dengan keburukan tidur selepas subuh terutama dalam bulan Ramadhan. Kecenderungan menghina sehingga dikatakan perbuatan itu seperti menjadi bangkai anjing, merujuk kononnya perbuatan itu teramat jelek...

Tidak perlu diperbahaskan lagi, perbuatan tidur lepas subuh tu mubah (harus) dalam hukum Islam selama mana tidak meninggalkan kewajipan. Dalam menjustifikasi sesuatu perbuatan, harus diperhatikan unsur di luar perbuatan itu terlebih dahulu. Ada orang tidur lepas subuh selepas semalaman berqiamulail, bertahajud, beribadat sepanjang malam. Ada pula ibu-ibu menyusukan anak di malam hari, melayan anak yang sakit dan sebagainya. Ada pula pekerja yang memang kerja shift malam, jadi mereka akan tidur selepas subuh. Ada pula orang yang akan bekerja dari pagi sehingga malam, tidur seketika bagi menghilangkan mengantuk sebab sepanjang hari dia akan sibuk dengan pelbagai urusan yang penting dan tak ada masa untuk rehat. Maksudnya, selama mana Islam tidak mengharamkan sesuatu perbuatan, tidak perlulah melampaui batas mencela. 

Allah lah meletakkan hukum mubah, sunat (mandub), wajib dan makruh tu pada tempatnya. Dengan memerhatikan unsur di luar perbuatan, barulah kita fahami kenapa dalam kadaan tertentu, perbuatan membunuh (sebagai contoh) jadi sangat tercela, dan dalam masa yang sama menjadi mulia bahkan kewajipan dalam situasi yang lain.



وخرج ابن أبي شيبة في مصنفه ( 5/223 رقم 25454 ) من حديث أبي يزيد المديني قال : غدا عمر على صهيب فوجده متصبّحاً ، فقعد حتى استيقظ ، فقال صهيب : أمير المؤمنين قاعد على مقعدته ، وصهيب نائم متصبّح !! فقال له عمر : ما كنت أحب أن تدع نومة ترفق بك .

Dari Abu Yazid al Madini, “Pada suatu pagi Umar pergi ke rumah Suhaib namun Suhaib sedang tidur pagi. Umar pun duduk menunggu sehingga Suhaib bangun”. Ketika bangun Suhaib berkomentar, “Amirul mukminin duduk menunggu sedangkan Suhaib tidur pagi”. Umar mengatakan, “Aku tidak suka jika kau tinggalkan tidur yang bermanfaat bagimu”. [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah no 25454].

الحسن ما حسنه الشرع والقبيح ما قبحه الشرع

Yang terpuji adalah apa yang dipuji oleh syarak dan yang tercela adalah apa yang dicela oleh syarak. Selagi tiada dalil celaan dan tiada pula pujian, ia akan tetap kepada yang asal iaitu mubah dalam konteks umum perbuatan jibiliyyah(tidur).

Cuma sebahagian daripada salafussoleh tidak menyukai tidur setelah subuh sedangkan ada yang berbuat spt itu seperti Suhaib r.a

Allahualam.

Tuesday, July 21, 2015

Hukum Syarak dan Hukum Wara'

Berlegar di ruangan media sosial selepas raya ini berkenaan dengan "larangan" mengambil gambar bersama isteri dan anak-anak dan taruk kat media sosial. Kononnya, haram "menayang isteri" di khalayak. Kononnya, ia perbuatan tercela, dan bertali arus asatizah segera berhukum dan menghukum sehingga kelihatan muncul "ijtihad baru" iaitu wanita haram bergambar, diambil gambar, bahkan lebih extreme lagi, wanita tidak boleh muncul di khalayak. Mana diorang kutip hukum aku tak tau lah....

Di sini, perlu terlebih dahulu kita perhatikan hukum asal berkenaan dengan tabarruj, batas aurat dan sebagainya sebelum cepat menghukum.

 Kita perhatikan apa itu Tabarruj:

Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan;
“Wa al-tabarruj: idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal (tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menarik perhatian laki-laki bukan mahram.”

1. Mengenakan Pakaian Tipis dan Ketat

“Termasuk tabarruj, seorang wanita yang mengenakan pakaian tipis yang menampakkan warna kulitnya.  Inilah yang dimaksud dengan sabda Rasulullah saw yang terdapat di dalam hadits shahih, “Betapa banyak wanita-wanita yang telanjang, berpakaian tipis merangsang,  dan berlenggak-lenggok.  Mereka tidak akan masuk ke dalam surga dan mencium baunya.” [HR. Imam Bukhari].

2.  Mengenakan Wangian Di Hadapan Lelaki yang bukan Mahram

“Siapa saja wanita yang mengenakan bakhur, janganlah dia menghadiri solat ‘Isya’ yang terakhir bersama kami.”[HR. Muslim]

3. Berhias terhadap lelaki-lelaki asing (bukan mahram atau suaminya)

“Seorang wanita dilarang berhias untuk selain suaminya.” [HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, dan al-Nasaaiy]

4. Berdandan Berlebihan

“Janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”[Al-Nuur:31]

5. Membuka Sebahagian Aurat

“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti bonggol unta.  Mereka tidak akan dapat masuk ke syurga dan mencium baunya.  Sedangkan, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]

6. Menghilangkan Tahi Lalat dan Meratakan Gigi

“Allah melaknat orang yang membuat tahi lalat, dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat, orang yang menukur keningnya, dan orang yang memangur giginya (meratakan gigi dengan alat) dengan maksud untuk memperindah dengan mengubah ciptaan Allah”.  Kemudian Ummu Ya’qub menegurnya,”Apa ini?”  Ibnu Mas’ud ra berkata, “Mengapa saya tidak mengutuk orang yang dikutuk oleh Rasulullah saw; sedangkan di dalam kitab Allah, Allah swt berfirman, “Apapun yang disampaikan oleh Rasul kepadamu, laksanakanlah dan apa pun yang dilarangnya maka jauhilah”.[HR. Bukhari dan Muslim]

Sekiranya 6 syarat ini tidak dilampaui, maka tidak ada salahnya untuk seorang muslimah mengenakan pakaian yang elok, dan muncul dalam masyarakat dengan penampilan yang wajar (menurut syarak).

Perlu difahami di sini, terdapat perbezaan hukum "syarak" dan hukum "wara". Menurut Imam Al Ghazali, dalam kitabnya minhajuabideen, sekalipun hukum syarak membenarkan, ianya MENJADI PILIHAN untuk individu tertentu menjaga batas melebihi kadar yang ditetapkan syarak UNTUK DIRINYA SENDIRI, maka batas perbuatannya lebih ketat berbanding masyarakat umum. Contoh dalam konteks ini, muslimah lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding di luar.

Adillah dalam menghukum. Tidak ada keperluan untuk mengenakan hukum warak kepada seluruh masyarakat, bahkan ianya dilarang oleh Imam Al Ghazali sendiri kerana dibimbangi, umat manusia akan menjauhi Islam kerana takut akan larangan yang sangat ketat. Bukan semua orang mampu memahami ilmu tasauf dan tasauf tidak akan mampu difahami tanpa terlebih dahulu memahami hukum syarak.

Sekadar pandangan peribadi dari insan fakir.

Allahualam.


Monday, July 20, 2015

Drama Politik Malaysia Pasca PRU-13

Sekadar ingin memberi pandangan berkenaan dengan kemelut yang berlaku dalam harakah Islam terbesar di Malaysia kebelakangan ini:

1. Di satu sisi, ada penyokong PAS teramat marah dengan penubuhan Gerakan Harapan Baru yang menyatakan perjuangan mereka ialah perjuangan Islam, tetapi lebih "mesra Pakatan". Mereka juga marah dengan kemunculan sebarang gerakan Islam selain PAS kerana beranggapan, ia merupakan satu manifestasi perpecahan. Sebenarnya, di dalam Islam, tidak ada haramnya menubuhkan kutlah politik yang banyak, tetapi syaratnya mestilah memperjuangkan Islam semata-mata dan bukan selainnya. Adapun berkenaan dengan isu pilihanraya, kekuasaan dalam pilihanraya langsung tidak bererti malah berdosa sekiranya kemenangan itu membawa kepada kemungkaran (berhukum dengan taghut)

2. Di satu sisi, kemunculan GHB ini pula adalah respond kekecewaan terhadap kepimpinan PAS. Idea kerajaan perpaduan (UG) dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap idealisme perjuangan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tidak merelakan penyatuan UMNO dengan PAS. Juga kekecewaan terhadap ketegasan PAS dengan prinsip memperjuangkan perlaksanaan hudud. Mereka mengutamakan kemenangan PRU dan menumbangkan musuh politik melebihi prinsip perjuangan Islam yang kononnya mereka dokongi.

3. DAP sebagai parti ultra kiasu cina, tidaklah sesuatu yang menghairankan sekiranya mereka tidak selesa sekiranya PAS bergabung dengan UMNO, kerana kedua parti terbesar kaum melayu ini sekiranya bersatu akan menjadi ancaman bagi mereka. Adalah lebih mudah menghadapi PAS dan UMNO sebagai dua puak yang bertelagah berbanding keduanya bersatu.

4. Idea UG merupakan sesuatu yang bersifat pragmatik bagi PAS kerana setelah berulangkali dipermainkan UMNO, dan kegagalan menguasai kerajaan melalui PRU, membentuk kerajaan perpaduan merupakan jalan singkat mencapai kekuasaan. Namun perlu diingat, UMNO yang juga merupakan puak ultra kiasu melayu tidak mungkin mengkompromi kepentingannya dan tidak mustahil PAS ditipu sekali lagi sekiranya memilih untuk bergabung dengan UMNO kali ini.

5. UMNO yang semakin lemah di bawah kepimpinan Najib, malah ditentang oleh akar umbi parti sendiri sememangnya memerlukan talian hayat dalam meneruskan kelangsungannya. Maka, UMNO akan menyambut baik idea UG demi survival politik, dan bukan sebaliknya benar-benar mengutamakan kesatuan melayu, apalagi demi Islam. Umum sudah mengetahui, UMNO lah yang banyak mengkhianati perjuangan Melayu dan Islam.

6. Rakyat umum melihat, kemelut yang berlaku ini penuh dengan kekliruan, seolah pimpinan hilang pedoman, tamak kuasa, tidak konsisten dalam pendirian polilik. Kemenangan PRU akan datang, sama ada UMNO-BN tumbang kerana kemelut dahsyat yang sedang menyelubungi UMNO sekarang ini, tidak memungkinkan muncul kerajaan yang stabil dari pembangkang yang tidak habis-habis bercakaran sesama sendiri dan dipalit pelbagai krisis yang memualkan.

7. Tidakkah sudah tiba masanya kita mencampakkan segala slogan asobiah, wathaniah, dan segala sistem kufur yang lahir dari ideology kufur dan berjuang mengembalikan kehidupan Islam di atas minhaj kenabian, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w?


Wednesday, July 1, 2015

United Malay National Organisation


UMNO (United Malay National Organisation) ditubuhkan pada 11 May 1946 apabila gabungan pertubuhan dan persatuan Melayu ketika itu bersepakat menentang rancangan Malayan Union. UMNO begitu dekat di hati rakyat ketika itu sebagai satu wadah membela orang Melayu dan agama Islam (walaupun kefahaman Islam ketika itu tersangat kabur dek penjajahan yang sekian lama). 

Apa yang dirasakan sebagai "kebangkitan" ketika itu anehnya diterima oleh penjajah British, malah tidak kurang pula bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Malaya berusaha membantu perjuangan UMNO. Di pendekkan cerita, Malaysia pun merdeka di atas semangat kompromi masyarakat berbilang kaum, dan menjadi sebuah negara sekular dengan perlembagaan yang diambil dari British, yang draf asalnya merupakan salinan kepada perlembagaan negara India yang sebelum itu dimerdekakan oleh British.                                             

Beberapa perkara jarang diperhatikan:

1. UMNO merupakan parti qaumiyyah, iaitu parti berasaskan kaum. Ini salah satu racun yang membunuh kekuatan empayar Khilafah dan kesatuan kaum muslimin. Maka, penubuhan UMNO sememangnya selari dengan tujuan memecah-belahkan kesatuan kaum muslimin di atas nama bangsa.

2. Setelah beberapa generasi berlalu, semangat kemelayuan (kebangsaan) semakin pudar. Itu sebenarnya fitrah kerana semangat ini memerlukan rangsangan luar iaitu ancaman untuk diaktifkan. Tanpa ancaman, maka semangat ini akan beku. Ia semangat semata-mata tanpa diasaskan dari pemikiran yang jernih kerana pemikiran yang jernih pasti mengakui, adalah mustahil manusia boleh disatukan berasaskan kaum kerana Allah menciptakan manusia berbilang kaum. Ia bukan kesatuan tetapi perpecahan!!!

3. Kekuatan umat Islam ialah pada aqidah yang menyatukan mereka. Bagaimana mungkin, racun yang mematikan kesatuan aqidah umat Islam boleh diharap agar membangkitkan umat ini? Sungguh ia satu khayalan yang menipu!!!

Tuesday, June 23, 2015

Bagaimana menegakkan Khilafah di luar sistem demokrasi?

Berikut adalah beberapa marhalah (tahapan) yang diringkaskan untuk memudahkan kefahaman:
1. Takatul hizby (marhalatu at-tasqif)- Pembentukan kelompok politik yang bergerak di tengah umat menyampaikan ideology Islam (kerja politik merupakan amal jamaie) dan pengkaderan anggota parti yang bersedia menunaikan kewajipan dakwah.
2. Dharbul a'laqat( marhalatu at-tafaul ma’a al-ummah) - Berinteraksi dengan umat dan memutuskan wala kepada sistem kufur
3. Kifahu siyasi- Pertarungan politik di mana ideology politik pasti dicabar, ditentang oleh musuh dari segenap penjuru termasuk juga tentangan dari kaum muslimin sendiri kerana tidak faham, mahupun kerana kemunafiqan.
4. Thalab an nusrah- Mendapatkan dokongan angkatan bersenjata bagi menjamin sustainability kerajaan Islam yang akan dibentuk (rujuk baiatul Aqabah)
5. Istilamu al-hukmi - menerapkan Islam secara kaffah dan menyebarluas Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad


Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan

Selama pemerhatianku, Hizbut Tahrir ialah hizby siyasi, iaitu parti politik yang seluruh aktivitinya tertumpu kepada aktiviti politik dan membongkar kerosakan yang berlaku dalam realiti sistem hidup yang tidak bertunjangkan aqidah Islam serta menawarkan solusi bagi permasalahan yang ada dengan solusi dari Islam. Matlamat Hizb ialah mengembalikan kehidupan Islam dengan menegakkan kembali institusi yang melaksanakannya iaitu KHILAFAH.

Hizb beraktiviti di seluruh dunia tanpa kekerasan bahkan menolak method mengambil-alih kekuasan menggunakan senjata, dalam masa yang sama menolak sistem demokrasi yang diasaskan dari aqidah sekular.

Di wilayah manapun Hizb beraktiviti, ideanya sama, thoriqohnya (method) sama, hanya uslub (teknik) yang berbeza. Contohnya, di Malaysia, anggota Hizb mengedarkan risalah Sautun Nahdah, di tempat lain mereka menggunakan pendekatan lain. Matlamatnya ialah pembinaan kesedaran umum dengan idea-idea parti yang merujuk kepada Islam semata-mata.

Tanpa sikap pragmatik, Hizb tidak obses kepada keahlian yang ramai, populariti murahan, dan umat Islam lah yang sukarela memilih untuk bergabung dengan Hizb dan meletakkan diri dalam saf perjuangan tanpa mengharapkan pangkat, kekayaan, atau sebarang laba dunia.
Jauh lebih berat dari itu, di sesetengah wilayah, hibiyeen (anggota parti) berdepan dengan segala macam mehnah dan tribulasi sehingga ada yangdiugut, dipenjara, diculik, diseksa, bahkan dibunuh kerana menyampaikan seruan kepada Islam.

Perjuangan Hizb melampaui sempadan nation state yang dilakar penjajah dengan menganggap umat Islam adalah satu kesatuan sebagaimana kiblat kita satu, tuhan kita satu, nabi kita satu, aqidah kita satu.

Maka idea dari seruan-seruan yang disampaikan Hizb tidak terbatas kepada isu setempat,kerana hukum syarak tidak hanya terbatas dengan tempat mahupun rentang waktu.
Hizb juga tidak terbawa-bawa dengan teori-teori konspirasi yang merepek tetapi mengimani perkhabaran yang dibawa dari nas yang sahih dari Quran dan Hadith.

Salam Ramadhan buat seluruh kaum muslimin. Moga kali ini Ramadhan terakhir kita hidup sebagai umat yang tercorot. Moga kali ini Ramadhan yang terakhir kita hidup tanpa KHILAFAH.

Sabri Yaacob
29 Syaban 1436 H

Sunday, May 17, 2015

PENYELESAIAN DARI IDEOLOGY YANG BERBEZA

Ideology atau mabda' menghasilkan mafahim (persepsi) yang berbeza sebagai pandangan hidup (worldview) yang seterusnya menghasilkan penyelesaian yang berbeza terhadap permasalahan dan isu yang dihadapi oleh seseorang individu, mahupun masyarakat.


Dalam ideology sekular kapitalis yang berasaskan manfaat dan menghindarkan mudharat semata-mata, kita tidak pelik bila golongan yang beriktiqod teguh dengan ideology ini mengeluarkan beberapa penyelesaian yang bertentangan dengan apa yang Islam anjurkan dalam isu pelarian Rohingya (sebagai contoh):

1. Halau semua pendatang, nanti kalau diberi layanan baik, beribu lagi akan mendarat ke negara ini.
2. Bagi makanan, repair bot, kemudian halau mereka pulang.
3. Benarkan mereka mendarat, kurung mereka di satu pulau macam pelarian Vietnam dulu, kemudian hantar pulang.
4. Gunakan ASEAN dan UN untuk menyelesaikan masalah ini. Not our problem, we should not burden ourselves with their problems....
5. What???? JIHAD? Are you insane???? Kita sepatutnya mengelakkan sebarang bentuk peperangan, kena dialog....
6. Pelarian akan menuntut hak di negara ini, menimbulkan pelbagai masalah, malah boleh merampas negara ini dari kita


Dan bermacam lagi..


Sedangkan penyelesaian dari Islam:
1. WAJIB membenarkan mereka mendarat dan mendapatkan perlindungan di negara ini dan kewajipan ini juga terpikul bagi negara umat Islam yang lain.
2. Menghalau mereka pulang samalah dengan menghantar mereka untuk dibunuh oleh Junta dan pelampau Buddha di Myanmar. Islam tidak membenarkan mana-mana mangsa keganasan dianiaya sama ada mangsa itu muslim ataupun tidak. Islam ialah ideology yang menjaga nyawa, kehormatan dan harta bagi SELURUH UMAT MANUSIA
3. Allah hamparkan bumi ini untuk seluruh manusia. Tidak ada sebab bagi sesiapa yang datang secara aman untuk tinggal di mana-mana sudut dunia ini yang tidak menjadi hak mutlak sesiapa. Malaya bukan hak mutlak bangsa melayu, Jawa bukan hak mutlak bangsa jawa, hijaz bukan hak mutlak bangsa arab. Hidup dengan aman secara bersama itu ajaran Islam. Untuk bersama dikongsikan, untuk bersama dimakmurkan. Tentu saja penjenayah akan dihukum. Apa masalahnya kalau kekayaan yang diberikan oleh Allah dikongsi bersama?
4. Semangat wathaniyyah (kewilayahan) dan asobiyyah (kebangsaan) adalah HARAM di sisi Islam, Semangat ini menghancurkan kesatuan umat Islam yang hanya bertunjangkan aqidah semata-mata dan bukan yang lain.
5. Penyelesaian hakiki isu keganasan terhadap etnik Rohingya hanyalah dengan KHILAFAH dan JIHAD. Tentera kaum muslimin wajib digerakkan bagi menghancurkan puak junta yang ganas itu dan menegakkan hukum Allah di bumi Myanmar sebagaimana wajibnya hukum Allah ditegakkan di wilayah lainnya.


Akan tiba satu masa di mana ilmu itu akan hilang.’ Ziyad berkata, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana ilmu boleh hilang sedangkan kita membaca Al-Quran dan mengajarkannya kepada anak-anak kita dan anak-anak kita membaca Al-Quran dan mengajarkannya kepada anak-anak mereka sehinggalah hari Kiamat.’ Baginda menjawab, ‘Wahai Ziyad, semoga ibumumenangisimu, aku kira engkau adalah orang yang sangat memahami agama di Madinah. Adakah engkau tidak melihat bahawa orang-orang Yahudi dan Nasara juga membaca Taurat dan Injil, tetapi mereka langsung tidak mengamalkan isinya?” [HR Ahmad, Ibnu Majah, Tarmizi].


‪#‎globalcallforkhilafah‬


Tuesday, May 12, 2015

Dialog Aqidah

Sembang dengan seorang non-muslim. Lebih kurang begini pertanyaanya; " Orang Islam kena sembahyang 5 kali setiap hari, perempuan kena cover whole body, kalau mau enjoy tak boleh campur lelaki-perempuan, music also can not, so many rules and restrictions from 1000 years ago. How can you enjoy your life with that kind of living?"

Aku cuma tanya balik, "Kalau dibandingkan dengan orang yang memenuhi disco dan pub, orang yang selalu ulang-alik ke masjid adalah jauh lebih tenang hidupnya kan? Islam itu fitrah, hidup manusia sesuai dengan fitrah apabila megikut aturan Allah yang menciptakan manusia. Kalau manusia bikin aturan sendiri, end up tak akan happy pun. Makin sakit ada lah...."
Ditanya lagi; "how about jihad? You allow killing in the name of religion? This will definitely create chaos"

Jawapan; "Dalam jihad tu ada kehidupan. Jihad tu maksudnya menghancurkan halangan fizik bagi dakwah. Certain people, no talk or negotiations work with them. They must be crushed down! Jihad tidak bermaksud untuk membunuh, tetapi menegakkan aturan hidup yang akan memberikan kehidupan".

Ditanya lagi; "Isn't that just same as those murderers who try to justify their bloody act with things they think sacred?"

Jawapan; "Kita tengok sejarah, berapa banyak darah ditumpahkan kerana jihad. Berapa banyak wilayah dibuka tanpa pertumpahan darah. Boleh juga persoalkan kenapa di setiap wilayah yang dibuka oleh daulah Islam, masyarakat di wilayah itu pula berjuang mempertahankan Islam. Sama ada bangsanya arab, india, cina, afrka, melayu atau bangsa apapun! Tak akan sama dengan "bloody act" yang terus-menerus menimbulkan rantai kebencian dan dendam kan?"

Ditanya lagi: "Then how about IS?"

Jawapan: "They are bunch of idiot, who try to justify their act with Islam. Kalau kita tak blame seluruh penganut Buddha sebab kekejaman Junta Mynmar, kita tak dendam dengan seluruh orang Kristian sebab kekejaman Amerika di seluruh dunia, kita tak memusuhi orang Hindu sebab segelintir pelampau Hindu membunuh minoriti muslim di India, same in this case right?"

Ditanya lagi: "Hudud? How can you accept such a cruel punishment?"

Jawapan: "Simpati pada mangsa, bukan pada pemangsa. Dengan hudud, crime rate slightly down. Tak ada pemangsa selepas satu dua yang kena, isn't that nice?"

and the conversation goes on...


(Perbualan dalam nada persahabatan, bukan provokasi)

Saturday, April 18, 2015

1MDB KAYA TANPA MODAL?

Jika kita tinjau dari sudut syarak, Islam membenarkan transaksi nyata (real trade) dan mengharamkan transaksi "future trading", atau transaksi jual-beli yang melibatkan barangan yang tiada. Contoh mudah: Jual beli buah durian adalah mubah (harus), tetapi jual beli bunga durian dengan menisbahkan bunga itu sebagai buah adalah haram kerana kita tidak ada kepastian mutlak bunga itu akan menjadi buah atau sebaliknya rosak.

Dalam sistem ekonomi sekular kapitalis, "future trading" adalah sesuatu norm yang tidak boleh dielakkan kerana sistem ini bergerak dalam pasaran modal. Maksud lebih lanjut "pasaran modal" iaitu modal sebagai komoditi dan bukannya barangan. Contoh, "saham perladangan durian" yang dijual-beli bukanlah ladang durian yang dijual-beli tetapi MODAL untuk perusahaan tersebut yang mana di alam nyata, ladang yang dimaksudkan boleh jadi hanya tanah kosong tanpa sebatang pohon durian pun, atau boleh juga tanah yang dimaksudkan itu pun masih masih dalam proses pembelian. Urus-niaga tanpa kewujudan hakiki apa yang diakadkan menjadikan akad itu sebagai akad yang bathil walaupun kalau kita perhatikan di sini, jual-beli durian asalnya mubah, tidak seperti jual-beli arak atau perkara lain yang diharamkan.
Berkenaan 1 MDB, antara perkara yang paling menimbulkan kemarahan Tun M ialah, dana yang dimiliki syarikat itu sudah dipindahkan ke beberapa lokasi yang tidak dapat dipastikan yang mana besar kemungkinannya ia telah lesap!!! Syarikat yang muncul secara tiba-tiba, mendapat pinjaman berbillion untuk perusahaan yang tidak diketahui kewujudannya, dan mendapat jaminan kerajaan Malaysia, tetapi tiba-tiba tidak mampu membayar pinjaman yang diminta dari pemuitang, MayBank dan RHB yang cuma berjumlah RM 2 B (berbanding pinjaman keseluruhan dari pelbagai sumber berjumlah RM 40 B). Ke mana lesapnya duit yang kononnya "dilaburkan" sebagai modal? Itu yang Tun M tanya dan setakat ini tetap gagal dijawab oleh pentadbiran Najib.

Perkiraan mudah, kita MELABUR dengan lebihan aset yang dimiliki. Sebaliknya 1MDB melabur dengan berhutang, dan apabila dituntut untuk membayar, 1MDB terpaksa minta tangguh berkali-kali. Lebih menariknya, Kerajaan Malaysia adalah guarantor bagi pinjaman syarikat ini. Dalam kata lain, khazanah kekayaan negara yang diperah dari keringat rakyat untuk membayar hutang syarikat yang tidak ditadbir secara telus.

Pertanyaan mudah, apa sebenarnya produk 1 MDB???? Kalau business lembu, boleh la kita tengok lembunya walaupun mungkin lembunya diternak dalam kondo. Tapi kali ni, berbillion duit dialirkan untuk apa? Ke mana?

Lalu kita boleh mengagak kenapa Najib begitu terdesak untuk melaksanakan GST di sebalik tentangan keras segenap lapisan masyarakat termasuk dari dalam UMNO sendiri kerana kesannya mungkin mengakibatkan UMNO dan Barisan Nasional akan tumbang dalam PRU yang akan datang. Dengan pemborosan yang berterusan, hutang yang sentiasa bertumbuh secara exponential, menjadikan perbendaharaan negara semakin parah dan GST merupakan langkah yang mampu memanjangkan jangka hayat kerajaan Malaysia yang dibelit ketat oleh pelbagai hutang.

Inilah natijah penerapan sistem ekonomi yang jauh dari fitrah manusia, jauh dari panduan Rob Yang Maha Agung yang menurunkan Al Quran dan mengutuskan Muhammad s.a.w sebagai rahmat bagi sekalian alam. 

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiyaa' 21:107) 

Ada yang kata sistem ekonomi Islam sebagai ketinggalan zaman. Sesungguhnya, Allah jauh lebih advance dari segala makhluk. Allah telah mengharamkan transaksi yang sesungguhnya mengundang malapetaka ke atas umat manusia, sebelum manusia mengenal stock market lagi. Maka ayat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan???


Thursday, April 16, 2015

PERANG AHZAB: Hukum Sababiyah



Sekiranya kita tinjau coretan sejarah berkenaan Peperangan Ahzab, yang mana kaum muslimin berhadapan dengan Tentera Pakatan Quraisy beserta beberapa kabilah Yahudi dan Arab di sekitar Makkah, berjumlah 10 000 tentera, melawan 3 000 tentera di pihak kaum muslimin, ramai yang suka bercerita bagaimana kisah Allah menurunkan ribut dan petir sehingga tentera Ahzab bertempiaran lari meninggalkan medan perang, dikuatkan lagi dengan dalil dari Al Quran sendiri yang mana Allah abadikan kisah peperangan bersejarah ini ke dalam surah Al Ahzab. 

Adapun sebagai seorang manusia, yang hidup di dunia yang Allah ciptakan berlangsungnya "hukum sababiyah", yang mana setiap perkara yang berlaku memiliki sebab musababnya yang tersendiri. Kita berasa kenyang kerana makan, kita menghilangkan mengantuk dengan tidur, kita bekerja mencari nafkah untuk menyara hidup, bahkan segala sesuatu yang berlaku di alam dunia ini adalah di dalam sunnatullah, iaitu berjalan sesuai dengan ketetapan Allah sebagai Rob Yang Maha Pencipta. 

Adapun sesuatu perkara yang berlaku di luar hukum sababiyah ini, baik merupakan mukjizat, karomah, sihir dan sebagainya, semuanya juga berlaku dalam ketentuan Allah dan orang yang beriman mengambilnya sebagai sebahagian dari keimanan kepada perkara ghaib, sesuai dengan aqidah Islam yang dibina dari pemikiran yang benar.


Dalam kisah Perang Ahzab, beberapa hukum sababiyah yang dapat diperhatikan sehingga pasukan Tentera Ahzab yang sangat kuat, penuh semangat terpukul mundur dari pengepungan mereka terhadap kota Madinah dapat disimpulkan sebagai berikut:

1. Pasukan Tentera Ahzab terlalu memandang rendah terhadap keupayaan kaum muslimin, apalagi setelah mereka berjaya mengalahkan kaum muslimin di Medan Uhud sebelumnya, yang juga menyebabkan berlaku pelbagai krisis dalaman di Negara Kota Madinah akibat perbuatan kaum munafiq dan golongan Yahudi seperti Bani Qainuqa' (yang kemudiannya diusir oleh Rasulullah s.a.w dari Madinah). Akibatnya, mereka memang bersangkaan, peperangan tidak akan mengambil masa yang lama dan mereka tidak bersedia untuk peperangan yang berlarutan dengan kelengkapan logistik yang bersesuaian untuk berperang dalam jangka masa panjang.


2. Pasukan Tentera Ahzab terkejut (element of surprise) dengan parit yang digali sebagai pertahanan oleh kaum muslimin. Mereka tidak pernah berhadapan dengan strategi perang yang sedemikian walaupun mereka merupakan ahli dalam peperangan.

3. Peperangan berlaku dalam musim sejuk dan hujan sedikit-sebanyak menjejaskan moral Tentera Ahzab yang mengepung Kota Madinah.


4. Peranan Nu'aim Bin Mas'ud yang berada dalam barisan Tentera Ahzab, yang merahsiakan keislamannya, kemudian menemui Rasulullah s.a.w dan menimbulkan keraguan di pihak Tentera Ahzab dan sekutu mereka dari Bani Quraizah yang mengkhianati perjanjian dengan kaum muslimin dengan tipu helah. Nu'aim meyakinkan pihak Bani Quraizah untuk meminta kepastian dari Pasukan Ahzab untuk memberi jaminan keselamatan terhadap mereka dengan meninggalkan beberapa orang tokoh Quraisy sebagai jaminan, untuk pertolongan sekiranya pasukan tentera kaum muslimin menyerang mereka sesudah pasukan Ahzab berundur. Di pihak Tentera Ahzab pula, mereka meragui kesetiaan Bani Quraizah dan menolak permintaan Bani Quraizah yang pada mereka tidak logik. 


5. Tawaran Rasulullah s.a.w kepada Bani Ghathfan yang merupakan komponen terkuat dalam Pasukan Ahzab berupa tanah pertanian yang subur dan luas sekiranya mengikat perjanjian damai dengan kaum muslimin menyebabkan Bani Ghathfan mula teragak-agak meneruskan serangan.

6. Terkorbannya pahlawan ulung Tentera Ahzab, ‘Amru bin ‘Abdu Wuda di Tangan Ali Karramallahwajha dalam pertarungan satu lawan satu. Amru merupakan bapa saudara Ali sendiri dan sangat terkenal dengan kehebatannya di medan perang.

7. Final Blow dari Allah sebagai sebaik-baik penolong dengan memporak-porandakan tentera Ahzab dengan ribut dan petir sehingga kelengkapan perang dan khemah-khemah Tentera Ahzab musnah.



Allahualam.


Adaptasi dari kitab Daulah Islam: Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah

Thursday, April 9, 2015

TUJUAN PERBUATAN MANUSIA

Ada 4 tujuan perbuatan manusia:

1) Nilai material (al-qimah al-madiyah), membentuk syarikah dan sebagainya adalah untuk mendapatkan nilai material. Dari aktiviti ini manusia dapat memperoleh wang, kenderaan, barang, makanan dan keperluan lainnya

2) Nilai Kemanusiaan (al-qimah Insaniyah), nilai kemanusiaan merupakan layanan manusia kepada manusia lainnya sebagai manusia. Manusia yang menyelamatkan orang yang tenggelam, memberi nafkah kepada keluarga, memberi sedekah kepada fakir miskin dan sebagainya.

3) Nilai Akhlak (al-qimah al-akhlaqiyah)
Nilai akhlak dicapai oleh seorang muslim dengan cara menghiasi setiap perbuatannya dengan sifat-sifat yang diperintahkan oleh Allah SWT. Memiliki himmah (semangat tinggi) dalam bekerja, jujur dalam berniaga, amanah dalam menjalankan tugas, memenuhi janji bila berhutang dan bertutur kata yang baik merupakan nilai akhlak yang diperoleh seorang muslim.

4) Nilai Spiritual (al-qimah ar-ruhiyah)
Nilai spiritual diraih dalam rangka untuk meningkatkan hubungannya dengan Allah SWT. Solat, Zakat, haji, puasa dan jihad adalah beberapa contoh perbuatan untuk meraih nilai spiritual. Nilai ini bersifat peribadi kerena orang lain tidak dapat merasakannya. Meski harta berkurang dan jiwanya melayang, namun dengan nilai ini seseorang akan mendapatkan kedamaian dan kebahagiaan.

Dengan memahami tujuan-tujuan yang ingin diraih dari perbuatan yang dikerjakan, kita dapat memahami saat dan ketika mana sesuatu nilai itu menjadi keutamaan saat mengerjakannya. Sebagai contoh, majikan memecat seorang pekerja kerana gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan, nilai material yang mengikat perhubungan majikan-pekerja tadi menjadi keutamaan melebihi nilai lainnya dalam situasi berkenaan. Berbeza pula dalam mengerjakan ibadat solat, seorang muslim yang bertaqwa tidak layak mengharapkan apa-apa balasan dari sesiapa untuk solat yang dikerjakannya melainkan mengharap redha Allah semata-mata.

Dengan demikian,dalam melakukan perbuatan, manusia harus memperhatikan tahapan-tahapan dalam melaksanakan perbuatan tersebut, yaitu 
1. Adanya naluri atau keperluan jasmani
2. Mengindera dorongan yang muncul dari naluri dan keperluan jasmani
3. Menetapkan motivasi perbuatan
4. Berfikir tentang cara bagaimana dorongan tersebut dapat dipenuhi dengan baik, benar, dan sempurna, termasuk menentukan hukum sebab-akibat
5. Usaha untuk memenuhi naluri dan keperluan jasmani
6. Nilai yang ingin dicapai


Adaptasi dari kitab Nizhamul Islam: Syeikh Taqiyuddin Nabhani Rahimahullah.

Wednesday, April 1, 2015

PASUKAN KOMANDO DALAM DAULAH ISLAM

Setelah kekalahan kaum muslimin dalam Perang Uhud, reputasi dan kewibawaan kaum muslimin tercalar dan kabilah-kabilah arab dan yahudi sama ada di dalam kota Madinah, ataupun di luar mula menungjukkan penentangan terhadap daulah. Terdapat banyak kisah antara yang paling popular ialah Kisah pembunuhan 6 sahabat dalam peristiwa Raji' oleh Bani Huzail, Kisah Al Maunah, pembunuhan 40 orang sahabat yang diutus oleh Rasulullah s.a.w oleh Bani A'mir dan pengusiran Yahudi Bani Qainuqa' dan Bani Nadhir (mempermalukan seorang muslimah dengan menyingkap auratnya).
Kaedah Rasulullah s.a.w menangani konflik dalaman negara sangat unik dan terdapat banyak kisah yang jarang dikongsikan dalam masyarakat umum. Takala sampai ke pengetahuan baginda akan perbuatan Khalid bin Sufyan Al Hadzaliy, yang mengumpulkan angkatan perang dari kalangan kabilah arab untuk menyerang Madinah, baginda mengutuskan Abdullah Bin Anis untuk menyusup masuk ke dalam kumpulan Khalid. Abdullah kemudiannya, menunggu peluang di kala Khalid bersendirian, lalu membunuhnya. Maka, pemberontakan yang diketuai Khalid terkubur bersama kematiannya. Begitu pula apabila Bani Asad (kabilah arab di luar Madinah) cuba untuk merencana serangan ke atas Madinah, baginda mengutuskan pasukan elit dari 150 orang antaranya ialah Abu Ubaidah bin Jarrah, Sa’ad bin Abi Waqash, Usaid bin Hudhair iaitu dari kalangan pahlawan terbaik kaum muslimin untuk melancarkan serangan kilat sehingga Bani A'sad tewas dan rancangan mereka gagal sebelum sempat dilaksanakan. 

Adapun dalam peperangan, terdapat golongan dipanggil Al Mubarizun, iaitu sekelompok pasukan elit yang bertugas memecah-belahkan barisan pasukan musuh untuk menjatuhkan moral pihak musuh dan sekaligus mengucar-kacirkan pertahanan musuh. Berikut adalah nama-nama para sahabat yang tercatat sebagai anggota Al Mubarizun:

  1. Ali ibn Abi Talib
  2. Khalid ibn Walid
  3. Dhiraar bin Al-Azwar
  4. Al-Qa'qa'a ibn Amr at-Tamimi
  5. Asim ibn 'Amr al-Tamimi
  6. Abd al-Rahman ibn Abu Bakr

Dari sudut lain yang kita perlu fahami, di peringkat awal setelah tegaknya daulah nanti, apa yang akan berlaku bukanlah semua rakyat hidup aman sejahtera dan memenuhi surau-masjid semata-mata tetapi kebanyakan dari kaum muslimin menghabiskan masa di medan perang bagi menangani ancaman sama ada dari dalam mahupun luar negara.


Allahualam
Adaptasi dari kitab Daulah Islam- Syiekh Taqiyuddin An Nabhani


Sunday, March 22, 2015

KEBANGKITAN BERMULA DENGAN PEMIKIRAN CEMERLANG


1. Kenapa kutipan cukai kelihatan mustahil untuk tidak dilaksanakan (DI HARAMKAN)  di negara sekular kapitalis?

Jawapan: Kerana sistem ekonomi negara sekular kapitalis ialah berasaskan cukai. Sebahagian besar pendapatan negara diperoleh dari cukai. Maka, mustahil untuk tidak mengutip cukai within sistem ini.

2. Kenapa perlaksanaan hudud kelihatan mustahil dilaksanakan di negara sekular kapitalis?

Jawapan: Kerana sistem perundangan negara sekular kapitalis berasaskan kehendak manusia (majoriti). Manusia dibenarkan untuk memilih bagi melaksakan atau membuang hukum Allah. Tentu sahaja, di negara sekular, manusia sebegitu jauh dari ajaran Islam yang sebenar, dan mereka menolak perlaksanaan hukum Allah secara benar. Non Muslim tak kena hudud? Maka hukum apa pemerintah nak berhukum ke atas mereka? Jenayah curi masuk dalam hudud tetapi masuk juga di bawah kanun jenayah Civil. Nak kuatkuasa undang-undang mana? Siapa pula penguatkuasa hudud?

3. Kenapa jihad kelihatan begitu ganas, jahat, barbarik bahkan ia dianggap sebagai pengganas dan dikenakan hukuman oleh negara sekular kapitalis?

Jawapan: Seluruh sistem yang ada dibangunkan di atas ideologi sekular kapitalis, yang ditinggalkan penjajah, dipaksakan ke atas negara-negara jajahan agar tidak lagi berlaku kebangkitan. Jihad adalah sesuatu yang sangat "sensitif" kerana ia akan berupaya mencabut hegemony penjajah dan negara kuasa besar ke atas wilayah jajahan mereka sekalipun setelah setengah abad mereka meninggalkannya. Sedangkan faktanya, jihad itu menghapuskan halangan fizik ke atas dakwah dan membuka wilayah dengan keamanan Islam.

4. Kenapa berteori saja? Mana practicalnya?

 Jawapan: Di belakang terciptanya paracetamol, terbungkus teori yang kompleks mengenai drug synthesis dan pelbagai teori berkaitan. Tanpanya, PCM tak akan berfungsi seperti seadanya. Melaksanakan syiar Islam juga begitu. Mengabaikan "teori" yang benar, macam kat sini, hudud wajib dilaksanakan dalam kerangka sistem Islam... Maka ia tak akan berfungsi seperti sebetulnya.

Bangkitnya sesuatu tamadun bermula dari kebangkitan PEMIKIRAN masyarakatnya. Tanpa pemikiran yang benar dan cemerlang, kebangkitan yang diusahakan tak lebih dari mengulang satu lagi kegagalan. Ada 3 macam pemikiran di kalangan manusia iaitu DANGKAL, MENDALAM dan CEMERLANG.


Berfikiran DANGKAL: hanya memindahkan fakta kedalam otak,tanpa disertai kajian lain,dan tanpa menggali informasi lain yg relevan. Contoh:Ketika melihat pohon mangga maka ia berfikir & menyebutkan pohon mangga itu terdiri dari akar,batang, ranting,buah mangga,daun dan sebagainya. Namun Dia hanya berfikir disitu saja, dan tidak berfikir lebih dari itu.ini contoh berfikir dangkal hanya memindahkan fakta saja ke otak.

Berfikiran MENDALAM adalah memikirkan fakta degan mendalam,disertai informasi yg mendalam tentang fakta yg dihubungkan degan penginderaan. Contoh: ketika melihat pohon mangga dia tidak hanya dapat menyebutkan komponen dari pohon mangga ini tapi boleh memberikan banyak informasi mengenai terbentuknya buah mangga, penyebab daun berwarna hijau & penyebab pohon boleh tumbuh dari kecil menjadi besar, juga boleh menjelaskan buah mangga terbentuk karana melakukan proses fotosintesis, hasil fotosintesis diedarkan keseluruh bahagian pohon dan sebahaginya.

Berfikiran CEMERLANG (fikrul mustanir): Berfikir secara mendalam itu sendiri ditambah degan memikirkan apa yg ada disekitar fakta & apa yg terkait degan fakta untuk hasil tepat. Ketika melihat pohon mangga,tidak berhenti sampai seperti cara berfikir mendalam. Tetapi juga memikirkan & mengetahui pencipta dari proses fotosintesis, pencipta dari klorofil yang memberikan warna hijau pada daun,dan sebagainya. Tidak ada sesuatu pun yg tertinggal kecuali semuanya itu diliputi oleh kejelasan & juga disertai penjelasan tentang perkara di balik sesuatu tersebut. Dengan pemikiran mustanir itu pula dia dapat menentukan sudut pandangnya tentang kehidupan dan makna keberadaannya dalam kehidupan. Pemikiran yang dapat mengantarkan pada kebangkitan yang sebenarnya.yang membuat perkara-perkara yang samar menjadi jelas terang benderang.

Allahualam.


Sunday, March 15, 2015

INILAH BARISAN KITA

Kekuatan perjuangan menegakkan Islam itu hanyalah pada kebenaran yang didokong iaitulah kebenaran Islam dan bukan selainnya.

Sekiranya terdapat penyimpangan dari fikroh (pemikiran) dan thoriqoh (methodology/jalan) untuk memperjuangkan agama Allah ini, maka yang akan didapati hanyalah kegagalan dan kekecewaan sekalipun yang berjuang itu terdiri dari mereka yang ikhlas (mukhliseen).

Atas dasar itu, Hizbut Tahrir yang beraktiviti di seluruh dunia menggunapakai method yang sama di negara manapun Hizb beroperasi. Method dakwah tanpa kekerasan, menyerang pemikiran yang salah dan menerangkan pemikiran Islam sekaligus sebagai method menyelesaikan pelbagai isu dan permasalahan umat. Hizb juga cuba meraih sokongan angkatan bersenjata kaum muslimin, agar usaha dakwah boleh dilindungi dengan kekuatan fizikal dan sekaligus melindungi daulah setelah tegaknya nanti.

Adapun sesetengah umat yang tidak faham akan konsep "thalabun nusrah" atau meraih dokongan ini dengan menjadikan realiti sebagai SUMBER berfikir. Tentu saja kita lihat tentera Mesir yang membunuh rakyatnya sendiri, atau tentera Pakistan yang sebaris dengan tentera Amerika memerangi umat Islam, dan lain-lain angkatan tentera yang bersekutu dalam kejahatan musuh, maka jalan untuk thalabun nusrah ini dilihat sangat sukar itu realiti. Sedangkan jika realiti dijadikan OBJEK berfikir, nescaya mereka akan dapati, di antara barisan-barisan tentera kaum muslimin, terdapat Panglima, Commander, Laksamana, soldadu, dan anggota dari pelbagai pangkat yang sebenarnya bersedia menjual nyawa dan harta mereka demi kemenangan Islam. Sesungguhnya Allah mampu membolak-balikkan hati manusia.

Ditinjau dari sudut sejarah, setelah Rasulullah s.a.w dipukul dan dihalau di Thaif, baginda tidak lama selepas itu menerima sokongan dari bani Aus dan Khazraj, iaitu dua kabilah yang berpuluh tahun berperang sesama sendiri sebelum itu. Merekalah kaum Ansar yang menyambut baginda dengan penuh kemuliaan seterusnya membantu melindungi "city state" Yathrib (Madinah) untuk muncul sebagai daulah Islam yang pertama.

Monday, February 23, 2015

PUBLIC OPINION

Basuki Tjahaja Purnama 'Ahok', Gabenor Jakarta yang baru dilantik ialah seorang berbangsa cina dan beragama Kristian. Di negara yang 90% penduduk beragama Islam, tidak ada masalah untuk seorang non-muslim dipilih sebagai pemerintah yang memegang jawatan penting.
Mitos kononnya sekiranya umat Islam di Malaysia menolak demokrasi, 40% non muslim akan menguasai negara dan umat Islam akan jadi "lebih rugi" mungkin dapat dirungkai sekiranya difahami beberapa perkara:

1. Pemerintah yang diperlukan rakyat ialah pemerintah yang LAYAK dan MENERIMA SOKONGAN. Latar belakangnya tidaklah sesuatu yang terlalu rumit dengan kelayakan dan sokongan. Sebaliknya, seorang yang hebat pun tak akan mampu memerintah tanpa sokongan dikala rakyat melihatnya sebagai tidak layak.

2. Meraih public opinion merupakan kerja politik. Hizbut Tahrir di seluruh dunia berusaha menjelaskan kepada umat Islam khususnya, masyarakat dunia amnya tentang kerosakan sistem sekular yang ada dan mempersembahkan Islam dalam bentuk Ideology yang memberi penyelesaian terhadap segala macam permasalahan yang berlaku baik ekonomi, politik, sosial dan lain-lain.

3. Public opinion yang mahukan kekuasaan Islam seperti di Madinah menyaksikan Rasulullah s.a.w dilantik sebagai ketua negara dan seterusnya membina asas negara empayar yang kukuh, sehingga kekuasaan ini mampu menandingi empayar besar rom dan parsi ketika itu.

4. Sebaliknya, Dr Morsi di Mesir dan FIS (Islamic salvation Front) di Algeria merupakan bukti kekuasaan yang diperoleh secara demokratik, ditumbangkan musuh kerana asas yang dimiliki tidak mampu memberikan sustainability kepada kekuasaan yang diraih walaupun majoriti rakyat mahukan peralihan kuasa!!!

5. Mendapatkan kekuasaan itu mustahak, namun apa yang lebih penting ialah mengekalkan kekuasaan itu. Tanpa asas ideology yang utuh, tanpa sokongan padu dari rakyat dan pihak angkatan bersenjata, tidak ada kerajaan mampu berdiri teguh. Sekali lagi, minhaj yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w merupakan method meraih kekuasaan dan melangsungkan kekuasaan Islam secara berkesan dan penuh bijaksana.

6. Ideology sekular membawa pelbagai kerosakan. Paling mudah cuba check "indeks stress" masing-masing. Betapa kehidupan yang sempit dalam sistem ideology sekular ini menghimpit kita dari segenap arah. Anak-anak semakin biadab, gaji semakin mengecut, harga barang yang melambung, jenayah yang mengerikan dan pelbagai lagi. Anti thesis bagi idelogy kapitalis iaitu sosialis telah berkubur.Sedang ideology Islam membawa keluasan hidup yang kini merupakan satu-satunya pilihan untuk menyelamatkan umat manusia... Rahmatan lila'lamin....

“Tiadalah Kami mengutus engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” (Quran s. al- Anbiya : 107).

Moga kita sama-sama berfikir.

Sunday, February 15, 2015

MEMPERSIAPKAN ATMOSFERA JIHAD

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w dilantik sebagai ketua negara, perkara yang disegerakan baginda ialah mewujudkan "atmosfera jihad" di Madinah. Kaum muhajirin yang sebelum itu teruk ditindas diberi kepercayaan melakukan lebih kurang 30 ekspedisi kententeraan berupa pasukan cavalry berkuda dari 30-70 anggota dan melakukan contact dengan kabilah-kabilah yang tinggal di sekitar Madinah. Dari ekspedisi-ekspedisi ini, baginda kemudiannya berjaya mendapatkan sokongan kabilah-kabilah di sekitar Madinah sama ada mereka terus tunduk menyokong baginda ataupun mereka bersedia untuk tidak campur tangan sekiranya Mushrikin Mekah berperang dengan Daulah Islam Madinah.
Beberapa perkara diperhatikan disini:

1. Kaum muhajirin yang selama ini inferior dek penindasan yang berterusan sepanjang era Mekah, kini diberi nafas baru dengan suntikan semangat jihad yang sangat berkobar-kobar.

2. Kemunculan ketumbukan tentera di Madinah dari pasukan perang yang lengkap bersenjata menakutkan kaum yahudi dan munafiq yang tinggal di dalam dan luar kota madinah untuk meneruskan makar jahat mereka terhadap daulah dan baginda s.a.w.

3. Di pihak Mushrikin Mekah, mereka mula memperkira semula kekuatan daulah Islam dalam kapasiti sebuah armada tentera yang bersiap sedia melancarkan perang. Sekalipun pasukan Mushrikin jauh lebih besar dan lengkap berbanding pasukan Rasulullah s.a.w, mereka tidak lagi boleh memandang rendah kekuatan pasukan kaum muslimin.

4. Peralihan fasa dakwah dari kapasiti harakah Islam (kelompok) kepada NEGARA. Jihad dalam konteks menghapuskan halangan dakwah dengan kekuatan militer tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sebelum adanya daulah  dan tidak pula menyebarkan keganasan (seperti ISIS). Wilayah-wilayah yang dibuka oleh tentera Islam sebaliknya bergabung dengan menjadi sebahagian kaum muslimin yang kemudiannya turut sama berjuang mempertahankan agama suci ini dari musuh. Berbeza dengan penjajahan oleh Barat di era modern, atau serangan Tentera Salib yang ganas, atau serangan Jepun ke atas sebahagian benua asia, kesemua itu menimbulkan jurang PENJAJAH-ORANG DIJAJAH. Sangat berbeza dengan realiti jihad FUTUHAT oleh kaum muslimin.

5. Keutamaan JIHAD sebagai satu polisi antarabangsa yang sangat penting dalam Islam. Sebagai sebuah mabda', Islam sama sekali tidak sama dengan agama-agama lain didunia kerana ia mencakupi seluruh sistem hidup termasuklan sistem sebuah negara. Negara yang digagaskan oleh Rasulullah s.a.w itu kemudiannya menyebar luas sehingga ke Eropah, Afrika utara, Timur China dan sebahagian besar Asia Tenggara.

“Dan pada hari (kemenangan) itu, orang-orang yang beriman bergembira kerana pertolongan Allah.
Dia menolong siapa yang Dia kehendaki dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [TMQar-Rum (30):4-5].

#****6. Negara Islam tidak memerlukan "Indeks Syariah" seperti Malaysia. Itu semua merepek!!! Ini negara sekular. Tengok lah ikut manapun, no kelentong please!!!

Adaptasi dari kitab Daulah Islam- Syaikh Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah

Saturday, February 7, 2015

Allah Wujud Tak Bertempat?

Syiekh Taqiyuddin An Nabhani, pengasas gerakan Hizbut Tahrir menekankan bahwa untuk sesuatu perkara dipanggil sebagai pemikiran, mesti melalui proses PENGINDERAAN dan kemudiannya berlaku INTERAKSI BIOLOGY di dalam tubuh terhadap sesuatu yang SEDIA MEMPUNYAI MAKLUMAT AWAL agar mampu difahami.

Ini kerana, seorang yang tidak memahami tulisan arab, tidak akan mampu menerbitkan pemikiran dengan membaca tulisan arab sebagus manapun tulisan itu kecuali ada terjemahan yang membantunya memahami tulisan berkenaan. Begitu pula untuk mencerap, manusia memerlukan pancaindera agar maklumat itu dapat sampai kepada otak untuk ditafsir.

Memerhatikan gelagat so called ASWJ Malaysia yang sibuk membahaskan perihal "Allah wujud tak bertempat", satu perbahasan yang tidak akan membawa kepada penghujung kerana manusia tidak mampu mencerap zat Allah. Para ulama mujtahideen dan salafusoleh tidak sibuk berbahas dalam isu ini kerana tidak ada keperluan bahkan membahayakan aqidah terutama bagi orang bodoh.

Aqidah Islam itu benar kerana lahir dari proses berfikir yang memuaskan akal tanpa perlu dibahas berkenaan dengan zat Allah Yang Maha Agung, yang berada di luar kemampuan manusia untuk dicapai:

"Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui." (QS. Al-An'Aam[6]:103)

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Berfikirlah tentang nikmat-nikmat Allah, dan jangan sekali-kali engkau berfikir tentang Zat Allah." (Hasan, Syaikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah [1788]).

Allahualam.